my company

my company

Archives

....
PERTEMUAN ITU BUKAN HAK KITA UNTUK MENENTUKANNYA...

Cinta yang hakiki ialah cinta oleh akal dan hati.....hebat kan??? Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut dan dapat dirasa kerana bersatu adalah hati, bukannya fizikal dan ia disatukan oleh tali Allah dan BUKANNYA oleh nafsu dan kepentingan diri. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal. Begitulah cinta, ia adalah kuasa, tetapi kuasa itu memerlukan peraturan dan kawalan. Sebagaimana jasad memerlukan makanan, begitu juga halnya dengan jiwa yang memerlukan cinta. Allah menciptakan naluri tersebut kerana ingin menyelamatkan, membahagiakan dan mententeramkan jiwa manusia. Tetapi cinta sekarang banyak meruntuhkan erti kemanusiaan itu sendiri. Bukannya menyelamatkan tetapi merosakkan.

Hukum cinta perlu dipatuhi agar maksud penciptaanya tercapai. Cintailah sesiapapun, asalkan cinta itu dapat memberi lorong yang sebaik-baiknya untuk terus menyintai Allah. Cinta itu harus dibina diatas dasar cinta kepada Allah. Sebagai bukti, kita akan mendahulukan kehendak kecintaan kita kepada Allah melebihi kehendak kecintaan kita kepada yang lain. Cinta harus tumbuh atas dasar tapak yang murni yang selalunya didorong oleh faktor agama, akhlak, kewibawaan dan keperibadian yang baik. Dorongan dan rangsangan yang menyuburkan cinta ini tidak memerlukan kata-kata luahan yang indah, namun body language sudah cukup membuktikan betapa dalamnya cinta.

Kebiasaannya cinta yang suci akan membawa ke gerbang perkahwinan, untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan. Bahkan jika diizinkan Allah, ia akan bersambung di akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di akhirat. Jikalau cinta seseorang itu benar-benar hanya kerana Allah, dia akan lebih khusyuk selalu dalm solatnya dan semakin bertambah pula amal ibadat dan ketakwaannya kepada Allah. Sebaliknya jika hubungannya dengan Allah semakin renggang dan mengarahkan dirinya melakukan perkaraperkara yang merugikan dan melalaikan. Itu ertinya Cinta Nafsu.

Cinta yang bersalut nafsu akan mudah diganggu oleh syaitan. Maka akan berlakulah zina hati dan mata. Orang yang sebegini sifatnya jikalau dia mengaku cintanya itu dibina atas dasar cinta kepada Allah jelaslah dia menipu dirinya sendiri. Mustahil boleh bersatu dua unsur yang berlainan dalan satu masa bagaimana sukarnya air dan minyak bercantum menjadi satu. Semangat itu perlu untuk menghidupkan perjuangan yang telah lama mati dalam diri.

Tetapi bukankah kita masih mempunyai Allah??? Bergantung sepenuhnya kepada Allah itulah sebaik-baiknya pilihan. Tiada usaha yang luar biasa dilakukan oleh pejuang-pejuang agama Allah untuk menegakkan kebenaran. Mereka menundukkan nafsu dan menguasainya. Perjuangan menegakkan kalimah Allah memang pahit. Tohmahan dan hinaan datang silih berganti. Namun syurga dan segala nikmatnya telah dijanjikan oleh Allah buat hamba-hambaNya yang bersabar.

Tingkatkan taqwa....cekalkan semangat...tabahkan hati.... jalan yang engkau lalui ini.... bukan setenang air di kali.......

....
RENUNGAN UNTUK SEMUA SAUDARA SEAGAMAKU...

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada
kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika
saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.Beberapa saat kemudian guru kembali berkata,

"Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan pelbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.

Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet.Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. T api mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar." "

Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib,
Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar." "Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."
Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan
pikiran masing-masing di kepalanya...

.............
DUNIA YANG PALING AKU SUKAI ADALAH WANITA SOLEHAH. ..

Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka,"Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

...
APA ITU SAYANG??

Orang yang syang kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia syang kamu,
yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

Orang yang syang kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

Orang yang syang kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan syangnya, menyatakan dalam cara yang berbeda, tapi berselindung ayat selain kata syang itu.

Orang yang mennyangi kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

Orang yang menyayangi kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya, kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang menyayngi kamu Orang yang menyayngi kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya, dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu.

Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya,dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya..

Orang yang begitu menyayangimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu sayang

...
JANGAN PERMAINKAN CINTAKU

Ingin kupergi jauh darimu
Agar kukenal erti rindu ini
Ingin aku menyelami jiwamu
Agar kukenal dirimu kasih

Ingin aku membenci dirimu
Tapi kebencian tiada padaku
Walau apa yang kau sangkakan
Aku tetap cinta padamu

Telah lama kuhidup melara
Telah kugagal dalam bercinta
Kini kau datang dengan seribu bintang
Bintang yang dulu sembunyi
Bintang yang tiada bererti

Kalau kau sudi menyentuhi hatiku
Aku kan selalu dekat padaku
Tapi jangan kau hanya cuba
Untuk mempermainkan cintaku

terima kasih atas segalanya...

...
PENATNYE...

penat sungguh kawe rasa ari ni, baru permulaan buka kedai dah rasa penat pelik jah.. mgkn sebb baru dan banyak barang yang nak di simpan lagi...

pendapatan yang blh pada ari ni skoda jah.. ada brapa puluh ya jah.. tapi yang penting kawe puas sebb dapat nego..

banyak juga rupanya perkara yang perlu kawe blaja utk jadi usahawan yang berjaya dan bakal menjadi jutowan..hik hik hik... InsyaAllah, semoga tercapai..

...

Melawat orang yang sakit dan hikmahnya

Sakit adalah datangnya dari Allah. Penyakit yang ditimpa ke atas kita sebenarnya mengandungi hikmah. Antaranya ialah :

Memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita bahawa kita ini lemah dan tidak mempunyai kuasa dan kekuatan untuk menyembuhkannya melainkan Allah.

Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapi dugaan Allah.

Allah ingin mengampunkan dosa kita yang kita telah lakukan samada secara sedar ataupun tidak.

Oleh itu, kita hendaklah sabar dan redha di atas dugaan yang telah diberikan Allah kepada kita dan berusahalah mencari ubatnya sebab Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud 'Tiap-tiap penyakit ada ubatnya kecuali mati'.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :

'Menziarah/melawat orang yang sakit pada permulaan masa sakitnya itu adalah Fardhu (wajib) dan kemudiann daripadanya Sunat, tidak lebih dari 3 hari'.

Umat Islam amat menghargai kita melawat orang sakit terutama jika saudara-mara kita yang sakit begitu juga kalau jiran-jiran kita, walaupun jiran kita bukan dari golongan orang Islam.

Apa yang perlu di lakukan ketika menghadapi seseorang yang dalam keadaan nazak?

Perlu berada di sisinya.

Sentiasa mengingatkannya dengan kalimah Syuhadah iaitu :

Ash-hadu allah illaha illallah.....(cari tulisan jawi !!!!!!)

di telinganya dan hendaklah dimadkan bacaan kalimah tersebut. Manakala rakan-rakan yang lain membaca Al-Quran atau Yasin.

Pesakit hendaklah ditelentangkan menghala ke Qiblat dan qiam tangannya.

...
AKHIRNYA...

Akhirnya penantian untuk buka cc sudah sampai waktunya..hahaa... esok akan bermula lah satu dimensi baru dalam hidupku yang mana telah berkurun lamanya ku menanti..hehehe..

hari esok (khamis, 2/12/09) akan bermula lah kepenatan kawe menjaga kedai cc..ahakzz.. yang mana selama ini ditunggu utk dibuka dan disetup segalanya.. cuma ada sedikit lagi kekotoran (kotak2 pc n lcd) yang ada untuk dibersihkan dari kedai kawe ini..

dan ada lagi yang tak selesai.. ada sedikit wayar yang kube lana lagi.. hari minggu la kawe akan cuci semuanya.. mgkn hari ahad mgu dpn akan beroperasi penuh..

kalu budak2 mari nok main game buat masa ni.. sori dulu bro.. game tok masuk lagi..haha.. tgu minggu depan la blako deh..

ok lah..sekian..

