my company

my company

Archives

Maulidul Rasul 1431 H..

Salam sejahtera kepada semua sahabat2 blogger.. dan juga dhuyuf yang sudi melawat blog yang xseberapa ni.. Post kali ni adalah berkaitan dengan Maulidur Rasul s.a.w.. yang mana telah diraikan dan juga di selawat dan salam oleh seluruh umat manusia sedunia..

Hari ini saya telah pergi ke sebuah majlis Maulidur Rasul yang diadakan di Pondok Pasir Tumbuh, juga tempat tinggal sahabat sekelas saya masa diploma dahulu.. apa yang saya nak cerita disini bukan lah keadaan fizikal pondok tersebut, tetapi jiwa2 dan juga hati2 penghuni disitu yang mendambakan kehidupan di akhirat sana, dan juga bagaimana hati mereka menyambut Hari kelahiran insan paling agung atas muka bumi ini, iaitu Rasulullah s.a.w.

Saya mendapat jemputan ini daripada "sahabat baik" saya yang mana belajar kat pondok tu jugak.. alhamdulillah..terima kasih kepada "sahabat baik" saya kerana menjemput saya.. bila saya menjejakkan kaki pada pagi tadi, suasana di pondok itu amat meriah sekali, majlis perarakan bermula pada pukul 8.00 pg, tapi saya kelewatan sedikit sebab semalam kedai saya ttup lewat, dalam pukul 3 lebih.. namun syukur pada Allah kerana memberi kesempatan kepada saya utk menyertai perarakan majlis Maulidur Rasul pagi tadi walau sekerat jalan..

saya difahamkan oleh sahabat baik saya, perarakan pagi tadi bermula dari stesen minyak ESSO cbg 4 Pasir Tumbuh dan terus ke pondok melalui jalan besar.. suasana perarakan amat meriah sekali, dan hati saya juga tersentuh bila mendengar selawat keatas Rasulullah s.a.w yang dikumandangkan oleh seorang marshall dengan menaiki van berpagar.. ramai sangat pelajar2 pondok dan juga org kampung menyertai perarakan tersebut.

video
*klu vdeo lambat, korang tekan play, n korang tekan pause, tggu sampai linenya penuh, baru korang tekan play balik, baru clear, nak clear lagi, pakailah streamyx..hehe*

Perarakan tadi berakhir di asrama muslimin, yang mana menempatkan dewan bagi acara seterusnya, selawat burdah dan juga asma`ulhusna dan lain2 lagi.. suasana penghuni pondok pasir tumbuh tadi dalam menyambut Maulidur Rasul amat meriah, seolah2 seperti menyambut hari raya.. Allahu Rabbi.. rasa tenang je berada disana, dengan wajah2 yang berseri oleh nur iman, diselaputi pula tubuh badan mereka dengan jubah dan serban berwarna putih..

video
*klu vdeo lembab, wat mcm vdeo kat atas ye..hehe..*

saya terpaksa pulang pukul 9.30 pagi tadi, sebb tak cukup tidur, badan jadi penat sangat, sememangnya banyak lagi progrm yang diadakan di pondok tu, namun sebb terlalu pening dan sebelah petang pula saya kerja, jadi kena pulang awal, sahabat baik saya suruh tunggu makan tengah hari dulu, tapi xdapat nak tunaikan permintaan dia, maaf ye.. saya ngantuk sangat tadi..

`ala kulli haal, saya rasa amat teruja dengan semangat2 anak2 muda yang memilih jalan utk menjadi golongan "alkayyisu" yang terdapat dalam hadis Rasulullah s.a.w.. semoga kita sama2 termasuk dalam golongan tersebut.. "ala kulli haal.. saya dapat merasai ketenangan berada disana, insyaAllah jika ada kesempatan, saya juga ingin menjadi sebahagian dari penghuni disana, insyaAllah..

*Allahumma solli `ala Sayyidina Muhammad wa`ala aalihi wasohbihi wabaarik wasallim...*

video
*yang ni pon same, klu lembab, wat mcm video atas*

sekeping hati yang terpanggang...

"Abu Bakar mengungguli kamu semua bukan kerana banyaknya salat dan banyaknya puasa, tapi kerana sesuatu yang bersemayam di hatinya." (HR at-Tirmidzi di an-Nawâdir dan al-Ghazali di Ihyâ' Ulûmiddîn)"


Setiap malam Jumaat, selesai salat Isyak, tubuh yang dibalut jubah kasar itu duduk berzikir. Kepalanya menunduk sangat rendah sampai menyentuh lutut. Begitu khusyuk dan khidmat, tak sedikit pun bergerak untuk mendongak. Menjelang fajar terbit, kepalanya baru diangkat, menghela nafas yang panjang dan tersendat-sendat. Seluruh aroma di ruangan itu berubah. Tercium bau hati yang terpanggang.

Itulah ibadah khusus Abu Bakar Radhiallâhu'anhu yang diceritakan oleh istri beliau setelah mendapat permintaan dari Umar bin al-Khatthab. Umar menitikkan air mata, terharu mendengar cerita dari isteri pendahulunya itu.

"Bagaimana mungkin putra al-Khatthab boleh memiliki hati yang terpanggang, " desahnya. Hati yang terbakar oleh rasa takut melihat kebesaran Allah, terbakar oleh rasa cinta kerana memandang keindahan Allah, juga terbakar oleh harapan yang memuncak akan belas kasih Allah.

Abu Bakar ash-Shiddiq r.a dinobatkan sebagai orang terbaik dari kalangan umat Rasulullah Muhammad SAW. Rasulullah SAW juga menobatkannya khalîl atau kekasih terdekat bagi beliau. Faktor utamanya bukan kerana banyaknya amal yang beliau lakukan, tapi kerana hatinya. Hatinya khusus untuk Allah dan Rasul-Nya.

Pada saat Rasulullah SAW mengumumkan agar kaum Muslimin menyumbangkan harta mereka untuk dana perang melawan Romawi di Tabuk, Abu Bakar membawa seluruh hartanya kepada Rasulullah SAW.

"Apa yang engkau tinggalkan untuk keluargamu?" tanya Rasulullah kepada Abu Bakar.
"Allah dan Rasul-Nya?" jawab Abu Bakar tanpa keraguan sedikitpun.
Inilah ketulusan hati Abu Bakar.

"Orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya dengan sepenuh hati tak meninggalkan apa pun melainkan apa yang ia cintai," demikian disebut oleh Imam al-Ghazali tentang kisah beliau ini.

Ketulusan sepenuh hati itu membawa Abu Bakar SAW menjadi orang yang paling makrifat kepada Allah di antara umat Rasulullah SAW yang lain. Abu Bakar Radhiallâhu'anhu mengorbankan segalanya untuk Allah dan Rasulullah SAW.

Hingga, hidupnya begitu miskin setelah mengucapkan ikrar Islam di hadapan Rasulullah. Padahal, sebelumnya Abu Bakar adalah saudagar yang disegani di Quraisy.
Abdullah bin Umar bercerita: Suatu ketika Rasulullah SAW duduk. Di samping beliau ada Abu Bakar memakai jubah kasar, di bahagian dadanya ditutupi dengan tambalan. Malaikat Jibril turun menemui Rasulullah SAW dan menyampaikan salam Allah kepada Abu Bakar.

"Hai Rasulullah, kenapa aku lihat Abu Bakar memakai jubah kasar dengan tambalan penutup di bagian dadanya?" tanya Malaikat Jibril.

"Ia telah menginfakkan hartanya untukku sebelum Penaklukan Makkah." Sabda beliau
"Sampaikan kepadanya salam dari Allah dan sampaikan kepadanya: Tuhanmu bertanya: Apakah engkau rela dengan kefakiranmu ini ataukah tidak rela?"

Rasulullah SAW menoleh kepada Abu Bakar. "Hai Abu Bakar, ini Jibril menyampaikan salam dari Allah kepadamu, dan Allah bertanya: Apakah engkau rela dengan kefakiranmu ini ataukah tidak rela?"

Abu Bakar menangis: "Apakah aku akan murka kepada (takdir) Tuhanku!? (Tidak!) Aku redha dengan (takdir) Tuhanku, Aku redha akan (takdir) Tuhanku."
Semua miliknya habis dikorbankan untuk Allah dan Rasulullah SAW.

Inilah cinta yang hakiki. Cinta yang mengorbankan segalanya untuk Sang Kekasih, dia tak memerlukan apa-apa lagi selain Dia di hatinya. "Orang yang merasakan kemurnian cinta kepada Allah, maka cinta itu akan membuatnya berpaling dari pencarian terhadap dunia dan membuatnya merasa tidak asyik bersama dengan segenap manusia." Demikian untaian kalimat tentang tasawuf cinta yang pernah terucap dari mulut mulia Sayidina Abu Bakar ash-Shiddiq r.a.

Oleh kerana itu, Sayidina Abu Bakar r.a memilih zuhud sebagai jalan hidup utama beliau. Dunia bukanlah matlamat utama yang hendak dinikmati, tapi godaan yang harus dihindari. Faktor utama yang menyebabkan manusia lupa kepada Allah adalah kesukaannya terhadap hal-hal duniawi.

Faktor utama yang menyebabkan manusia mendurhakai Allah juga adalah cinta dunia. Cinta atau gila dunia merupakan ibu dari segala kesalahan yang dilakukan manusia

Mekkah bakal menjadi seperti Las Vegas????

