my company

my company

Archives

Tanda2 seseorang itu.....

Tanda-tanda Bahagia dan Celaka

Nabi bersabda bahawa tanda bahagia itu ada empat:
1) Bilamana mendapatkan amanat ia bertindak adil.
2) Kalau berjanji ia memenuhi.
3) Benar dalam bicara.
4) Bila berdebat tidak mencaci maki.

Sebaliknya tanda celaka ada empat:
1) Khianat dalam amanat.
2) Mengingkari janji.
3) Bohong bila berbicara.
4) Mencaci maki bila berdebat.

------------------------------------------------------

Syeikh Syahqiq Al- Balhiyi r.a berkata bahwa tanda
bahagia itu ada lima:

1) Hati yang lunak.
2) Banyak menangis ( karena ingat akan dosa).
3) Zuhud dari dosa.
4) Tidak banyak lamunan.
5) Rasa malunya tinggi.

Sebaliknya, tanda celaka ada lima:

1) Hatinya keras.
2) Susah mengeluarkan air mata.
3) Mencintai dunia.
4) Banyak lamunan.
5) Sedikit malunya.

- As-syeikh Abdul Qadir Al-Jailani-
Petikkan dari buku Sirrul Asror

p/s..maaf kalau ada perkataan yang kurang enak d'baca.

Tahap Ketenangan Hati ..

....
oleh: Muhammad Isa al-Jambuli

SEJAK zaman Rasulullah s.a.w, malah sejak awal sejarah manusia, Allah menjadikan hati hamba-hamb-Nya yang menerima Islam tenang tenteram dengan menurunkan berita gembira (busyra) melalui wahyu. Sebenarnya kedatangan para rasul bersama dengan agama Allah itu membawa berita gembira, membawa kesejahateraan, kepada umat manusia.

Antara kandungan berita gembira itu ialah tentang janji (wa'ad) Allah akan memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda dan balasan syurga kepada hamba-hamba-Nya yang taat, tentang darjat kemuliaan yang tinggi dan kehidupan yang bahagia di dunia dan di akhirat dan tentang sifat-sifat kemurahan, keampunan, keluasan rahmat dan limpah kurnia Allah 'Azza wa Jall yang tidak terhingga ke atas hamba-hamba-Nya. Penyampaian berita gembira itu adalah untuk mencetuskan rasa harapan (raja`) atau rasa optimis di kalangan umat Islam.

Akan tetapi perlu diketahui, di samping berita gembira itu, disampaikan juga berita sebaliknya yang mengandungi ancaman atau amaran (indzar) tentang janji (wa'id) Allah dalam hal pembalasan azab neraka untuk mencetuskan rasa bimbang dan takut (khauf) atau rasa pesimis di hati para hamba Allah.

Dengan yang demikian, hati umat Islam akan sentiasa di dalam keseimbangan antara dua pengalaman rasa hati tersebut_rasa optimis dan pesimis. Yakni, tidak terlalu optimistik yang menyebabkan mereka lupa daratan dan tidak terlalu pesimistik yang mengakibatkan mereka kecewa atau putus asa.

Hal keseimbangan atau kesederhanaan dalam melayani kedua-dua pengalaman rasa itu amat penting untuk manusia mempertahankan ketenangan hati rohaniah mereka. Justeru, para rasul diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan berita gembira dan amaran tersebut kepada manusia. Allah berfirman, maksudnya :

Dan tidaklah Kami utuskan para rasul melainkan sebagai pembawa berita gembira mubasysyirin) dan sebagai pemberi amaran (mundzirin). (al-Kahfi : 56).Sebagai contoh, dalam ayat berikut (dan ayat-ayat lain selepasnya yang berkaitan) terdapat kedua-dua unsur berita tersebut, iaitu unsur amaran dan unsur berita gembira. Perhatikan : Katakanlah, sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuki ke jalan-Nya kepada orang-orang yang bertaubat. (al-Ra'd : 27).

Allah swt memerintah Rasul-Nya agar menyampaikan berita gembira, khususnya kepada hamba-hamba pilihan-Nya sebagai-mana yang tersebut dalam ayat berikut :

"Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh kepada Allah, iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah bergementarlah hati mereka; orang-orang yang sabar terhadap apa (musibat) yang menimpa mereka; orang-orang yang mendirikan shalat dan orang-orang yang menafkahkan (mengeluarkan zakat/sedekah) sebahagian daripada apa yang
Kami rezeikan kepada mereka." (al-Hajj : 35).

