Keunikan Masjid Kristal di Pulau Wan Man, tidak jauh dari muara Sungai Terengganu memang tidak dapat dinafikan. Selain rekabentuknya yang lain dari yang lain, bahan bahan yang digunakan untuk membinanya juga dikatakan berbeza dengan masjid masjid yang pernah didirikan diserata negara ini. Pembinaannnya dikatakan banyak menggunakan marmar, kaca dan kristal.
Disebabkan kelainannya itu juga, pembinaannya tidak menggunakan khidmat arkitek, perunding, jurutera mahupun kontraktor tempatan. Bahkan, ia turut melibatkan orang bukan Islam. Bukan setakat itu, kerja kerja pembinaannya juga terpaksa menggunakan kepakaran buruh asing. Agaknya rakyat tempatan tidak cukup mahir mengadun dan menyusun atur bahan bahan tersebut?
Menambahkan lagi keunikannya ialah susun atur suasana persekitarannya. Mungkin keterapungannya di atas sungai sudah tidak dianggap unik kerana reka letak sebegitu telah didahului beberapa masjid lain.
Antaranya ialah masjid Tengku Tengah Zaharah di Kuala Ibai, Terengganu, masjid Putrajaya dan beberapa yang lain yang diistilahkan sebagai masjid terapung. Tetapi belum ada mana mana masjid di negara ini, atau mungkin di seluruh dunia, yang di jirani belasan masjid lain dalam jarak yang sangat dekat sepertimana yang berlaku di Pulau Wan Man. Selain Masjid Kristal, pulau yang tidak sampai sebatu panjang itu turut dipenuhi dengan lebih 20 monumen lain. Sebahagian besarnya direkabina menyerupai bentuk masjid masjid terkemuka dunia, termasuk dari Russia, China, Turki, palestin, India dan lain-lain.
Niat pembangunan keseluruhan pulau itu yang tidak berpaksikan ibadat menyebabkan pengaturan agenda memprosmosikannya juga dibuat tidak berlandaskan tuntutan agama. Seorang tetamu dari universiti islam di wilayah Pattani yang diundang kerajaan negeri ke Perkampungan hadhari serta majlis perasmian Taman Tamadun islam di Pulau Wan Man minggu lalu meluahkan kekecewannya kepada seorang rakan penulis di Kota Bharu.
"Memang HADHARI sungguh. Sebelah masjid (Masjid Kristal) ada tempat nyanyi. Boleh bercampur ibadat dengan maksiat" katanya dengan nada kesal.
Beliau dipercayai merujuk kepada pentas didirikan oleh kerajaan negeri sewaktu majlis perasmian taman tersebut yang turut diisi program hiburan oleh artis artis tempatan. itupun satu keunikan juga, bukan?
Masjid Kristal diisytiharkan sebagai masjid yang boleh didirikan solat. bagaimanapun ia bukan untuk didirikan solat Jumaat. Mungkin ketetapan itu dibuat mengambilkira bahawa lelaki Muslim bermukim di kawasan sekitar itu tidak mencukupi bilangan 40 orang, sebagaimana di syaratkan dalam mazhab kita.
Meskipun agak janggal, ketetapan itu bukanlah suatu yang unik Sebelum ini pun sudah wujud beberapa masjid dinegara ini yang sekadar didirikan solat jemaah lima waktu dan tidak didirikan solat Jumaat.
Bagaimana pun, persoalan utama yang diperkatakan rakyat Terengganu sekarang ialah bagaimana mungkin masjid tersebut dapat dimakmurkan. Jangan dikatakan solat Jumaat, untuk solat lima waktu pun nampaknya amat sukar dipastikan berterusan disitu.
Apa masalahnya? masalahnya, pulau tersebut tidak didiami walau seorangpun manusia. Sebab itu orang Terengganu sering membuat jenaka bahawa nama pulau itu sebenarnya bukan Pulau Wan Man , tetapi pulau "One Man".
Ertinya kalau adapun penduduknya, hanyalah seorang. Gurau mereka lagi, orang itu jika bukan menteri Besar Terengganu, Idris Jusoh, dia mestilah Patrick Lim kroni PM yang dikatakan mendapat kontrak memajukan pulau tersebut.
Dalam ertikata lain, ia tidak mempunyai ahli qaryah. Sebelum ini ia hanya dipenuhi hutan paya bakau dan nipah. Penghuninya hanyalah biawak, kera dan unggas.
-ini baru masjid kristal-
Kampung terdekat dengan masjid kristal melalui jalan darat berada kira kira dua kilometer dan sudahpun mempunyai masjid dan surau sendiri. Apa perlunya penduduk disitu bersusah payah memandu ke hujung tanjung semata mata untuk bersolat disitu?
Sehingga kini pihak berkuasa negeri dikatakan tidak dapat melantik imam, bilal mahupun siak bagi menjaga masjid tersebut. Peraturan dan peruntukan kewangan untuk itu tidak wujud dalam kamus pentadbiran kerajaan negeri. Maka jadilah masjid Kristal itu sebuah masjid tanpa imam, bilal mahupun ahli qaryah.
Sebab itu rakyat Terengganu memang boleh menyanyikan lagi, "oh, uniknya, uniknya,uniknya Masjid Kristal!"
Tak boleh solat jumaat.. Kalau boleh pun, ramai ke yang sanggup abiskan RM5 untuk tambang bot pergi dan balik ke masjid tu? Baik sedekah je kat Masjid dari kasi tokey bot.
Sebenarnya yang penting ialah matlamat membina masjid bagi tujuan beribadah kepada ALLAH. Jika untuk menarik pelancong, itu bermakna niat pembinaan telah terpesong. Masih ingat peristiwa Masjid Dhirar yang dibina kaum munafiq? Masjid itu diperintahkan oleh Baginda Rasulullah SAW agar dimusnahkan kerana tujuan pembinaannya ialah untuk menandingi Masjid Nabawi. Padahal Masjid Dhirar dibina dengan batu, pasti lebih cantik berbanding Masjid Nabawi pada masa itu yang hanya terbina dari batang2 pokok tamar. Rasulullah sendiri mengarah untuk meruntuhkan masjid yg bukan untuk beribadat.... (jgn fikir bukan2 lak)
-sumber:
http://petikanbuku.blogspot.com/2009/06/variasi-artikel-masjid-kristal.html