Mekah : 5 kali sehari di seluruh dunia, umat Islam akan menghadap kota ini untukMasjdil Haram bersolat, menghadap ke tapak di mana mereka percaya Nabi Ibrahim membina rumah suci Allah. Tapak ini juga menjadi tempat di mana umat Islam diwajibkan mengunjunginya sekurang - kurangnya sekali dalam hidupnya.

Kini apabila berada di sana dengan berpakaian ihram yang ringkas dan diperbuat daripada kain kapas yang membalut tubuh, mereka akan melihat sesuatu yang lain daripada Kaabah. Mereka juga akan turut melihat Starbucks, Cartier & Tiffany, H&M dan Topshop.

Pusat membeli belah Abraj Al - Bait, merupakan salah satu pusat membeli belah yang terbesar di Arab Saudi, dilengkapi dengan panel monitor yang rata, lampu - lampu neon, pusat hiburan, restoran makanan segera dan kedai pakaian dalam wanita sedang dibina bertentangan dengan tanah paling suci dalam Islam.

Adakah ini pembangunan dan kemajuan dalam Islam? Tidak semua orang mengganggap bahawa ini satu kemajuan.

“Mekah kini sedang menjadi seperti Las Vegas, dan ini satu bencana,” kata Ali al - Ahmed, Pengarah Institut Hal Ehwal Teluk di Washington, sebuah pertubuhan penyelidikan pembangkang Saudi. “Ia akan menjadi satu bencana kepada umat Islam kerana apabila ke Mekah, mereka tidak akan mempunyai perasaan lagi. Tiada lagi daya tarikan. Semua yang dilihat hanyalah kaca dan simen.”

Pusat membeli belah ini yang dijangka akan dibuka kepada umum seminggu sebelum musim haji Disember ini adalah yang pertama dalam rancangan pembinaan yang menelan belanja $ 13 bilion di Mekah yang berjanji akan mengubah bagaimana kota ini, yang dilarang kepada semua orang kecuali umat Islam, melihat dan merasanya.

Ia menunjukan bahawa perubahan yang berlaku jauh daripada berakhir. “Mekah tidak pernah berubah seperti mana yang berlaku sekarang,” kata Angawi, arkitek Saudi. “Apa yang anda lihat sekarang hanyalah 10 peratus daripada apa yang akan datang (bakal terjadi). Apa yang akan datang (adalah) lebih buruk (lagi).”

Dipetik dan disunting dari: Utusan Pengguna Pulau Pinang keluaran Mei - Jun 2007
---------------------------------

Benarlah Hadis Rasulullah yang bermaksud:


Salah satu diantara tanda-tanda Akhir zaman adalah perjalanan ibadah haji dilakukan untuk bertemasya, perniagaan, riya’ [menunjuk-nunjuk] atau mengemis.

Akan tiba suatu masa di mana orang-orang kaya akan pergi haji untuk bertemasya, orang yang berharta untuk kepentingan perniagaan, orang bijak untuk menunjuk-nunjuk dan orang miskin untuk mengemis - [Diriwayatkan oleh Anas r.a.]

Tidak ada [hari] pengadilan hingga gedung-gedung yang sangat tinggi dibangunkan - [Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.]

As-sa’ah [Hari Kiamat] tidak akan tiba; hingga manusia berlumba-lumba membuat bangunan yang tinggi - [H.R. Bukhari]









-kelihatan disana "projek mega" sedang dibangunkan-







-Tidak sampai beberapa meter dari Masjidil Haram, hebat tersergam sebuah kompleks yang kelihatan seperti bangunan Berjaya Times Square di tanahair




-Nampaknya kompleks ini lebih tinggi dari menara Masjidil Haram itu sendiri. Apa yang telah menjadi lebih utama kini-


-Sebuah kompleks yang bakal menempatkan gedung-gedung membeli belah, hotel-hotel serta pelbagai prasarana lain yang kelihatannya begitu mewah-


-Ini pastinya lebih hebat dari projek pembangunan Suria KLCC, Mid Valley, Times Square atau The Pavilion di tanahair-


-Memperkenalkan projek hartanah terhebat di kota suci - Abraj al-Bait Shopping Center, Mekah Saudi Arabia-


-Pemandangan dari sebuah bilik hotel pastinya untuk yang bergelar jutawan dan hartawan - Semoga jemaah masjidnya tidaklah pula akan kekurangan-


-Bukankah juga di dalam Islam kita ditegah dari terlalu bermewah-mewah dan menunjuk-nunjuk - Mungkinkah kita dapat melihat pemandangan yang sebegitu di Vatican City, Baitullaham [Bethlehem] atau di Baitul Makdis [Jerusalem]-



Gemerlapan kota Mekah di malam hari yang bisa menyilaukan - Persis pemandangan biasa sebuah kota hiburan di Amerika - Janganlah, apabila balik dari Mekah tiada bezanya dengan balik dari melancong dan membeli belah di London, Paris, New York… atau pun Las Vegas. Nauzubillah.

Ya Allah, Ampunilah kami, penduduk akhir zaman ini atas dosa-dosa yang kami perbuat hingga kami melupakan-Mu.

Katakanlah: “Segala puji bagi Allah, Dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya…” - [Surah an-Naml:93]

Perlawanan Persahabatan..

baru2 ni aku n member ada wat perlawanan persahabatan.. antara mereka yang terlibat ialah beberapa kawan2 aku yang blaja luar pada kelantan n balik cuti pada tahun baru cina baru ni.. perlawanan agak sengit pada permulaannya.

perlawanan antara 4 penjuru, iaitu 4 team..nama team pom ganah2 tuh... antara team yang terlibat ialah:

1. set star
2. gagok ite
3. tok mene tok apo
4. set sedak

aku termasuk dalam team gagok ite.. nanti aku sertakan jadual perlawanan kat bawah.. malas nak tulis panjang2 etek..

ni ahli setiap team.. hidup team gagok ite!!!..haha..

dalam setiap team tu ada star blaka.. makna kata gak, memang set2 power la jugak..hihi..


tu la serba sedikit tentang jadual perlawanan team kami..

maka dengan itu berlangsung la perlawanan selama dua jam, yang mana setiap 1st n 2nd half time 7minit..

pada perlawanan pembukaan antara set star n tok mene tak po, berlaku sedikit kekasaran yang hampir2 mencetuskan perbalahan.. semua tu akibat salah faham sebb team tok mene tak po adalah dari kalangan anak2 perantau yang keje luar kelantan, jadi dorang ni agresif n tak kenal org siket..hehe..

team2 lain pun hebat jugak, antara dari team set star adalah mat yi jazz n juga ayahanda, pastu awe import 2 ore, iaitu man argentina dan abgnya.. meme set2 lama blaka tuh dale sukan..

set sedak pun ada jugak star sore dua, antaranya imi poksoh, we h.a n juga yeh kito..haha..

set tok mene tak po pun tak urang hebat jugak, keeper dio, adi siling meme kemah keeper.. dan jg ada striker sedak, antaranya piju dan juga peja poksu wil.. meme kemah jugak la set2 dio..

set gagok ite pom apa kurangnye.. antara yang best person ialh keeper team ni.. iaitu team aku.. hahaa.. keeper paling sohor, nasir abe nor, meme kemah keeper nih, melayang sokmo time nok blok bola.. striker pun buleh kiro jugok hebat dia, muyem.. dan juga aku.. haha.. hidup team gagok ite!!!

tempat pertama dimenangi oleh set star, dan diikuti rapat oleh set gagok ite dan seterusnya aku pun tak pasti da.. salah tulis nanti kang kene marah plak..hihi..

hamper yang kami buat itu adalah sebagai semangat utk bemain bersungguh2 dan pada akhirnya dibahagi sama rata.. bestt..hihi..

aku harap lain kali dapat lagi diadakan acara seperti ni, atleast dapat rapatkan lagi silaturrahim antara anak perantau dan juga anak2 dari lain2 kampung..


*majulah sukan utk anok bangso*



.




**para pemain yang menjayakan perlawanan pada malam tersebut**

huh...

salam sejahtera..

rasa lame je tak update blog ni.. padahal baru je 4 hari lepas baru update.. ntah la, mgkn sibuk sikit kot..(wat2 sibuk je padahal..hehe)..

tapi ada la sibuk sikek.. ada banyak hal, kadang2 orang oder ink refill la, ada orang book otter kaler black, jadi terpaksa tinggal kedai jap coz kena g cari barang kat supplier..

Bingkisan doa....


Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

@>--- Rasa syahdu bila baca doa ni... =`(

Berpesan-pesan...

Sebelum ni saya ada menerima email dari seorang rakan yang menceritakan mengenai seorang pengguna yang hanya menyedari kandungan makanan yang dimakan oleh anaknya (keropok ROTA) mengandungi kod lemak si Khinzir ni sebelum keropok itu dimakan. Tapi saya kurang mengambil cakna pada email tersebut sebab keyakinan saya diletakkan pada tanda halal yang dipamerkan... Tapi selepas satu insiden dimana mama saya membeli cream dan kami sekeluarga telah hampir menghabiskan kesemuanya, saya baru terdetik untuk melihat isi kandungan cream tu... dan amat kecewa sekali kami sekeluarga telah memakan makanan yang mengandungi lemak Khinzir yang berkod E471 (sama seperti kandungan yang terdapat dalam Pringles). Ini lah balasannya kepada orang yang tak mengambil peduli tentang perkara-perkara yang penting macam ni. Dan untuk tidak mengulangi kesilapan saya... Saya nak kongsikan perkara ni dengan korang semua dan semoga kita sama-sama memboikot makanan yang mengandungi kod-kod lemak binatang haram ni... Semoga Allah mengampuni dosa kami dan menerima doa taubat kami. =( Ameen...
--------------------

Yg jelas nye.....pringles pun ader gak lemak menatang ni...kalau xcaya tgk ader E471 kat ingredients nya tu...mmg patut lah Allah turunkan bala virus influenza tu....