Berdasarkan ayat di atas, selain mendapat ketenangan hati rohaniah melalui berita gembira, hamba Allah berpeluang menempah ketenangan hati rohaniah melalui amal ibadat kepada Allah (ibadat zahir dan batin, ibadat yang wajib dan yang sunat) yang dikerjakan dengan penuh keikhlasan (semata-mata kerana Allah). Antara amalan sunat untuk mendapat ketenangan jiwa (hati rohaniah) itu ialah zikrullah (menyebut dan mengingati Allah). Allah berfirman, Maksudnya:

Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi aman tenteram! (al-Rad : 28).
Dan firman-Nya lagi :

Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik, iaitu kitab (al-Quran) yang serupa lagi berulang-ulang, bergementarlah kerananya kulit orang-orang takut kepada Tuhan mereka. Kemudian menjadi tenang kulit dan kalbu mereka sewaktu mengingati (janji) Allah. (al-Zumar : 23).

Dalam ayat di atas terdapat isyarat tentang keseimbangan antara khauf dan raja` (rajak)_dua unsur pengalaman rasa hati yang tersebut. Sebaik-baik lafaz zikir_selain zikir yang dimaksudkan dengan "mengingati Allah / janji Allah"_ialah kalimah tauhid / kalimah takwa (kalimatul-taqwa) atau kalimah syahadah. Diriwayatkan : Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya mendapat kemenanganlah sesiapa yang mengucapkan kalimah 'La ilaha illallah' ( ).

Ketenangan dan keteguhan hati rohaniah atau kemantapam iman, termasuk takwa dan sebagainya itu merupakan kurniaan Allah yang berkaitan dengan nikmat yang disebut petunjuk atau hidayah, iaitu satu nikmat paling besar daripada All⨠"Azza wa Jall kepada hamba-hamba pilihan-Nya.

Antara manusia pilihan Allah yang diberi petunjuk ialah para rasul, anbia, aulia, orang-orang yang berilmu (ulamak), orang-orang beriman (mukminun/mukminat) dan orang-orang bertaubat. Allah berfirman, maksudnya:
Dan, sesungguhnya Allah adalah Petunjuk ke jalan yang lurus kepada orang-orang yang beriman. (al-Hajj : 54).

Dan barang siap yang beriman kepada Allah, nescaya Dia memberi petunjuk kepada hatinya. (al-Tagh⢵n : 11).

Nikmat hidayah tersebut menjadi pokok atau asas utama dalam perkembangan hati rohaniah. Tanpa hidayah, hati itu menjadi kosong dan akan segera dipenuhi oleh jerbu kesesatan dan kelalaian. Allah berfirman, maksudnya :

Sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk, dan barang siapa dan sesiapa yang disesatkan-Nya, maka engkau tidak dapati seorang pun pemimpin yang memberi petunjuk kepadanya. (al-Kahfi : 17)

Orang-orang yang beriman, di samping diberi petunjuk, diturunkan pula ketenteraman ke dalam kalbu mereka agar bertambah lagi keimanan mereka, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : Dialah (Allah) yang telah menurunkan ketenangan (iman) ke dalam kalbu orang-orang yang beriman supaya mereka menamabahkan lagi keimanan di samping keimanan mereka. (al-Fath : 4).

Ternyatalah, kemantapan iman adalah menjadi asas bagi ketenangan hati rohaniah. Ketenangan hati rohaniah ini bertimbal balik pula dengan keteguhan hati rohaniah dan kemantapan iman itu.

Tahap-tahap pencapaian dalam laluan ke puncak ketenangan hati rohaniah banyak dan pernah dibincangkan dengan panjang lebar. Antara pengalaman-pengalaman lahir dan batin yang perlu ditempuh dan dikuasai terlebih dulu sebelum menakluki puncak ketenangan hati rohaniah itu ialah : Iman, ilmu, takwa, rajak, khauf, taubat, ibadat dan zikrullah. Wallahu a'lam

WANITA DIMATA SEORANG LELAKI....

seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan giler halaman rumah berselerak surat di peti pos tak berambil anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi, masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya....sepi tiada jawapan masuk ke dapur sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh periuk tidak bercuci mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk ke bilik air baju masih belum berbasuh apatah lagi berendam lelaki itu cemas mencari isterinya dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku

"awak sakit ke?"..tanya lelaki itu "tak lah", jawab isterinya ringkas..
"kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.


Balas isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang.....

NAH,HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI"

Best baca sampai abis!!!. It's true.

To share..Dari Ilham seorang lelaki...

"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek atau mengilai seperti pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan...

"Ibu, ibu...engkau lah ratu hari ku....."

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena! Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!! Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott,peettttt,boleh pecah eardrums. And if mak menjerit,boleh bergegar isi perut. Silap gaya, tingkap pun boleh tercabut... And if mak takde, BangZaiiiiii!!! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm!!! Can do whatever!!!

Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan, boleh Chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah. Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI...

Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense.Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna.

Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti. Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!


Kau Isteri Ku....