...
TAK SIAP LAGI..

lambat betulla sistem hok kawe plan.. mgkn salah kawe jgk.. tapi nok wat guana..kedai kawe yang diramalkan buka dulu pada kedai ckgu pa sudah melesset anggapan itu..hmmm... marin dulu,(ari selasa, 24.11,) cikgu pa telah merasmikan kedai makan dia.. iaitu bhgian depan dalam bangunan kdi tu..malam raya(khms mlm jumaat) telah diadakan solat hajat dikedai itu.. kire skali la ngan kedai cc kawe.. doa mudah2an dapat depermudahkan segala urusan dan juga dapat rezeki yang mudah...dan kedai CC kawe terpaksa dilewatkan atas alasan2 yang buleh kiro la.. tu la, ni la.. ntahla.. dijangka buka pulok pada ari selasa ni.. ari ahad nak mitak supplier masukkan pc and wat sume sistem networking.. tak sangka pulak bila org streamyx mai pasang line kat kedai kawe tu, dia bagi modem ada wi-fi... boleh la wat kedai makan cikgu pa tu ber wi-fi... ala2 kopitiam gitu..hehehe...

...
TAFSIRAN MIMPI

Hadith :


Dari Samurah r.a diceritakannya daripada Nabi s.a.w perihal mimpi. Sabda Nabi s.a.w:” Sesiapa yang bermimpi seolah-olah kepalanya dipukul orang dengan batu, ertinya orang itu mempelajari al-Quran tetapi tidak diamalkannya dan solat wajib ditinggalkannya.”

(Bukhari)



Huraian

Mimpi bagi orang yang bertaqwa merupakan perkhabaran terhadap sesuatu yang akan berlaku kerana Rasulullah saw tidak bermimpi melainkan mimpi-mimpi baginda menjadi kenyataan belaka. Namun bagi orang yang jauh dari keimanan, tidak solat, tidak mengambil wuduk dan membaca doa ketika ingin tidur contohnya, kebanyakan mimpi yang datang hanyalah berita yang disebarkan oleh syaitan. Namun jika mimpinya itu benar-benar menjadi kenyataan maka itu adalah sebagai peringatan daripada Allah SWT agar individu tersebut (yang jauh dairpada kebenaran) menjadi insaf dan kembali ke jalan yang benar.

...
ADAKALANYA.......

Adakalanya dalam kehidupan,
kita terpaksa berkorban,
untuk kebahagiaan orang lain,

adakalanya kita harus akur,
dengan keputusan yang telah diberikan,
walaupun ianya berat utk diterima.

adakalanya juga kita tidak tahu,
kenapa ianya akan jadi sebegini,
walaupun semua itu tidak kita harapkan,

namun percayalah,
setiap yang berlaku itu akan ada hikmahnya,
walaupun didunia ini kita tidak dapat menerimanya,
sabarlah sekuat hati,
semoga kita dirahmatinya,

dunia adalah sementara,
akhirat aadalah segalanya,

ungkapan diatas nampak biasa saja,
namun bagi yang mengerti maksudnya,
ia adalah satu jalan cerita,
yang telah kita tahu apa dihujungnya,

bagi yang bersabar,
syurga menantinya,
bagi yang alpa pula,
neraka menyambut senang,
akan kehadiran mereka,

dunia adalah penjara,
bagi orang mukmin,
dan dunia ini syurga,
bagi orang kafir,

begitulah bunyinya sebuah hadis..
...

renung2kanlah...

...

INGINKAN???...

1.Agar wajah selalu segar, berseri-Seri Dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes Dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, Dan berdo'a.

2.Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, Kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir Dan do'a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin Dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS I.e. Selang satu Hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, Dan air putih.
Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam Dan sapaan. Dengan demikian Kita akan banyak dikenal Dan disayangi.

...

KELEBIHAN SURAH YASIIN...

Berkongsi tentang Yaasin

BACALAH YAASIN
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:


"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
BACALAH YAASIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan",
iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

...

Ayat2 ALQURAN MEMBENTANG SIHIR

Berikut adalah beberapa petua yang diambil daripada hadis Baginda.

# Membaca ayat Kursi, iaitu surah al-Baqarah ayat 255 setiap kali selesai solat lima waktu dan sebelum tidur.

# Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Naas setiap kali selesai solat lima waktu dan membaca ketiga surah itu sebanyak tiga kali pada pagi hari sesudah solat Subuh dan menjelang malam sesudah solat Maghrib.