Xheran lah kalau skg ni ramai sgt samseng, yg muda, yg tua..laki..pompuan. ..sama jer.....solat yg wajib main tinggal jer..doa pun byk yg tak termakbul ekoran makanan2 seperti ni yg jadi darah daging...... .nauzubillah. .

Camner nak lahirkan lebih ramai islam yg betul2 'muslim'... dari kecik dah disuapkan dgn makanan2 mengarut ni... yg heran nya caner leh ader tanda HALAL bg makanan2 tersebut?

Bijaknya org2 kafir memperdayakan org2 Islam hanya dgn makanan..... . Kebijaksanaan mereka xkan kekal lama...

Tp...ingatlah suatu masa yg telah ditetapkan oleh Allah swt, org2 mukmin akan bangkit jua...

Jika kita sedar dan prihatin..forward lah untuk rakan2 seislam...semoga kita lebih berhati2 ngan tipu daya & helah musuh2 Allah swt...

-petikan diambil dari post sahabat saya-

p/s: berhentilah dari memakan makanan segera, jika tak nak hati kita gelap dek lemak natang tu..

Rahsia perempuan yang lelaki patut tahu... :-)



1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

:- Absolutely right... but sometimes guys don't understand what happened inside gurls heart...



2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

:- Kadang2 gurls perlukan masa untuk menilai apa yang telah berlaku dan menganalisis sama ada perkara yang membuat hatinya disakiti tu adalah untuk kebaikan dia atau pun sebaliknya... Jika dia rasakan lelaki menyakitinya untuk kebaikannya makanya dia akan cuba membuka mata dan memperbaiki kelemahan tu. Seterusnya memaafkan sang lelaki. Tapi kalau disebaliknya... alamatnya... lelaki perlu berusaha keras untuk menambat hatinya kembali. =) Usaha tangga kejayaan. Hehe...



3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

:- Betul.Betul.Betul. Ini merupakan antara permasalahan terbesar wanita2 di muka bumi ni. Bukan tak nampak benda yang dibenci tapi buat2 tak nampak. Tapi bila da putus tengah jalan. Baru nak menyesal kata " Kenapa la aku buat tak tau je sebelum ni sedangkan memang dari dulu lagi aku tak suka dia buat macam tu" (Contoh je la ni.. heheh)



4. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

:- Macam mana eh? Karang kalau tersilap cakap kene 'sound' pule.. hehe...



5. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

:- Heeeee~ Macam terasa je ni... lalalala~




6. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

:- Setuju! Perempuan pun sama gak... jangan cakap macam tu kat lelaki... Tak baik... Kalau betul sekali pun... Cakap elok2... Nasihat... Kalo dia nak dengar insyaAllah dia akan berubah... Alhamdulillah... Kalo dia tak nak dengar... biar je la... asal dia tau apa yang dia buat... lama2 nanti sedar la dia... Doakan yang terbaik untuk dia...



7. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

:-Betul2... Sometimes kami memerlukan lawak2 kering untuk menghiburkan hati... kalo serius je sentiasa... tak reti apa yang nak buat...



8. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

:-Hah! Baca tu kaum laki... kalo rase2 tak perlu senyum tu baik tak payah senyum... Silap2 aribulan kene cop gatal... kehkeh...



9. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

:-Benar ni... kadang-kadang firasat lelaki tak selari dengan gerak hati perempuan tau...



10. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

:-100% agreed!



11. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

:- Betul juge...



12. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

:- Dan dengan syarat Cinta kerana Allah... =)



13. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

:- Setuju... dan saya pasti lelaki pun begitu juge... ^_^



14. Senjata wanita adalah airmata!!

:- Eh? Bukan kuku ke? hehe....


15. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

:- Selain tu... lelaki tu mestilah berpegang kepada agama, hormat orang tua, dan ikhlas menerima diri wanita apa adanya... heee~



16. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

:- Memang betul... ;)

Mencari wanita sempurna...




Ini kisah perjumpaaan dua orang sahabat yang sudah puluhan tahun berpisah. Mereka amat merindui antara satu sama lain, berbual, bersenda sambil minum kopi di sebuah cafe. Awalnya topik yang dibicarakan adalah soal2 nostalgia zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini.

"Mengapa sampai sekarang kau belum menikah?" ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang. "Sejujurnya sampai sekarang ini aku masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya aku masih membujang. Dulu waktu aku di Utara, aku telah berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat bijaksana. Aku fikir inilah wanita ideal untuk aku dan sesuai aku sunting menjadi isteri. Namun belakangan selepas itu pada masa berpacaran baru aku tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai disitu.

Di Ipoh aku ketemu seorang perempuan yang cantik jelita ,ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok. Hatiku berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru aku tahu, ia banyak tingkahlaku yg tak baik dan dia juga seorang yang tidak bertanggung jawab.

Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui kalau dia dari keluarga yang berantakan yakni berpecah belah dan selalu menuntut sesuatu yang tidak mampu aku penuhi. Akhirnya kami berpisah.

Aku terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan kelemahan pada wanita yang aku temui. Sampai pada suatu hari, aku bersua dengan wanita ideal yang aku dambakan selama ini. Dia begitu cantik, pintar, baik hati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat prihatin dan sayang kepada orang lain. Aku fikir inilah pendamping hidupku yang dikirim oleh Tuhan".

"Lantas?", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan "Apa yang terjadi? Kenapa kau tidak terus meminangnya?". Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu menjawab, "Baru sekarang aku mengetahui bahawa dia juga sedang mencari lelaki yang SEMPURNA".



@>--- Sebagai konklusinya... Memang benar semua orang mendambakan insan yang sempurna lahir dan batin di dunia ni... tetapi beringat2lah... Tiada siapa yang sempurna di dunia ini... (No body is perfect in this world...). Hanya DIA yang MAHA SEMPURNA.... Jadi kita sebagai insan biasa di muka bumi haruslah sentiasa memuhasabah diri apabila keinginan mengatasi segalanya... (^_^)

Panggil Masjid Bukan Mosque!!!!!!

Muslim seharusnya tidak lagi menggunakan PERKATAAN "Mosque".

Saya membaca buku berjudul "THE COMPLETE IDIOT'S GUIDE TO UNDERSTANDING ISLAM"




Buku itu berisi fakta-fakta yang lucu .Salah satunya adalah mengenai kata "Mosque."

Banyak dari kita yang berfikir bahwa ini adalah terjemahan bahasa Inggeris untuk Masjid. Saya yakin tak ada seorang pun dari kita yang mengetahui bagaimana kata ini ada dan kemudian mempunyai kemiripan suara dengan 'Masjid'.

Bagaimanapun, buku ini menunjukkan bahwa kata 'Mosque' diperoleh dari kata dalam bahasa Sepanyol, yaitu "Mosquito" ("Nyamuk").

Dinamakan seperti itu kerana saat Perang Salib terjadi, Raja Ferdinand berkata bahwa mereka akan berangkat dan membasmi Muslim "like mosquitoes"(seperti nyamuk-nyamuk). (Dimana lagi mereka dapat temukan muslim dalam jumlah yang cukup besar untuk dibasmi jika bukan di Masjid?).

Lalu tanpa rasa bersalah mereka menyebut "Masjid" sebagai "Mosque".

Jadi saudara-saudara seiman, hindarilah penggunaan kata yang dengan jelas menunjukkan tamparan ke muka ke wajah umat. Beritahukanlah saudara-saudara kita tentang sejarah dan etimologi (ilmu asal kata) tentang kata ini.

Dan marilah kita ganti kata itu dengan kata yang memiliki makna yang seharusnya:Masjid!

Tempat untuk Bersujud!!
Bukan Mosque: tempat pembasmian!

Jika ada diantara saudara-saudara yang masih ragu tentang hal ini,silahkan mencari buku tersebut dan kemudian membacanya... nak bukti lagi??

Buku Complete Idiot Guide to Understanding Islam karya Yahya Emerick..rujuk m/s 14






sumber: http://petikanbuku.blogspot.com/2009/05/panggil-masjid-bukan-mosque.html

Variasi Artikel Masjid Kristal





Keunikan Masjid Kristal di Pulau Wan Man, tidak jauh dari muara Sungai Terengganu memang tidak dapat dinafikan. Selain rekabentuknya yang lain dari yang lain, bahan bahan yang digunakan untuk membinanya juga dikatakan berbeza dengan masjid masjid yang pernah didirikan diserata negara ini. Pembinaannnya dikatakan banyak menggunakan marmar, kaca dan kristal.

Disebabkan kelainannya itu juga, pembinaannya tidak menggunakan khidmat arkitek, perunding, jurutera mahupun kontraktor tempatan. Bahkan, ia turut melibatkan orang bukan Islam. Bukan setakat itu, kerja kerja pembinaannya juga terpaksa menggunakan kepakaran buruh asing. Agaknya rakyat tempatan tidak cukup mahir mengadun dan menyusun atur bahan bahan tersebut?