Bezanya antara ibu zaman dulu dengan ibu zaman skarang ... Ibu sekarang tidak mencubit atau memiat telinga anak-anak. Itu mungkin one of the reason why anak-anak tak berapa takut and at times, hanyamemekakkan telinga setiap kali ibu memberi "ceramah percuma". Mungkin anak-anak tak terasa kehilangan or boleh jadi melompat keriangan bila ibu takde kat rumah (for instance if she's gone for a short holiday). Budak-budak sekarang ramai kawan,banyak caranya mereka mengisi waktu. They will go for movies, clubbing, or most to most lepak kat happening places.. As for me is different,if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening. Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut.

Kalau madame takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone", aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth...Tapi, masuk hari ketiga,i felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm', tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis, tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil... Masuk hari ke-4, rindu mula terasa.

Eventhough kat office,ramai yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat hati and sukar ada pengganti.

Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best. Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA.

Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai. Toilet dah mula licin berdaki...lantai dahm berbelak, tak dimop...Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

Jangan kata sebulan atau setahun.... belum seminggu isteri takde kat rumah,aku dah terasa separuh pengsan. Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tubini kita, best fren kita, sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!

And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita. Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi... penat tau!!

Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita... tak rela!!!So to all mums and wives out there... life will be meaningless without You mothers)....uuwaaaaaaaa!! sayangi la kaum perempuan krn tanpa Mereka anda kehilangan sesuatu,hargai mereka!!!!

Idea oh idea...datanglah ekau...

dah 2 bulan aku buka cc, n income pon skan ni nampaknya semakin ok, not bad la org putis ckp..hehe.. arini da masuk bulan yang baru.. bulan 2. ak kena la cari idea lagi macam mana nak promotekn kedai aku ni agar disaukai ramai(ceh, mcm iklan susu pekat plak,hehe).. maka idea demi idea datang, ada jugak yang munasabah, dan ada jugak yang tak masuk akal, idea yang paling x masuk akal pernah aku bincang ngan spupu aku ialah wi-fi free.. pening betul la nak pk.. zaman skang ni mana ada bende free da.. tol x?

pastu aku g bincang plak ngan cikgu pa selaku owner bangunan kedai tu.. bincang pasal tadi gak.. dia kata ok jgk,(memng la ok, sebb budak kist nak main wi-fi mesti makan kedai dia, kedai aku hampeh..,hehe)tapi dia cakap dia akan bayar bagi setiap bdk2 kist yang pegi on9 kat situ.. lege rasenye ati ni.. blh la dapat income sket..

pastu aku ngan spupu aku pikir lagi idea yang kaw-kaw punye, yan mana cc area beris ni xwat lagi idea macam kitorang pk..(rasa2 aku la..hehe).. idea yang kitorang pk adalah nak wat kad khas bagi student kist, yang mana harga biasa bagi print 30sen jadi 20sen/1.. dan juga internet asal 2.50 jadi 2.00/1jam... ok x?hehe... skang ni flyer n kad tu dalam pembikinan lagi.. mgkn mggu depan blh la launching(wah.. speaking tu..).. sumenye dalam 98.90%, insyaAllah akan siap secepat mungkin...

aku harap dengan adanya research yang aku pikir n korek dari kepala aku y xbrape bijak ni akn dapat hasilkan income yang stabil utk kedai aku tu..mgkn pada masa akn datang, or bulan depan akan aku pkir idea yang dasat2 lagi utk mempromote kan kedai aku ni kpd msyarakat skliling...
semoga hari2 yang mendatang akan ada idea yang power2... idea oh idea.. dimana ekau... datang la...

"Ya Allah...Tolong lah aku ya Allah....jika ini jalan yang kau berikan dan tentukan untukku.. temanilah aku dalam menggapai redhaMu... Amin..."

Antara Istikharah, Mimpi dan Gerak Hati ...

Kes 1
Seorang lelaki telah melakukan istikharah setelah dia minat kepada seorang perempuan, Tiga hari selepas istikharah, dia bermimpi melihat wanita itu, tersenyum simpul ke arahnya. Bila diceritakan mimpi itu pada keluarganya, ada yang menganggap bahawa itu bukan hasil istikharahnya, tapi disebabkan dia terlalu berkenan kepada wanita tadi hingga terbawa dalam mimpi

Kes 2
Seorang lelaki yang tidak pernah melihat wanita yang ingin dipadankan untuknya juga tidak pernah berkenalan dengannya kemudian dia istikharah. Selang beberapa hari, dia berasa hambar dengan wanita tersebut . Bila dinyatakan kepada ahli keluarga, ada yang menyatakan bahawa istikharah kurang tepat sebab belum kenal sedikit pun wanita tadi, dah buat istikharah

Kes 3
Seorang lelaki selalu berdoa apa sahaja dalam urusan hidupnya, semoga Allah memberi ilham kepadanya dan menjaganya dari kesilapan besar yang boleh menjatuhkan maruahnya, oleh itu dia akan buat apa sahaja keputusan atau tindakan berdasarkan gerak hati. Jika hatinya tenang terhadap sesuatu perkara maka itulah yang akan dilakukannya