# Membaca dua ayat terakhir dari surat al-Baqarah, iaitu ayat 285-286 pada permulaan malam.

# Membaca doa, "Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna daripada kejahatan makhluk ciptaan-Nya" pada malam hari dan siang hari ketika ingin pergi atau masuk ke sesuatu tempat.

# Membaca doa, "Dengan nama Allah, yang bersama nama-Nya, tidak ada sesuatu pun yang membahayakan, baik di bumi mahupun di langit dan Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui " -tiga kali pada pagi hari dan menjelang malam.

Menurut Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah, bacaan zikir dan permohonan perlindungan kepada Allah bagi memperoleh keselamatan dan untuk menjauhkan diri dari kejahatan sihir atau kejahatan lainnya iaitu bagi mereka yang selalu mengamalkannya secara benar disertai keyakinan yang penuh kepada Allah, bertumpu dan pasrah kepada-Nya dengan lapang dada dan hati yang khusyuk.

...
TANDA2 KIAMAT...

Di antara tanda-tanda kiamat kecil adalah:

1. Diutusnya Rasulullah SAW

Jabir r.a. berkata, "Adalah Rasulullah SAW jika beliau menyampaikan khutbah matanya merah, suaranya keras, dan penuh semangat seperti panglima perang, beliau bersabda, "(Hati-hatilah) dengan pagi dan petang kalian". Beliau melanjutkan, Aku diutus dan hari Kiamat seperti ini. Rasulullah SAW mengibaratkan seperti dua jarinya antara telunjuk dan jari tengah (kiamat sangat hampir). (riwayat Muslim)

2. Disia-siakan amanah

Jabir r.a. berkata, tatkala Nabi saw. berada dalam suatu majlis sedang berbicara dengan para sahabat, maka datanglah orang Arab Badwi dan berkata, "bilakah masanya akan terjadi kiamat?" Rasulullah SAW terus melanjutkan bicaranya. Sebahagian sahabat berkata, "Rasulullah mendengar apa yang ditanyakan tetapi tidak menyukai apa yang ditanyakannya".

Berkata sebagian yang lain, "Rasulullah tidak mendengar". Setelah Rasulullah menyelesaikan bicaranya, baginda bertanya: "Mana yang bertanya tentang kiamat tadi?" Berkata lelaki Badwi itu, "Saya, wahai Rasulullah". Rasulullah SAW berkata, "Jika amanah disia-siakan, maka tunggulah kiamat". Lelaki itu bertanya lagi, "Bagaimana menyia-nyiakannya?" Rasulullah menjawab, "Jika urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat". (riwayat Bukhari)

3. Penggembala menjadi kaya

Rasulullah ditanya oleh Jibril tentang tanda-tanda kiamat, lalu beliau menjawab: "Seorang budak melahirkan majikannya, dan engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang, dan miskin, penggembala binatang berlumba-lumba saling tinggi dalam bangunan. (riwayat Muslim).

6. Banyak terjadi pembunuhan

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Tidak akan terjadi kiamat, sehingga banyak terjadi haraj.. Sahabat bertanya apa itu haraj, ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "haraj adalah pembunuhan, pembunuhan". (riwayat Muslim).

7. Munculnya kaum Khawarij

Dari Ali ra. berkata, saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, Akan keluar di akhir zaman kelompok orang yang masih muda, bodoh, mereka mengatakan sesuatu dari firman Allah. Keimanan mereka hanya sampai di kerongkong mereka. Mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya. Di mana saja kamu jumpai, maka bunuhlah mereka. Siapa yang membunuhnya akan mendapat pahala di hari kiamat. (riwayat Bukhari).

9. Perang antara Yahudi dan Umat Islam

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin berperang dengan yahudi. Maka kaum muslimin membunuh mereka sampai ada orang yahudi bersembunyi di belakang batu-batuan dan pohon-pohonan. Dan berkatalah batu dan pohon, "Wahai muslim, wahai hamba Allah, ini yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah ia". Kecuali pohon Gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi. (riwayat Muslim).