Menambahkan lagi keunikannya ialah susun atur suasana persekitarannya. Mungkin keterapungannya di atas sungai sudah tidak dianggap unik kerana reka letak sebegitu telah didahului beberapa masjid lain.

Antaranya ialah masjid Tengku Tengah Zaharah di Kuala Ibai, Terengganu, masjid Putrajaya dan beberapa yang lain yang diistilahkan sebagai masjid terapung. Tetapi belum ada mana mana masjid di negara ini, atau mungkin di seluruh dunia, yang di jirani belasan masjid lain dalam jarak yang sangat dekat sepertimana yang berlaku di Pulau Wan Man. Selain Masjid Kristal, pulau yang tidak sampai sebatu panjang itu turut dipenuhi dengan lebih 20 monumen lain. Sebahagian besarnya direkabina menyerupai bentuk masjid masjid terkemuka dunia, termasuk dari Russia, China, Turki, palestin, India dan lain-lain.

Niat pembangunan keseluruhan pulau itu yang tidak berpaksikan ibadat menyebabkan pengaturan agenda memprosmosikannya juga dibuat tidak berlandaskan tuntutan agama. Seorang tetamu dari universiti islam di wilayah Pattani yang diundang kerajaan negeri ke Perkampungan hadhari serta majlis perasmian Taman Tamadun islam di Pulau Wan Man minggu lalu meluahkan kekecewannya kepada seorang rakan penulis di Kota Bharu.

"Memang HADHARI sungguh. Sebelah masjid (Masjid Kristal) ada tempat nyanyi. Boleh bercampur ibadat dengan maksiat" katanya dengan nada kesal.
Beliau dipercayai merujuk kepada pentas didirikan oleh kerajaan negeri sewaktu majlis perasmian taman tersebut yang turut diisi program hiburan oleh artis artis tempatan. itupun satu keunikan juga, bukan?

Masjid Kristal diisytiharkan sebagai masjid yang boleh didirikan solat. bagaimanapun ia bukan untuk didirikan solat Jumaat. Mungkin ketetapan itu dibuat mengambilkira bahawa lelaki Muslim bermukim di kawasan sekitar itu tidak mencukupi bilangan 40 orang, sebagaimana di syaratkan dalam mazhab kita.

Meskipun agak janggal, ketetapan itu bukanlah suatu yang unik Sebelum ini pun sudah wujud beberapa masjid dinegara ini yang sekadar didirikan solat jemaah lima waktu dan tidak didirikan solat Jumaat.

Bagaimana pun, persoalan utama yang diperkatakan rakyat Terengganu sekarang ialah bagaimana mungkin masjid tersebut dapat dimakmurkan. Jangan dikatakan solat Jumaat, untuk solat lima waktu pun nampaknya amat sukar dipastikan berterusan disitu.
Apa masalahnya? masalahnya, pulau tersebut tidak didiami walau seorangpun manusia. Sebab itu orang Terengganu sering membuat jenaka bahawa nama pulau itu sebenarnya bukan Pulau Wan Man , tetapi pulau "One Man".

Ertinya kalau adapun penduduknya, hanyalah seorang. Gurau mereka lagi, orang itu jika bukan menteri Besar Terengganu, Idris Jusoh, dia mestilah Patrick Lim kroni PM yang dikatakan mendapat kontrak memajukan pulau tersebut.

Dalam ertikata lain, ia tidak mempunyai ahli qaryah. Sebelum ini ia hanya dipenuhi hutan paya bakau dan nipah. Penghuninya hanyalah biawak, kera dan unggas.




-ini baru masjid kristal-




Kampung terdekat dengan masjid kristal melalui jalan darat berada kira kira dua kilometer dan sudahpun mempunyai masjid dan surau sendiri. Apa perlunya penduduk disitu bersusah payah memandu ke hujung tanjung semata mata untuk bersolat disitu?

Sehingga kini pihak berkuasa negeri dikatakan tidak dapat melantik imam, bilal mahupun siak bagi menjaga masjid tersebut. Peraturan dan peruntukan kewangan untuk itu tidak wujud dalam kamus pentadbiran kerajaan negeri. Maka jadilah masjid Kristal itu sebuah masjid tanpa imam, bilal mahupun ahli qaryah.

Sebab itu rakyat Terengganu memang boleh menyanyikan lagi, "oh, uniknya, uniknya,uniknya Masjid Kristal!"

Tak boleh solat jumaat.. Kalau boleh pun, ramai ke yang sanggup abiskan RM5 untuk tambang bot pergi dan balik ke masjid tu? Baik sedekah je kat Masjid dari kasi tokey bot.

Sebenarnya yang penting ialah matlamat membina masjid bagi tujuan beribadah kepada ALLAH. Jika untuk menarik pelancong, itu bermakna niat pembinaan telah terpesong. Masih ingat peristiwa Masjid Dhirar yang dibina kaum munafiq? Masjid itu diperintahkan oleh Baginda Rasulullah SAW agar dimusnahkan kerana tujuan pembinaannya ialah untuk menandingi Masjid Nabawi. Padahal Masjid Dhirar dibina dengan batu, pasti lebih cantik berbanding Masjid Nabawi pada masa itu yang hanya terbina dari batang2 pokok tamar. Rasulullah sendiri mengarah untuk meruntuhkan masjid yg bukan untuk beribadat.... (jgn fikir bukan2 lak)


-sumber: http://petikanbuku.blogspot.com/2009/06/variasi-artikel-masjid-kristal.html

Valentine Day: Satu Fenomena Fasik ....

Khutbah Jumaat minggu lalu begitu keras menyentuh tentang perayaan Valentine's Day. Mimbar masjid terasa bergegar dengan peringatan yang tegas dari khatib kepada para pemuda-pemudi Yaman agar jangan turut sama terlibat dalam perayaan ini. Katanya terdapat restoran-restoran dan hotel-hotel yang menyediakan pakej makan malam untuk meraikannya di mana golongan muda-mudi boleh bertemu-janji dan bertukar-tukar hadiah sambil memakai pakaian yang ada 'warna merah' bertemakan sambutan itu. Ketika mula sampai di Yaman kira-kira 4 tahun lalu, suasananya berlainan sekali. Kini budaya barat sudah sedikit demi sedikit mempengaruhi para pemuda-pemudi. Sudah ramai yang meninggalkan jubah dan ghutrah (serban) dan beralih kepada t-shirt dan seluar jeans lusuh..

Perkara ini sudah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w melalui hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: (maksudnya) "Sesungguhnya kamu pasti akan mengikut jejak langkah orang-orang yang sebelum kamu – sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehinggakan jika mereka memasuki ke dalam lubang dhab (sejenis biawak di padang pasir), pasti kamu akan mengikut mereka." Kami (para sahabat) bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah Yahudi dan Nasrani (yang engkau maksudkan)? Jawab baginda s.a.w: "Maka siapakah lagi (kalau bukan mereka)?"
–Hadis riwayat Imam Muslim (Kitab al-'Ilm, Bab ittiba' Sanan al-Yahudi wal-Nasara, hadis no.4822), Imam al-Bukhari (Kitab Ahadis al-Anbiya', hadis no.3197), Imam Ibnu Majah (Kitab al-Fitan, Bab Iftiraq al-Umam, hadis no.3984) dan Imam Ahmad (Kitab Baqi Musnad al-Muktsirin, hadis no.10230).

Imam al-Nawawi r.h. ketika mensyarahkan hadis ini di dalam Syarh Muslim mengatakan: "Yang dimaksudkan dengan 'sejengkal', 'sehasta' dan 'lubang dhab' (dalam hadis ini): adalah sebagai perumpamaan kepada dahsyatnya persamaan dengan mereka (Yahudi dan Nasrani). Dimaksudkan dengan persamaan itu ialah dalam perkara-perkara maksiat dan perlanggaran (dalam urusan agama), bukan pada kekufuran. Pada hadis ini terdapat mukjizat yang jelas bagi Rasulullah s.a.w, maka sesungguhnya telah pun berlaku apa yang diberitahu oleh baginda s.a.w." - al-Minhaj –Syarh Sahih Muslim bin al-Hajjaj , Jil.9, Juzuk.16, hal.436 – rujukan no. hadis dalam naskhah ini 6723.

Sekiranya Imam al-Nawawi menyebut sedemikian pada zamannya (tahun 631-676 Hijrah), maka apatah lagi pada zaman kita hari ini? Umat Islam bukan sahaja sudah mengikut Yahudi dan Nasrani dalam perkara maksiat dan perlanggaran mereka terhadap suruhan agama, bahkan sudah ada orang-orang Islam yang menjadi kafir dan murtad! Begitulah misalan yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w bahawa umat Islam akan mengikut jejak langkah Yahudi dan Nasrani sedikit demi sedikit sehinggalah dalam perkara yang tidak masuk akal sekalipun; iaitu memasuki lubang dhab yang sempit di padang pasir?! Berapa banyak amalan 'yang tidak masuk akal' telah pun dilakukan oleh umat Islam?

Berbalik kepada Valentine's Day, saya merasa tergerak hati untuk menulis sesuatu setelah kami mendengar kuliah hadis semalam yang disampaikan oleh al-Syeikh al-Qhadi Muhammad bin Ismail al-'Amrani (bekas Qadi Yaman). Walau pun secara ringkas, apa yang disebutkan semalam sangat memberi kesan. Bahawa anak-anak muda Yaman sudah ramai yang mengikut jejak langkah Yahudi dan Nasrani! Jika begitu keadaannya di Yaman, bagaimana pula keadaannya di tanah air saya – Malaysia?