‏Masalah Istikharah

1. Hadis-hadis berkenaan Istikharah

عن ‏ ‏جابر بن عبد الله ‏ ‏قال: كان رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يعلمنا ‏ ‏ الاستخارة كما يعلمنا السورة من القرآن يقول ‏ ‏إذا هم أحدكم بالأمر فليركع ركعتين من غير الفريضة ثم ليقل اللهم إني أستخيرك بعلمك وأستقدرك بقدرتك وأسألك من فضلك العظيم فإنك تقدر ولا أقدر وتعلم ولا أعلم وأنت علام الغيوب اللهم إن كنت تعلم هذا الأمر ‏ ‏فيسميه ما كان من شيء خيرا لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري أو خيرا لي في عاجل أمري وآجله فاقدره لي ويسره لي وبارك لي فيه وإن كنت تعلم يقول مثل ما قال في المرة الأولى وإن كان شرا لي فاصرفه عني واصرفني عنه واقدر لي الخير حيثما كان ثم رضني به

Maksudnya : Dari jabir Bin Abdullah ra katanya: Adalah nabi saw mengajar kami untuk beristikharah dalm semua perkara sebagaimana baginda mengajar kami surah yang ada dalam Al Quran, baginda bersabda : Apabila salah seorang dari kamu berhasrat untuk melkukan sesuatu perkara mak hendaklah dia solat dua rakaat yang bukan fardhu seraya berdoa (selepas salam):

ليقل اللهم إني أستخيرك بعلمك وأستقدرك بقدرتك وأسألك من فضلك العظيم فإنك تقدر ولا أقدر وتعلم ولا أعلم وأنت علام الغيوب اللهم إن كنت تعلم هذا الأمر ‏ ‏فيسميه ما كان من شيء خيرا لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري أو خيرا لي في عاجل أمري وآجله فاقدره لي ويسره لي وبارك لي فيه وإن كنت تعلم يقول مثل ما قال في المرة الأولى وإن كان شرا لي فاصرفه عني واصرفني عنه واقدر لي الخير حيثما كان ثم رضني به‏


‏ ‏عن ‏ ‏عائشة ‏ ‏عن ‏ ‏أبي بكر الصديق : أن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏كان إذا أراد أمرا قال ‏ ‏اللهم ‏ ‏ خر لي ‏ ‏ واختر لي‏

Maksudnya : Dari Aisyah ra meriwayatkan dari Abu Bakr assiddiq bahawa nabi saw apabila hendak melakukan sesuatu perkara, baginda berdoa : Ya Allah berilah kebaikan padaku dan pilihlah untuk ku


عن ‏ ‏جابر ‏ ‏قال ‏ : قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏إذا استشار أحدكم أخاه فليشر عليه ‏

Maksudnya: Dari Jabir ra katanya Nabi SAW bersabda : Apabila salah seorang dari kamu meminta nasihat dari salah seorang saudaranya hendaklah (saudara tadi) memberi nasihat (pandangan)

2. Beberapa Salah Faham Dalam Konsep Istikharah

Pertama:

Kebanyakan kita beranggapan bahawa solat Istikharah hanya dilakukan tatkala teragak-agak dalam memilih antara dua perkara. Sebenarnya ini kurang tepat kerana nabi Saw menyatakan dalam hadis:

-إذا همّ أحدكم بالأمر-
Perkataan yang Nabi saw yang digunakan ialah " هم" yang bermaksud hasrat, dan bukannya " تردد" ( teragak-agak). Perkataan " همّ" adalah tahap sebelum " عزم"(keinginan kuat)

Apabila mana-mana individu yang ingin melakukan sesuatu pekerjaan, yang mana dia tiada pilihan lain, ini bermakna dia telah berhasrat (همّ) untuk melakukan perkara tersebut, dengan itu bolehlah dia beristikharah kemudian laksanakanlah perkara tadi. Begitulah sebaliknya, jika dia ingin meninggalkan sesuatu perkara yang tiada pilihan untuknya, maka beristikharahlah dahulu kemudian tinggalkan perkara tersebut

Walau bagaimanapun jika individu mempunyai pelbagai pilihan yang dia tidak mampu membuat keputusan, terlebih dahulu dia meminta pandangan yang layak memberi nasihat, kemudian pilihlah salah satu perkara tersebut dan berisitikharah pada satu pilihan tadi.