11. Sedikitnya ilmu

12. Merebaknya perzinaan

13. Banyaknya kaum wanita


Dari Anas bin Malik ra. bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat adalah ilmu diangkat, banyaknya kejahilan, banyaknya perzinaan, banyaknya orang yang minum khamr (arak), sedikit kaum lelaki dan banyak kaum wanita, sampai nisbah bagi 50 wanita seorang lelaki. (riwayat Bukhari)

14. Bermewah-mewah dalam membangun masjid.

15. Berleluasnya riba dan harta haram


Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah bersabda, "Akan datang pada manusia suatu waktu, setiap orang tanpa kecuali akan makan riba, orang yang tidak makan langsung, pasti terkena debu-debunya". (riwayat Abu Dawud, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah bersabda, Akan datang pada manusia suatu saat di mana seseorang tidak peduli dari mana hartanya didapati, apakah dari yang halal atau yang haram. (riwayat Bukhari dan Ahmad)

...
GAMBAR2 BANGUNAN KEDAI...

Assalamualaikum..
seperti yang dikatakan.. kawe akan sertakan gambar bangunan dan juga kedai2 yang ada dalam bangunan tu, termasuklah kedai cc kawe yang tak seberapa tu.. lokasi kedai di tepi jalan besar, semoga lokasi kedai ini dapat me,bantu memajukan lagi serta memudahkan orang menggunakan perkhidmatan internet di kedai kawe.. semoga maju selamanya.. amin..


"BERNIAGALAH KERNA ALLAH"





ni lah design meja utk cc kawe.. tapi kalu nak updrage kekgi kena tukar gak tu, rugi la jgk..hmm..


permandangan dari sedut depan meja boSS.. kawe le tu,hehe..(meja kt depan tu meja boSS)

ni la kerusi2 yang cikgu pa baru beli..(sbb cikgu pa nak buka kopitiam c2 gak..)


permandangan dari tepi jalan besar.. kat depan tu pejabat mini pos hok kerol(anak cikgu pa)


* kalau lalu kut cabang 4 kedai beris.. singgah la kedai kawe etek deh...g main game ke meta..hehe..

ok..

...
ERA AF ONE RESOURCES AKAN BERMULA..

era AF ONE RESOURCES( nama kedai yg kawe dftrkan d SSM mggu lepas) akan bermula pada minggu hadapan.. insyaAllah.. tadi kawe pegi ke umah abe yo..(nama ori nasrun) selaku pembekal pc pada kedai kawe tu, untuk menyerahkan ukuran wayar networking untk sume pc dalam kedai kawe tu.. sblm ni kawe nak bincang pasal pc pun kawe g umah dia.. tadi bila kawe g, (sblm tu da kol nak g) umah dia gelap gelemak(gelita).. lampu depan umah tak buka satu pun.. kawe pun heran, mgkn dia da cemuh bakali tengok muka kawe yang asyik g umah dia 3 hari direct..hehehe.. tapi takpe..dia xboleh marah punye.. sebb kawe berpegang pada istilah "costumer is always right".. hehee...

maka da comfirm la tadi pasal pc cap mana kawe nak ambik n pc utk server tu staro mano.. ari ahad ni la pc-pc tu akan di masukkan ke kedai cc ambo tu.. maka lepas ni xleh la kawe tido pagi lagi..waaa... (redho je la..)

nanti kawe akan masukkan gambar bangunan kedai tu dan juga gambar kedai aku tu..
ok.. kawe mitok diri duluss...

...
LAMBATNYE NAK BUKAK KEDAI.....

x sabar rasenye nak buka kedai cc kat bangunan kedai cikgu pa (kawan abah).. sume persediaan da buat.. skang ni dalam 95%.. hanya tinggal 5% je lagi.. antaranya adalah PC tak dimasukkan lagi dan juga wiyering.. tu sume skali ngan PC, no hal la.. skang ni tunggu cikgu pa masukkan ekon dulu dan pasang pintu, baru boleh masukkan PC dalam tu, kalau tak nanti hancuss PC tu..tak pun kene rembat..hehehe...

...
RC2552 dalam kenangan..(abah dah jual kereta merc nya kelmarin...)




hampir sebulan abah meyuruh Yeh(spupu kawe) masukkan gambar kereta merc nya dalam mudah.com sebab nak jual.. dan kelmarin ada pembeli yang datang untuk beli kete tu dengan harga yang telah dipersetujui oleh dua2 belah pihak.. maka dengan itu, takde lagi merc kat umah kawe ni.. RC2552 kini dalam kenangan.. huhuhu..( kawe ingatkan abah akan pass kete tu ko kawe, ropenye tak.. melepasss..huhu)...