Asal-usul perayaan ini sudah umum diketahui, ianya sempena memperingati hari kematian seorang paderi Kristian. Walau pun terdapat berbagai-bagai versi tentang kisah seorang paderi yang bernama Saint Valentine yang dihukum bunuh oleh Maharaja Claudius II Gothicus pada 14 Februari tahun 270 Masihi itu. Terdapat juga pendapat yang mengatakan ianya berasal daripada perayaan Lupercalia oleh masyarakat Roman sebelum kristian dan kemudiannya digantikan dengan Valentine's Day oleh Pope Gelasius 1 pada kurun ke-5 Masihi. Semenjak itu ianya telah disambut sebagai 'hari berkasih-sayang' (a day of romance) sepanjang 14 kurun. Pedulikanlah apa pun kisah 'tragedi cinta' yang berlaku terhadap Saint Valentine itu! Apa yang penting ingin kita tegaskan di sini ialah perayaan tersebut bukan daripada Islam.. bukan daripada Islam.. dan sekali lagi BUKAN DARIPADA ISLAM!
Apabila ianya bukan daripada Islam, tentulah sesiapa yang menyambutnya termasuk dalam 'golongan' yang mengikut, meniru atau menyerupai suatu kaum yang lain.

Sesiapa yang menyambut perayaan ini, maka dia termasuk dari kalangan kaum tersebut. Kita barang kali tidak sedar dengan amaran Rasulullah s.a.w melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: (maksudnya) ".. Sesiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk dari kalangan mereka."
–Hadis riwayat Imam Abu Daud (Kitab al-Libaas, hadis no.3512) dan Imam Ahmad (Musnad al-Muktsirin minal-Sahabah, hadis no.4878)
Bukan sekadar itu, para ulama juga berpendapat bahawa haram hukumnya bagi sesiapa yang memakai pakaian yang menyerupai pakaian keagamaan sesuatu kaum. Contohnya pakaian yang menyerupai pendeta Yahudi, paderi Kristian, sami Buddha dan lain-lain. Sekiranya 'penyerupaan' atau 'peniruan' itu melibatkan soal akidah atau melakukan upacara ibadah sesuatu agama lain maka seseorang itu boleh menjadi kafir dan murtad. Termasuk juga haram hukumnya menyerupai suatu kaum atau golongan yang fasik seperti berpakaian mengikut para artis dari negara Barat yang mendedahkan aurat atau hampir 'bertelanjang' atau berpakaian mengikut gaya 'rock', 'punk', 'hip-hop', 'black-metal' dan macam-macam lagi. Sekiranya kita perhatikan soal berpakaian ini, kebanyakan orang-orang yang memakainya juga mengamalkan cara hidup dan ideologi sesuatu kaum atau golongan yang diikutinya.

Akan tetapi, sebarang pakaian yang tidak bercanggah dengan akhlak Islam, hukumnya adalah harus (dibolehkan untuk memakainya). Sebagai contoh, baju kemeja, seluar panjang, baju kot dan apa sahaja pakaian yang menutup aurat dengan sempurna dan sesuai dengan syariat Islam. Asalkan kita tidak berniat memakainya untuk meniru pakaian orang-orang kafir.

Berbalik kepada sambutan perayaan Valentine's Day, ianya jelas termasuk dalam perbuatan meniru dan menyerupai suatu amalan penganut agama lain. Kerana ianya berasal dari agama Kristian dan mereka merayakannya sebagai memperingati hari kematian seorang paderi yang dihukum bunuh. Pada hari ini, ianya disambut sebagai satu hari yang penuh romantik dan demi menjalinkan kasih-sayang dan cinta antara lelaki dan perempuan. Seorang teman yang pernah berkhidmat di sebuah hotel di Kuala Lumpur pernah memberitahu bahawa pada malam hari Valentine ini ramai orang-orang yang 'beragama Islam' turut sama meminum 'white wine' atau 'red wine' semasa 'candle light dinner' yang sungguh memualkan itu. Tidak kira orang-orang yang sudah berkahwin atau yang masih ber'couple' turut sama meraikannya. Para ulama Islam menegaskan bahawa perbuatan meraikannya adalah haram dan orang yang melakukan adalah fasik!

Saranan dari saya, bagi pasangan suami-isteri yang muslim-muslimah bolehlah melahirkan rasa cinta dan kasih sayang sesama mereka pada bila-bila masa tanpa menetapkan hari-hari tertentu. Bagi yang masih bujang pula, perbuatan ber'dating' dan bertemu-janji ini adalah haram dan bukan daripada ajaran Islam. Suatu ketika dahulu, ramai orang yang pernah mengadu kepada saya tentang natijah daripada perbuatan ber'dating' ini, kesemuanya tidak syak lagi membawa kepada perkara-perkara maksiat dan ada juga yang sampai ke peringkat 'terlanjur' atau 'membujur lalu melintang patah'... sebutlah apa-apa peribahasa sekali pun. Saya cuma mampu menyebutkan tentang taubat dan jangan putus asa daripada rahmat dan pengampunan Allah S.W.T.
Akhirnya, tulisan ini hanyalah sebagai satu peringatan.

Walaupun agak terlewat, namun bagi sesiapa yang sempat membacanya mungkin masih sempat membatalkan apa-apa temu-janji atau tempahan 'candle light dinner' pada malam esok (14 Februari 2008). Tanyalah diri kita sendiri, adakah kita masih lagi seorang Muslim atau masihkah kita beriman kepada Allah dan Hari Akhirat? Atau adakah kita terus-menerus redha untuk hidup dalam melakukan maksiat dan kefasikan? Semoga apa yang kita lakukan selama ini adalah kerana kejahilan diri kita. Masih ada masa untuk bertaubat, kembali mempelajari Islam, memperbaiki diri dan beramal dengan ajaran Islam secara keseluruhan.
Firman Allah S.W.T (maksudnya): ".. sesungguhnya mereka itu adalah kaum jahat lagi fasik. Dan Kami masukkan ia dalam (kumpulan mereka yang dilimpahi) rahmat Kami; sesungguhnya dia dari orang-orang yang soleh." (Surah al-Anbiya': 74-75)
Firman Allah Ta'ala lagi (maksudnya):
"Sesungguhnya penerimaan taubat itu di sisi Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." (Surah al-Nisa': 17)
Wallahu'alam.

tulisan oleh:

Imran bin Selamat,
Penasihat II, Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA),
Sana'a, Republic of Yemen.
____________________________
* Wahai Tuhan Kami! Ampunilah segala dosa kami, yang kami tersilap adapun terlupa…ameen

C.I.N.T.A


Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."


Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.


Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.


Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.

Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu

Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami
Jika kau bercinta lagi, cintailah diri pasanganmu dengan sesungguhnya

merenung sejenak....

...betapa peritnya sebuah perpisahan...
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang.

...merenung nasib yang selalu tak menentu...
Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.


...melangkah sendirian...

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.

Asal-usul api di dunia...

Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan malaikat Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam as. Maka jibril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.
Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril : sebesar kurma. .

Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma…

Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia.

Allah swt pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka Jibril as un mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai.

Selepas itu Jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan diatas sebuah bukit yg tinggi.Sejurus setelah diletakkan api tersebut,tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan cair.Maka cepat-cepat malaikat Jibril mengambil semula api tersebut dan menghantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yg sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk api gunung berapi dan sebagainya.



BERTAUBATLAH KITA DAN KEMBALI KE JALAN ALLAH, SESUNGGUHNYA AZAB ALLAH ITU SANGAT TAKUT..SENTIASA BERDOA DAN MEMBUAT AMAL IBADAT UNTUK MENDEKATKAN DIRI KITA LAGI KEPADA ALLAH..INI TIDAK MANUSIA SEKARANG HANYA BERDOA KEPADA ALLAH KETIKA DALAM KESUSAHAN. KESEDIHAN, DAN MEMERLUKAN SESUATU AKAN TETAPI MANUSIA INI SELALU LALAI DAN LEKA SETELAH MENDAPAT NIKMAT DARIPADA ALLAH S.W.T. FIRMAN ALLAH S.W.T

"Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka segera berdoa kepada Tuhan mereka dengan kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripadaNya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhannya." (30:33)

"Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri dan apabila dia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar." (41:51)
JANGANLAH KITA LEKA DAN LALAI, SESUNGGUHNYA ORANG YANG LALAI INI AKAN SESAT DI PERDAYA OLEH SYAITAN..MANUSIA HARUS TERUS DAN TERUS BERDOA KEPADA ALLAH TIDAK KIRA KETIKA SUSAH ATAU SENANG, KERANA ALLAH ITU MAHA MENGASIHANI HAMBANYA YANG PATUH DAN TAAT KEPADANYA.. SEMOGA KITA SEMUA DI JAUHI DARIPADA API NERAKA JAHANAM..