Kedua :

Ramai antara kita beranggapan bahawa istikhara hanya dilakukan pada perkara tertentu sahaj contohnya dalam bab nikah kahwin, musafir atau perkara yang 'grand', sedangkan dalam Islam, Istikharah ini dilakukan pada semua perkara, kecil atau besar. Berdasarkan sabda Nabi SAW :

-كان يعلّمنا الاستخارة في الأمور كلّها-
Maksudnya : adalah dia (Nabi saw) mengajar kami beristikharah dalam semua perkara ( riwayat Tirmizi)


Ketiga :

Ramai beranggapan bahawa solat istikharah perlu dilakukan dua rakaat secara khusus.Ini juga kurang tepat kerana bersumberkan hadis Nabi saw :


-فليركع ركعتين من غير الفريضة-

Maksudnya : maka hendaklah dia tunaikan dua rakaat yang bukan fardhu

Penggunaan perkataan "من غير الفريضة"( yang bukan fardhu) mengambarkan makna umum merangkumi semua solat sunat hatta solat tahiyat masjid. Ini bermakna, jika sesorang melakukan solat sunat tahiyat masjid misalnya, selepas salam dia berdoa dengan doa istikharah yang diajar nabi SAW, maka dia telah dianggap beristikharah kepada Allah


Keempat :

Ada yang beranggapan bahawa, perlu ada ketenangan terhadap sesuatu perkara setelah beristikharah, bagi membolehkannya melakukan perkara tersebut. Ini juga kurang tepat kerana makna asal istikharah ialah pohon kebaikan dari Allah. Ia juga merupakan salah satu konsep tawakal kepadaNYA sekalipun seseorang itu rasa kurang suka terhadap perkara yang hendak dilakukan

Sila perhatikan kepada firmanAllah SWT:
وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

Maksudnya: dan boleh jadi kamu tidak suka sesuatu perakara sedangkan ia baik bagimu dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu perkara sedangkan ia tidakelok untuk kamu, dan Allah tahu sedangkan kamu tidak mengetahuinya

Salah tanggapan inilah yang menyebabkan ramai mereka di luar sana berkali-kali melakukan istikharah, namun masih teragak-agak untuk membuat keputusan kerana katanya belum tenang hati terhadap perkara tersebut

Kemungkinan ada dikalangan kita yang dapat punyai naluri membuat keputusan, ada yang tidak, oleh itu lakukanlah salah satu perkara, walau pun tidak ada gerak hati terhadap mana-mana perkara kerana sebenarnya Allah akan mudahkan apa sahaja pilihannya


Kelima :

Ada yang beranggapan bahawa perlunya ada mimpi setelah melakukan istikharah, lalu banyak kerja yang tertangguh dek menanti mimpi (atau ilham menurut pandangannya). Apa yang perlu dilakukan olehnya ialah lakukan perkara yang perlu disegerakan setelah beristikharah. Sekiranya dia diberi mimpi baik, itulah "nur" yang dilimpahkan oleh Allah SWT terhadapnya,jika tiada mimpi maka tidak sepatutnya dia menanti sekian lama mimpi itu datang

Inilah beberapa salah faham yang perlu kita perbetulkan atau memberi kesedaran kepada yang masih lagi kurang jelas dalam permasalahan ini . semoga ada kebaikan hasil dari tulisan ini.

Hadis...

Tetap Memuji Allah Ketika Diuji

Berkata Abul Asy’ats Ash-Shan’aani ra, bahwasanya Nabi saw bersabda: “Allah telah berfirman:
" Sekiranya Aku uji salah seorang hamba-Ku yang mu’min, lalu ia memuji-Ku atas apa yang telah Aku ujikan itu (niscaya Aku akan perintahkan kepada Malaikat-Ku agar) berilah pahala yang bersambungan baginya, sebagaimana pahala yang biasa kalian berikan ”.
(HR. Ahmad dan Thabrani)


Menerima Musibah Dengan Kesabaran

Berkata Anas ra, bahwasanya Nabi saw bersabda: ”Allah telah berfirman:
" Jika Aku menimpakan suatu mushibah ke atas salah seorang hamba-Ku pada badannya, atau hartanya, atau anaknya, lalu dia menerima mushibah itu dengan penuh kesabaran, niscaya di hari kiamat Aku malu akan menegakkan baginya neraca timbangan atau membuka buku catatan amalnya ”.


(HR. Qudha’i) dan (Dailami, Hakim, Tirmidzi)



Bergembiralah Karena Sakit

Dari Abu Hurairah ra, bahwasanya ia bersama dengan Rasulullah saw menjenguk orang yang sakit karena demam, lalu Rasulullah saw bersabda: “Bergembiralah, karena Allah telah berfirman:
"Itu adalah api-Ku, yang Aku kuasakan terhadap hamba-Ku yang mu’min di dunia agar menduduki (sebagai pengganti) bahagian apinya di akhirat”.


(Hadits ini ditakhrijkan oleh Ibnu Majah)

Kisah Renungan: Aku dan 4 Isteri..

"Aku seorang ahli perniagaan yang punya empat isteri. Pada kesempatan ini aku ingin bercerita tentang isteri-isteriku. Berminat? Ayuh, mari ikuti kisahku. Kumulakan dengan isteri yang paling kusayang. Siapa lagi, kalau bukan isteri yang keempat. Dia paling muda, paling bertenaga. Dialah isteri yang paling kucintai. Justeru dia sangat banyak membantuku. Kalau aku keletihan, dialah yang meyelesaikan segala kerja yang melibatkan tenaga. Dia macam tidak pernah keletihan. Oh, bertuah sungguh punya isetri muda yang kuat dan bertenaga. Dia adalah pujaanku yang sentiasa kujaga dan kudambakan kasihnya.