04.02.2010


4.2.1986:

Uwaa…uwaaa… aku menangis setelah lahir ke dunia ni, aku tak tahu siapa aku pada masa tu, semua orang juga takkan tahu siapa diri mereka pada masa tu, hanya Allah sahaja yang tahu kita akan jadi apa dan bila kita akan mati nanti… Itulah hakikat kejadian manusia, pasti ada tarikh lahir, sume benda atas dunia ni ada tarikh lahir, hatta planet bumi skali pun.. yang mana bila bumi ni da tua, ia akan mati dan luput juga, yang mana kita semua tahu ia dikenali dengan kiamat. Namun yang kekal wujud hanya Allah Azzawajalla sahaja, Khalik likulli makhluqihi… DIA lah pentadbir segala alam cakerawala ini, yang mempunyai Syurga dan Neraka, Pemilik Arash Tertinggi.. Sujud syukur pada Allah SWT atas kelahiranku ini.


-gambar diatas ialah hadiah kek harijadiku dari ma.. tenkiu boss, hehe-


4.2.2010

Hari ini.. maka dengan itu genapla umur aku 24 tahun pada hari ni. Ma oyak buleh doh tu nok nikoh, hehe.. ( lagipun kat skolah, ma oyak ada anak murid ma dok pggl ma tok tuo sokmo, ada chance tuh,hahaha) Terima kasih aku ucapkan pada ma aku kerana telah melahirkan aku dan juga terima kasih yang tak terucap pada abah n ma yang mana telah menerapkan ilmu yang amat berguna, walaupun aku ni kadang2 xberguna… hehehe…

Terima kasih juga buat abah yang mana tak putus2 mendoakan aku agar terus berjaya dalam hidup, terima kasi juga wat abah kerana banyak mendidik aku, abah memang best, abah tak penah tunjukkan yang dia sayangkan anaknya, maksud aku bukan xsayangkan anaknya, tapi dalam masa nak mendidik aku dan adik2 aku, abah xde kompromi langsung, dulu masa aku form1, aku skolah petang di maahad amir indra petra, dan masa tu aku tengah jem lagi.. penah satu pagi tu aku g jalan2 umah kawan aku dan dorang pom ajak aku g mandi sungai.. best tuh.. tapi aku tak mandi pon, aku just tengok dorang je, macam2 skill, dok atas jambatan n fuuhh terjun terus dalam sungai.. best oo... tetiba je pehe meri kt blakang, oyak abah mari, alamak, kantoi aku..huhu... naik je atas jalan, dengan dramatiknya abah buka bonet kete kancil, abah kuarkan wayar paip.. piiiuupp2.. adeehh… abah pukul atas blakang aku.. sakit siot.. huhu. Itu la cara abah aku ajar aku tentang kehidupan dan yang bersalah haru terima hukuman.. sebb tu kadang2 aku akan cakap kasar ngan sape2 pun, tapi tu bukan niat aku, tapi kesan didikan abah yang tegas..

Ada satu kenangan tu, penah aku main badminton dalam rumah ngan adik aku, farhan… tapi macam mana silap aribulan pehe g katok cermin almari.. adeh.. kena pukul ngan badminton atas blakang, sakit siot.. melompat aku ngan pehe..hehe.. tapi kadang2 aku ni jadi malas nak blaja ntahlah… namun niat dihati tu membuak2 utk blaja lagi. Aku skang da stahun lebih habis diploma, insyaAllah, aku akan sambung degree gak nanti, and master plak.. Akan kubuktikan kepada mereka yang memandang rendah padaku..hahaha..

Terima kasih yang teramat sangat juga aku tujukan buat ma, yang mana mendidik aku dengan penuh hikmat, ma n abah memang best.. banyak mengajar aku tentang hidup. Dulu jika ma n abah marahkan aku, sering kali aku rasa ingin lari dari rumah, maklum la, otak singkat.. budak2..

Penah satu ketika, ma n abah xde kat umah, tinggal aku sorang, sari dua ok la lagi.. masuk ari ketiga, sedih woo.. xdengar suara ma n abah dok “ngepek” kat aku n adik2.. masa tu abah n ma g indon. Aku sorang je tido kat umah ni, dahla besar, tido sorang pulak tu..masa tu macam2 aku dengar kat luar umah.. takut wehh.. huhu..

Abah.. abah amat bekeng dalam mendidik aku n adik2, abah jarang pukul aku n adik2 jika wat salah, tapi abah akan guna cara psikologi,( almaklumla, abah pnsyarah kat maktab), kadang ayat dia tuh.. peegghh, rasa macam nak tercabut hati ni, rasa macam dihiris n diperah asam, pedih siot… dengan kata2 dia, akan wat aku ingat utk selamanya walaupun pahit... bak kata aku, nak buang sayang, nak telan pahit..kemam je la..hehehe…

Kepada mumi n dady(ceh.. skeping plak..haha) terima kasih zan ucapkan.. ma.. abah.. zan tak tahu lagumana nak balas jasa ma n abah dok ajar zan n didik je, walaupun zan banyak wat ma n abah sedih, mesti ma n abah banyak menangis piki pasal zan. Zan takkan tahu erti hidup, erti kasih sayang jika ma n abah x ajar.. terima kasih ma n abah.. tanpa ma n abah, zan takkan ada atas dunia ni, dan juga sebb sabar dengan kerenah anakmu ini, dan juga kerana tabah mendidik je sampai ke hari ini, sampai ke besday zan ke 24… maafkan segala dosa2 zan…



Abaaaah……maaaa…. Zan sayangkan abah ngan ma…


Jangan tanya aku...

Jangan tanya aku tentang hidupku
Kerana ia adalah sebuah rahsia kehidupan
Ia adalah satu anugerah
Dan ia juga merupakan satu ujian
Ia adalah dunia yang penuh cita-cita

Aku telah menjualnya kepada Allah
Dan aku berjalan dalam barisan
Yang membawa petunjukNya

Jalan hidupku adalah alQuran, pedang dan ujian
Allah telah memberkatinya dan para nabi terdahulu telah melaluinya
Para syuhada` telah menyirami jalan ini dengan darah mereka
Maka jadilah ia taman indah yang dikelilingi cahaya

Sedangkan penghujung perjalananku
Adalah apa yang meredhakan Allah
Dan apa yang diingini olenNya

Keuntungan dengan kemenangan nyata
Atau kesyahidan dan keabadian
Dan jika engkau telah berada dimuka bumi
Dan engkau tahu bahawa umurmu terbatas
Maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk
Jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu

futsal.. letih molek...


stiap minggu kami n da geng g main futsal.. banyak tempat da g, antaranya d arena pgkln chepa, real7 psr tumbuh, dan yang terbaru bermain di demit.. letih gak, tapi molek jugak sebb selepas penat dari wat keje n tiap2 mggu ada juga aktiviti bersukan...nantikan gambar terbaru tempat kami main futsal n juga skill2 awok2 yg xbrape star ni..hehe..


gambar ni dok tengah mikir strategi macam mana nak create game.. hahaha...

Ciri-Ciri Orang Munafik Sejati...

1. DUSTA

Hadith Rasulullah yang diriwayatkan Imam Ahmad Musnad dengan sanad Jayid: "Celaka baginya, celaka baginya, celaka baginya. Iaitu SESEORANG YANG BERDUSTA AGAR ORANG2 TERTAWA."
Di dalam kitab Shahihain (Shahih Bukhari dan Muslim), Rasulullah SAW bersabda: "Tanda orang munafik ada 3, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta."


2. KHIANAT

sabda Rasulullah SAW: "Dan apabila berjanji, dia berkhianat." Barangsiapa memberikan janji kepada seseorang, atau kepada isterinya, anaknya, sahabatnya, atau kepada seseorang dengan mudah kemudian dia mengkhianati janji tersebut tanpa ada sebab uzur syar'i maka telah hinggap pada dirinya salah satu tanda kemunafikan.


3. FUJUR DALAM PERTIKAIAN
sabda Rasulullah SAW:
"Dan apabila bertengkar (bertikai), dia melampau"


4. INGKAR JANJI

sabda Rasulullah SAW:
"Tanda orang munafik ada 3: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat." (HR. Bukhari Muslim)


5. MALAS BERIBADAH
Firman Allah SWT:
"...Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka BERDIRI DENGAN MALAS..."
(An-Nisa': 142)
Jika orang munafik pergi ke masjid/surau, dia menyeret kakinya seakan-akan terbelenggu rantai. Oleh kerana itu, ketika sampai di dalam masjid/surau dia memilih duduk di shaf yang paling akhir. Dia tidak mengetahui apa yang dibaca imam dalam solat, apalagi untuk menyemak dan menghayatinya.


6. RIYA`
Di hadapan manusia dia solat dengan khusyuk tetapi ketika seorang diri, dia mempercepatkan solatnya. apabila bersama orang lain dalam suatu majlis, dia tampak zuhud dan berakhlak baik, demikian juga pembicaraannya. Namun, jika dia seorang diri, dia akan MELANGGAR HAL-HAL YANG DIHARAMKAN Allah SWT.