Isteriku yang ketiga tak kurang hebatnya. Dia antara keempat-empat isteriku, dialah yang paling cantik. Wajahnya sangat memikat siapa sahaja yang melihat. Pandai berhias dan bergaul dalam majlis. Dialah yang selalu menemaniku ke majlis-majlis penting. Oh, bangga dalam hati…apabila memperkenalkannya kepada teman-teman. Muka dan tuturnya sangat manis kelihatan.

Isteriku yang kedua apa kurangnya. Walaupun tidak secantik dan bertenaga seperti ketiga dan keempat, dia punya akal yang cerdas. Sangat pandai dan pintar dalam menyelesaikan masalah. Oh, sungguh bertuah…jika aku buntu, dialah yang menjadi tempat rujukku. Ada sahaja buah fikiran dan jalan penyelesaian yang dia ketengahkan.

Aduh, inilah isteri pertama. Rupa tidak ada. Fikiran di tahap biasa-biasa sahaja. Tenaganya pula sudah semakin diragut usia. Kehadirannya semacam tiada. Pergi tidak mengurang, datang tidak menambah. Hendak kucerai tidak sampai hati. Mujur, dia tidak kisah walaupun aku jarang-jarang datang menemuinya. Bukan tidak kasihan, tetapi apa boleh buat, hatiku tidak ada lagi padanya. Isteri tua….

Hidupku riang dan ceria sehingga satu hari, tiba-tiba kurasa badanku lemah. Pandanganku berpinar-pinar. Dan akhirnya aku jatuh terjelepuk sewaktu melangkah keluar daripada satu mesyuarat di pejabatku. Dengan segera aku dihantar ke hospital. Kaki tangan dan badanku tidak dapat bergerak-gerak lagi. Ya Allah…apa sakitku?

Doctor datang dan berkata perlahan, “Maaf tuan, saya terpaksa berterus-terang.” Aku mendengarnya dengan gentar. “Tuan diserang barah di tahap terakhir. Mengikut pemeriksaan dan penyelidikan kami, umur tuan tidak panjang. Paling lama dua bulan. Tetapi ajal maut di tangan Allah. Banyakkanlah berdoa. Di sudut perubatan, tidak ada apa-apa lagi yang boleh dibuat kecuali mengambil uabt penahan sakit!”

Aduh! Bagai disambar halilintar. Aku akan pergi buat selamanya. Mujur, mulut masih boleh berkata-kata. Lalu kupanggil keempat-empat isteriku. Ingin kutemui mereka seorang demi seorang. Merekalah tempat aku meluahkan resah dan takut di dada ini. Pertama kutemui tentulah isteriku yang tersayang – isteri keempat.

“Yang, kau tahu abang akan pergi tidak lama lagi. Jika ditakdirkan, sudikah kalau kau mati bersamaku? Untuk menemaniku di alam barzakh sana?” tanyaku perlahan sambil meramas-ramas tangannya penuh kasih sayang dan harapan.

“Bang, soal mati jangan buat bergurau. Abang pun tahu saya muda lagi…Abang mahu saya mati sama? Oh, tidak. Abang perlu faham situasi saya. Jika abang mati, relakanlah saya meneruskan kehidupan dengan lelaki lain. Takkah abang tega membiarkan saya yang masih muda ini hidup menjanda.”

Terlepas tangannya yang kupegang. Aku renung matanya untuk mendapat kepastian. Ya, dia pasti. Tidak ada ragu yang dapat “kubaca” daripada sinar matanya. Jika aku mati nanti, dialah isteri yang paling awal tidak bergelar janda. Janda muda, siapa yang tidak teringin!

Apabila isteri ketiga memasuki ruang kamar. Aku masih mampu melontar sisa-sisa senyuman yang masih tinggal. Wajahnya cantik, molek dan rupawan seprti biasa. Oh, alangkah sukar untuk berpisah dengannya nanti.
“Darling, abang akan pergi selamanya…”
“Ya bang, saya sangat sedih membayangkan hidup tanpa abang disisi,” balasnya bersama tangisan.
Ah, ada harapan, bisikku dalam hati.
“Darling, sudikah kalau kau menemani abang di Barzakh nanti, sebagai bukti cinta kita?” kataku menduga cintanya.

Dia tersentak. Matanya yang bak bintang timur seakan terbeliak. Dan lehernya yang jinjang menggeleng-geleng perlahan.
“Bang, kita perlu rasional. Kecantikan saya memang untuk abang, tetapi semasa abang hidup sahaja. Apabila abang mati, say aperlu teruskan kehidupan. Selain daripada harta yang abang wariskan, kecantikan inilah asset saya untuk meneruskan kehidupan.”

Oh, kau juga serupa. Alangkah seksanya apabila memikirkan kecantikanmu akan dinikmati oleh lelaki lain. Harapanku hancur.
Ya, isteri yang kedua adalah harapan terakhirku. Dialah yang sering menyelesaikan sebarang masalah. Tentu “masalah” ini juga mampu diselesaikannya.

“Abang perlu pandangan saya untuk menyelesaikan masalah abang?” Tanya isteri ketiga sebaik bertentang mata.
“Ya, ya…kaulah satu-satunya harapan abang yang masih tinggal.”
“Saya akan membantu sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah abang dengan lancar…”
“Dengan lancar?”
“Ya, soal pembahagian harta pusaka akan saya uruskan dengan baik. Perniagaan abang pun telah saya semak semua hutang piutangnya. Insya-Allah, perniagaan dapat diteruskan. Abang usah risau. Batu nisan yang mahal tealah saya tempah. Begitu juga dengan tanah perkuburan. Imam, jemaah dan masjid untuk solat jenazah sudah pun saya tentukan. Abang jangan takut, semuanya sudah selesai saya uruskan.”

“Bukan itu masalah abang. Itu bukan masalahnya. Tapi masalah abang ialah abang takut hidup bersendirian dalam kubur. Sekian lama kau dapat menyelesaikan semua masalah abang…kini bantulah abang seperti biasa.”
“Apa masalahnya, bang?”
“Sudikah kau menemani abang di alam kubur?”

Isteri keduaku terkejut. Dia menutup muka dan berlalu segera sambil menangis. Harapanku hancur. Semua yang tersayang sudah tidak sudi lagi. Aku terkapa-kapa sendiri untuk menghadapi hidup selepas mati. Alangkah sepinya hati dan ngerinya nanti. Tiba-tiba….”Assalamualaiku, bang.”

Ah, terlupa…aku masih lagi punya satu isteri lagi – isteri pertama.
“Waalaikum salam,” jawabku hambar. Aku tidak mengharap apa-apa daripadanya. Aku tidak akan mengemukakan apa-apa permintaan, justeru aku dapat meneka apakah jawapannya nanti. Mustahil dia yang sering aku tinggalkan sudi menemaniku.
“Terima kasih kerana abang masih sudi menemui saya,” katanya sebaik bersalaman.

Isteri pertamaku merenung mataku. Matanya bersinar jernih dan ketenangan tidak tercabut daripada cahaya pandangannya walaupun usianya sudah lanjut.
“Abang, saya sanggup menemani abang. Ke mana sahaja. Di mana jua. Saya sanggup menemani abang sekalipun terpaksa mati bersama. Jika ditakdirkan, saya sanggup menemani abnag di alam kubur!”

Ah, alangkah gembiranya hatiku. Rupa-rupanya dia yang sering aku pinggirkan itulah yang paling setia dan berguna. Aku terharu dengan keikhlasannya. Dialah hakikatnya isteri sejati dan hakiki walaupun tidak ada tenaga, rupa dan idea.

Saudara-saudari, siapa ‘aku’ dalam cerita di atas? Siapa lagi kalau bukan diri kita. Kitalah yang punya empat ‘isteri’. Isteri keempat ialah jasad dan tubuh kita. Daripadanya kita mendapat kekuatan dan tenaga. Justeru, “dia” kita jaga sepenuhnya. Diberi makan dan minum dan dilindungi daripada penyakit. Kita sangat sayang kepadanya. Masa, harta dan perhatian kita kekadang dihabiskan sepenuhnya dan seluruhnya untuk membelai anggota badan kita. Jangan sakit, cacat dan lemah. Pelbagai makanan tambahan, ubat-ubatan serta rawatan kita usahakan untuk mendapat tenaga daripada tubuh badan.

Isteri ketiga kita ialah harta. Siang malam kita memikirkan bagaimana menambahnya. Bagaimana meningkatkan kewangan keluarga. Tidak cukup dengan kerja yang ada, kita usahakan kerja tambahan. Apabila wang bertambah, simpanan meningkat, kita belikan asset. Kita bangga “memperagakan” rumah, kereta dan segala asset pencarian kita. Ironis sekali, seolah-olah “nilai” kita terletak pada barang-barang bernilai yang kita miliki itu.

Isteri kedua kita ialah anak, isteri, sanak saudara dan sahabat-sahabat kita. Pada merekalah kita meluahkan masalah. Pada merekalah kita harapkan pandangan, nasihat, teguran dan jalan penyelesaian. Merekalah yang selalu kita temui, jemput dan raikan dalam hidup. Hidup akan sepi tanpa mereka di sisi.