7. SEDIKIT BERZIKIR
Firman Allah SWT:
"...Dan apabila mereka berdiri untuk bersolat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya' (dengan solat) di hadapan manusia. dan tidaklah mereka menyebut Allah SWT kecuali sedikit sekali.
(An-Nisa': 142)


8. MEMPERCEPATKAN SOLAT

Mereka (orang2 munafik) adalah orang yang mempercepatkan solat tanpa ada rasa khusyuk sedikit pun. Tidak ada ketenangan dalam mengerjakannya, dan hanya sedikit mengingat Allah SWT di dalamnya. Fikiran dan hatinya tidak menyatu. Dia tidak menghadirkan keagungan, kehebatan, dan kebesaran Allah SWT dalam solatnya.
Hadith Nabi SAW:
"Itulah solat orang munafik...lalu mempercepat empat rakaat (solatnya)"


9. MENCELA ORANG2 YANG SOLEH

Mereka memperlekehkan orang-orang yang Taat dengan ungkapan yang mengandung cemuhan dan celaan. Oleh kerananya, dalam setiap majlis pertemuan sering kali kita temui orang munafik yang hanya MEMBINCANGKAN SEPAK TERAJANG ORANG2 SOLEH dan orang2 yang konsisten terhadap Al-Quran dan As-Sunnah. Baginya seakan-akan tidak ada yang lebih penting dan menarik selain memperolok-olok orang2 yang Taat kepada Allah SWT


10. MEMPEROLOKKAN ALQURAN DAN ALHADITH

Termasuk dalam kategori Istihzaa' (berolok-olok) adalah memperolok-olok hal2 yang disunnah Rasulullah SAW dan amalan-amalan lainnya. Orang yang suka memperolok-olok dengan sengaja hal-hal seperti itu, JATUH KAFIR.
Firman Allah SWT:
"...Katakanlah: 'Apakah dengan Allah SWT, Ayat-Ayat-Nya, dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?' Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman..."
(At-Taubah: 65-66)


11. BERSUMPAH PALSU

Firman Allah SWT:
"Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai..."
(Al-Munafiqun: 2, Al-Mujadilah: 16)
Jika seseorang menanyakan kepada orang munafik tentang sesuatu, dia langsung bersumpah. Apa yang diucapkan orang munafik semata-mata untuk menutupi kedustaannya. Dia selalu mengumpat dan memfitnah orang lain. Maka jika seseorang itu menegurnya, dia segera mengelak dengan sumpahnya: "Demi Allah, sebenarnya kamu adalah orang yang paling aku sukai. Demi Allah, sesungguhnya kamu adalah sahabatku.


12. ENGGAN BERINFAK

Orang2 munafik memang selalu menghindari hal2 yang menuntut pengorbanan, baik berupa harta maupun jiwa. Apabila menjumpai mereka berinfak, bersedekah, dan mendermakan hartanya, mereka lakukan kerana riya' dan sum'ah. Mereka enggan bersedekah, kerana pada hakikatnya, mereka tidak menghendaki pengorbanan harta, apalagi jiwa.


13. TIDAK MENGHIRAUKAN NASIB KAUM MUSLIMIN

Mereka selalu menciptakan kelemahan2 dalam barisan muslimin. Inilah yang disebut At Takhdzil. iaitu, sikap meremehkan, menakut-nakuti, dan membiarkan kaum muslimin. Orang munafik berpendapat bahawa orang2 kafir lebih kuat daripada kaum muslimin.


14. SUKA MENYEBARKAN KHABAR DUSTA
Orang munafik senang memperbesar peristiwa/kejadian. Jika ada orang yang tergelincir lisannya secara tidak sengaja, maka datanglah si munafik dan memperbesarkannya dalam majlis2 pertemuan. "Apa kalian tidak mendengar apa yang telah dikatakan si fulan itu?" Lalu, dia pun menirukan kesalahan tersebut. Padahal, dia sendiri mengetahui bahawa orang itu mempunyai banyak kebaikan dan keutamaan, akan tetapi si munafik itu tidak akan mahu mengungkapkannya kepada masyarakat.


15. MENGINGKARI TAKDIR

Orang munafik selalu membantah dan tidak redha dengan takdir Allah SWT. Oleh kerananya, apabila ditimpa musibah, dia mengatakan: "Bagaimana ini. Seandainya saya berbuat begini, niscaya akan menjadi begini." Dia pun selalu mengeluh kepada sesama manusia. Sungguh, dia telah MENGKUFURI DAN MENGINGKARI QADHA DAN TAKDIR.


16. MENCACI KEHORMATAN ORANG SOLEH

Apabila orang munafik membelakangi orang2 soleh, dia akan mencaci maki, menjelek-jelekkan, mengumpat, dan menjatuhkan kehormatan mereka di majlis-majlis pertemuan.
Firman Allah SWT:
"...mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan..."
(Al-Ahzab: 19)


17. SERING MENINGGALKAN SOLAT BERJEMAAH
Apabila seseorang itu segar, kuat, mempunyai waktu luang, dan tidak memiliki uzur say'i, namun tidak mahu mendatangi masjid/surau ketika mendengar panggilan azan, maka saksikanlah dia sebagai orang munafik.


18. Membuat kerosakan di Muka Bumi dengan Dalih Mengadakan Perbaikan

Firman Allah SWT:
"Dan apabila dikatakan kepada mereka: janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: 'Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan kebaikan.' Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar."
(Al-Baqarah: 11-12)


19. Tidak ada kesesuaian antara Zahir dengan Batin

Secara Zahir mereka membenarkan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Rasul Allah, tetapi di dalam hati mereka, Allah telah mendustakan kesaksian mereka. Sesungguhnya, kesaksian yang tampak benar secara Zahir itulah yang menyebabkan MEREKA MASUK KE DALAM NERAKA. Penampilan zahirnya bagus dan mempersona, tetapi di dalam batinnya terselubung niat busuk dan menghancurkan. Di luar dia menampakkan kekhusyukan, sedangkan di dalam hatinya main-main.


20. Takut terhadap Kejadian Apa Pun

Orang2 munafik selalu diliputi rasa takut. Jiwanya selalu bergoncang, keinginannya hanya selalu mendambakan kehidupan yang tenang dan damai tanpa disibukkan oleh persoalan2 hidup apa pun. Dia selalu berharap: "Tinggalkan dan biarkanlah kami dengan keadaan kami ini, semoga Allah memberikan nikmat ini kepada kami. Kami tidak ingin keadaan kami berubah." Padahal, keadaannya tidaklah lebih baik.


21. Beruzur dengan Dalih Dusta

Firman Allah SWT:
"Di antara mereka ada orang yang berkata: 'Berilah saya izin (tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus ke dalam fitnah.' Ketahuilah bahawa mereka telah terjerumus ke dalam fitnah. Dan sesungguhnya NERAKA JAHANNAM itu benar-benar meliputi orang-orang yang kafir."
(At-Taubah: 49)


22. Menyuruh Kemungkaran dan Mencegah Kemakrufan

Mereka (orang munafik) menginginkan agar perbuatan keji tersiar di kalangan orang2 beriman. Mereka menggembar-gemburkan tentang kemerdekaan wanita, persamaan hak, penanggalan hijab/jilbab. Mereka juga berusaha memasyarakatkan nyanyian dan konsert, menyebarkan majalah2 porno (SEMIPORNO) dan narkotik.


23. BAKHIL

Orang2 munafik sangat bakhil dalam masalah2 kebajikan. Mereka menggenggam tangan mereka dan tidak mahu bersedekah atau menginfakkan sebahagian harta mereka untuk kebaikan, padahal mereka orang yang mampu dan berkecukupan.


24. LUPA KEPADA ALLAH SWT
Segala sesuatu selalu mereka ingat, kecuali Allah SWT. Oleh sebab itu, mereka sentiasa ingat kepada keluarganya, anak-anaknya, nyanyian2, berbagai keinginan, dan segala sesuatu yang berhubungan dengan duniawi. Dalam fikiran dan batin mereka tidak pernah terlintas untuk MENGINGAT (ZIKIR) ALLAH SWT, KECUALI SEBAGAI TIPUAN SEMATA-MATA.


25. Mendustakan janji Allah SWT dan Rasul-Nya
Firman Allah SWT:
"Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata: 'Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami selain tipu daya."
(Al-Ahzab: 12)


26. Lebih memperhatikan Zahir, mengabaikan Batin

Orang munafik lebih mementingkan zahir dengan mengabaikan yang batin, tidak menegakkan solat, tidak merasa diawasi Allah SWT, dan tidak mengenal zikir... Pada zahirnya, pakaian mereka demikian bagus menarik, tetapi batin mereka kosong, rosak dan lain2.


27. Sombong dalam Berbicara

Orang2 munafik selalu sombong dan angkuh dalam berbicara. Mereka banyak cakap dan suka memfasih-fasihkan ucapan. Setiap kali berbicara, mereka akan selalu mengawalinya dengan bila UNGKAPAN MENAKJUBKAN YANG MEYAKINKAN AGAR TAMPAK SEPERTI ORANG HEBAT, MULIA, BERWAWASAN LUAS, MENGERTI, BERAKAL, DAN BERPENDIDIKAN. Padahal, pada hakikatnya dia tidak memiliki kemampuan apa pun. Sama sekali tidak memiliki ilmu bahkan lagi terserlah kemunafikannnya.


28. Tidak memahami Ad Din

Di antara "KEISTIMEWAAN" orang2 munafik adalah: mereka sama sekali tidak memahami masalah-masalah agama. Dia tahu bagaimana mengenderai kereta dan mengerti perihal mesinnya. Dia juga mengetahui hal2 remeh-temeh dan pengetahuan-pengetahuan yang tidak pernah memberi manfaat kepadanya meski juga tidak mendatangkan mudharat baginya. Akan tetapi, apabila menghadapi untuk berdialog (bertanya tentang persoalan2 Ad Din (Islam)), dia sama sekali tidak boleh menjawab.