Isteri pertama kita ialah amal ibadah kita kepada Allah. Itulah yang sering kita lupakan. Kita pinggirkan. Bila hendak menambah amal? Nanti, esok masih ada. Bila hendak taubat? Tunggu, usia masih muda. Segala kebaikan sama ada yang berbentuk hablumminannas (hubungan sesama manusia) sering tidak mendaoat keutamaan. Segala-galanya hanya seperti “isteri tua” yang tidak mengghairahkan dan menggiurkan lagi.

Namun, akan tiba masanya nanti (dan itu pasti), akan terserlah jua mana “isteri” yang benar-benar jujur dan setia. Ketika saat berangkat yang didahului oleh sakarat itu, apakah ada debu amal kita yang akan bertukar menjadi permata? Aduh, alangkah sepi dan malangnya kita pada malam pertama di alam kubur sana…tanpa “isteri” yang sudi mendakap kita?

"

KECANTIKAN LELAKI DAN KEGAGAHAN WANITA

Bagaimana yang dikatakan lelaki itu "Cantik"... dan bagaimana pulak yang dikatakan wanita itu "Gagah"?? Cuba kita fikirkan ...

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,walaupun setelah menerima racun yang berbisa.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada walaupun dlm konflik tak berkesudahan
5) Lelaki yang baik sangka dan senantiasa memikir utk kebaikan diri dan org sekelilingnya.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa..jauh sekali mengeluh berkali2..

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Dan keseluruhan kecantikan itu ada pada Nabi Muhammad dan ianya adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah
ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan..

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan. Sabda Rasulullah SAW :"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71 Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.

SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:

•Asap,
•Dajjal
•Binatang,
•terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
•turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
•Yakjuj dan Makjuj,
•tiga kali gempa bumi, sekali di timur,
•sekali di barat dan
•yang ketiga di Semenanjung Arab
•yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R. Muslim)


BERBUAT BAIK DI DUNIA UNTUK SELAMAT DI AKHIRAT

An-Naml [89] Sesiapa yang datang membawa amal kebajikan (yang telah dikerjakannya) maka ia akan beroleh balasan yang lebih baik daripadanya dan mereka akan beroleh aman sentosa daripada kejadian-kejadian yang mengerikan pada hari kiamat itu.

Dalam ayat yang lain:

Al-An’ am [160]Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya….

Kita sebagai hamba Allah dihantar ke dunia dan diberi pelbagai kemudahan asas iaitu pancaindera untuk diuji. Tempoh ujian berbeza diantara seorang hamba dengan hamba yang lain. Tempoh jangka hayat nyawa kita berbeza, tidak seperti tong gas yang sama jumlah kandungannnya.

Dalam ayat di atas disebut sesiapa yang datang di Hari Kiamat dengan membawa kebaikan, dia akan aman dan selamat dari huru-hara disana.

Huru hara Hari Kiamat

Al-Hajj [2] Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan. Di hari itu juga kalau ada kanak-kanak yang lahir, mereka akan terus menjadi tua.

Al-Muzammil [17] (Sekiranya kamu tidak ditimpa azab di dunia), maka bagaimana kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu kalau kamu kufur ingkar (dari azab) hari yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban?

TANDA-TANDA KIAMAT YANG LAIN:

Telah dinyatakan bahawa tanda2 kiamat adalah petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya hari kiamat dan bakal menyusul pula tanda2 kiamat besar. Sebahagian ulama telah mengira tanda-tandanya dan menemui lebih 90 tanda walaupun berbeza menurut para penghitungnya. Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis iaitu sabda Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim,Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmidzi

tanda-tanda kiamat kecil mengikut dalil:

1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat" Baginda menyebutkan salah satu di antaranya,iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3) Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik

4) Bermaharajalela alat muzik
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

5) Menghias masjid dan membanggakannya
Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

6) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

7) Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan

8) Ramai orang soleh meninggal dunia
Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - -Riwayat Ahmad

9) Orang hina mendapat kedudukan terhormat
Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

10) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

Kalaulah Benar Kamu Seorang Muslimah, Kamu Wajib...

Syarat-syarat hijab:

1.menutupi seluruh badan.

2.tebal: tidak nipis sehingga menampakkan warna atau bayang apa yang ditutup.

3.bukan menjadi hiasan: hijab itu sendiri menjadi perhiasan yang menarik perhatian lelaki apabila memandangnya.

4.longgar: tidak ketat yang menampakkan bentuk badan dan tempat-tempat yang menjadi perhatian kaum lelaki untuk memandangnya.

5.tidak memakai wangian: yang boleh menarik perhatian lelaki.

6.tidak menyerupai pakaian lelaki.
--------------------------------------------------------------
Persoalan:

1.di mana harga diri seorang wanita? yang diibaratkan seperti permata atau hanya pelastik yang boleh diperolehi dengan harga yang sangat murah..

2.masih adakan perbezaan antara wanita yang mengaku muslimah dengan yang bukan muslimah?

3.meninggalkan dengan sengaja, mengakui akan hukumnya atau ingkar?

4.perhiasan muslimah atau jahiliyah?

Jawapan:

1.IMAN.