29. Bersembunyi dari manusia dan menentang Allah dengan Dosa

Orang munafik menganggap ringan perkara2 terhadap Allah SWT, menentang-Nya dengan melakukan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan secara sembunyi-sembunyi. Akan tetapi, ketika dia berada di tengah-tengah manusia dia menunjukkan sebaliknya: berpura-pura taat
Firman Allah SWT:
"Mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak redhai..."
(An-Nisa': 108)


30. Senang dengan Musibah yang menimpa orang-orang Beriman dan Dengki terhadap Kebahagian mereka

Orang munafik apabila mendengar berita bahawa seorang ulama yang soleh tertimpa suatu musibah, dia pun menyebarluaskan berita duka itu kepada masyarakat sambil menampakkan kesedihannya dan berkata: "Hanya Allahlah tempat memohon pertolongan. Kami telah mendengar bahawa si fulan telah tertimpa musibah begini dan begitu... semoga Allah memberi kesabaran kepada kami dan beliau." Padahal, di dalam hatinya dia merasa senang dan bangga akan musibah itu.

Erti kasih sayang yg sebenar....

Baca sampai habis tau.. memang touching...

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit,setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun
adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu."Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik
tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Diatas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Tanda2 seseorang itu.....

Tanda-tanda Bahagia dan Celaka

Nabi bersabda bahawa tanda bahagia itu ada empat:
1) Bilamana mendapatkan amanat ia bertindak adil.
2) Kalau berjanji ia memenuhi.
3) Benar dalam bicara.
4) Bila berdebat tidak mencaci maki.

Sebaliknya tanda celaka ada empat:
1) Khianat dalam amanat.
2) Mengingkari janji.
3) Bohong bila berbicara.
4) Mencaci maki bila berdebat.

------------------------------------------------------

Syeikh Syahqiq Al- Balhiyi r.a berkata bahwa tanda
bahagia itu ada lima:

1) Hati yang lunak.
2) Banyak menangis ( karena ingat akan dosa).
3) Zuhud dari dosa.
4) Tidak banyak lamunan.
5) Rasa malunya tinggi.

Sebaliknya, tanda celaka ada lima:

1) Hatinya keras.
2) Susah mengeluarkan air mata.
3) Mencintai dunia.
4) Banyak lamunan.
5) Sedikit malunya.

- As-syeikh Abdul Qadir Al-Jailani-
Petikkan dari buku Sirrul Asror

p/s..maaf kalau ada perkataan yang kurang enak d'baca.

Tahap Ketenangan Hati ..

....
oleh: Muhammad Isa al-Jambuli

SEJAK zaman Rasulullah s.a.w, malah sejak awal sejarah manusia, Allah menjadikan hati hamba-hamb-Nya yang menerima Islam tenang tenteram dengan menurunkan berita gembira (busyra) melalui wahyu. Sebenarnya kedatangan para rasul bersama dengan agama Allah itu membawa berita gembira, membawa kesejahateraan, kepada umat manusia.

Antara kandungan berita gembira itu ialah tentang janji (wa'ad) Allah akan memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda dan balasan syurga kepada hamba-hamba-Nya yang taat, tentang darjat kemuliaan yang tinggi dan kehidupan yang bahagia di dunia dan di akhirat dan tentang sifat-sifat kemurahan, keampunan, keluasan rahmat dan limpah kurnia Allah 'Azza wa Jall yang tidak terhingga ke atas hamba-hamba-Nya. Penyampaian berita gembira itu adalah untuk mencetuskan rasa harapan (raja`) atau rasa optimis di kalangan umat Islam.

Akan tetapi perlu diketahui, di samping berita gembira itu, disampaikan juga berita sebaliknya yang mengandungi ancaman atau amaran (indzar) tentang janji (wa'id) Allah dalam hal pembalasan azab neraka untuk mencetuskan rasa bimbang dan takut (khauf) atau rasa pesimis di hati para hamba Allah.

Dengan yang demikian, hati umat Islam akan sentiasa di dalam keseimbangan antara dua pengalaman rasa hati tersebut_rasa optimis dan pesimis. Yakni, tidak terlalu optimistik yang menyebabkan mereka lupa daratan dan tidak terlalu pesimistik yang mengakibatkan mereka kecewa atau putus asa.

Hal keseimbangan atau kesederhanaan dalam melayani kedua-dua pengalaman rasa itu amat penting untuk manusia mempertahankan ketenangan hati rohaniah mereka. Justeru, para rasul diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan berita gembira dan amaran tersebut kepada manusia. Allah berfirman, maksudnya :

Dan tidaklah Kami utuskan para rasul melainkan sebagai pembawa berita gembira mubasysyirin) dan sebagai pemberi amaran (mundzirin). (al-Kahfi : 56).Sebagai contoh, dalam ayat berikut (dan ayat-ayat lain selepasnya yang berkaitan) terdapat kedua-dua unsur berita tersebut, iaitu unsur amaran dan unsur berita gembira. Perhatikan : Katakanlah, sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuki ke jalan-Nya kepada orang-orang yang bertaubat. (al-Ra'd : 27).

Allah swt memerintah Rasul-Nya agar menyampaikan berita gembira, khususnya kepada hamba-hamba pilihan-Nya sebagai-mana yang tersebut dalam ayat berikut :

"Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh kepada Allah, iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah bergementarlah hati mereka; orang-orang yang sabar terhadap apa (musibat) yang menimpa mereka; orang-orang yang mendirikan shalat dan orang-orang yang menafkahkan (mengeluarkan zakat/sedekah) sebahagian daripada apa yang
Kami rezeikan kepada mereka." (al-Hajj : 35).

Berdasarkan ayat di atas, selain mendapat ketenangan hati rohaniah melalui berita gembira, hamba Allah berpeluang menempah ketenangan hati rohaniah melalui amal ibadat kepada Allah (ibadat zahir dan batin, ibadat yang wajib dan yang sunat) yang dikerjakan dengan penuh keikhlasan (semata-mata kerana Allah). Antara amalan sunat untuk mendapat ketenangan jiwa (hati rohaniah) itu ialah zikrullah (menyebut dan mengingati Allah). Allah berfirman, Maksudnya:

Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi aman tenteram! (al-Rad : 28).
Dan firman-Nya lagi :

Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik, iaitu kitab (al-Quran) yang serupa lagi berulang-ulang, bergementarlah kerananya kulit orang-orang takut kepada Tuhan mereka. Kemudian menjadi tenang kulit dan kalbu mereka sewaktu mengingati (janji) Allah. (al-Zumar : 23).

Dalam ayat di atas terdapat isyarat tentang keseimbangan antara khauf dan raja` (rajak)_dua unsur pengalaman rasa hati yang tersebut. Sebaik-baik lafaz zikir_selain zikir yang dimaksudkan dengan "mengingati Allah / janji Allah"_ialah kalimah tauhid / kalimah takwa (kalimatul-taqwa) atau kalimah syahadah. Diriwayatkan : Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya mendapat kemenanganlah sesiapa yang mengucapkan kalimah 'La ilaha illallah' ( ).

Ketenangan dan keteguhan hati rohaniah atau kemantapam iman, termasuk takwa dan sebagainya itu merupakan kurniaan Allah yang berkaitan dengan nikmat yang disebut petunjuk atau hidayah, iaitu satu nikmat paling besar daripada All⨠"Azza wa Jall kepada hamba-hamba pilihan-Nya.

Antara manusia pilihan Allah yang diberi petunjuk ialah para rasul, anbia, aulia, orang-orang yang berilmu (ulamak), orang-orang beriman (mukminun/mukminat) dan orang-orang bertaubat. Allah berfirman, maksudnya:
Dan, sesungguhnya Allah adalah Petunjuk ke jalan yang lurus kepada orang-orang yang beriman. (al-Hajj : 54).

Dan barang siap yang beriman kepada Allah, nescaya Dia memberi petunjuk kepada hatinya. (al-Tagh⢵n : 11).

Nikmat hidayah tersebut menjadi pokok atau asas utama dalam perkembangan hati rohaniah. Tanpa hidayah, hati itu menjadi kosong dan akan segera dipenuhi oleh jerbu kesesatan dan kelalaian. Allah berfirman, maksudnya :

Sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk, dan barang siapa dan sesiapa yang disesatkan-Nya, maka engkau tidak dapati seorang pun pemimpin yang memberi petunjuk kepadanya. (al-Kahfi : 17)

Orang-orang yang beriman, di samping diberi petunjuk, diturunkan pula ketenteraman ke dalam kalbu mereka agar bertambah lagi keimanan mereka, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : Dialah (Allah) yang telah menurunkan ketenangan (iman) ke dalam kalbu orang-orang yang beriman supaya mereka menamabahkan lagi keimanan di samping keimanan mereka. (al-Fath : 4).

Ternyatalah, kemantapan iman adalah menjadi asas bagi ketenangan hati rohaniah. Ketenangan hati rohaniah ini bertimbal balik pula dengan keteguhan hati rohaniah dan kemantapan iman itu.

Tahap-tahap pencapaian dalam laluan ke puncak ketenangan hati rohaniah banyak dan pernah dibincangkan dengan panjang lebar. Antara pengalaman-pengalaman lahir dan batin yang perlu ditempuh dan dikuasai terlebih dulu sebelum menakluki puncak ketenangan hati rohaniah itu ialah : Iman, ilmu, takwa, rajak, khauf, taubat, ibadat dan zikrullah. Wallahu a'lam

Terdapat ralat dalam alat ini