my company

my company

Archives

Aishah (part 3)

Pagi tadi, semasa saya sedang menyemak bacaan al-Quran isteri saya, tiba-tiba umi membuat panggilan telefon. Panggilan dari Kelantan. Terkejut juga saya, ingatkan ada apa-apa berita kecemasan dari sana. Oh, rupanya berita yang menggembirakan.

Aduh, saya tidak mampu nak menceritakan berita gembira ni kepada isteri tercinta. Hati saya gembira bukan main lagi. Gembira itu terus marak dan merebak, umpama api yang tidak terjaga. Mahu saja saya melompat hingga ke siling rumah, mujur isteri ada di sisi. Hehe. Oh, umi mengkhabarkan tentang kelahiran anak kedua abang saya. Alhamdulillah, kakak ipar saya selamat melahirkan seorang lagi tentera untuk agama.

Lelaki. Ya, saya dan isteri baru dapat lagi seorang anak saudara lelaki. Maknanya, keluarga kami akan bertambah ceria dengan kehadirannya. ‘Muhammad al-Syathibi namanya’, kata umi. Al-Syathibi, nama itu biasa saya dengar. Dua kitabnya, al-I`tisham dan al-Muwafaqat dikatakan mampu menandingi lebih dari seribu kitab. Seorang ulama yang tidak terbandingkan. Hebat betul nama anak saudara saya yang kedua ni, nama anak saudara pertama pun hebat juga, Muhammad Salehuddin al-Ayubi.

Isteri saya terus menutup al-Quran dan mengucupnya, lalu menongkat di riba untuk mendengar perbualan saya dan umi. Aisyah sudah tertidur di riba uminya sejak selesai solat Subuh bersama. Masih mengantuk agaknya.

“Bila kamu nak tambah cucu umi? Kesian Aisyah takde adik tu,” kata umi kepada saya. Aduh, soalan yang sudah di agak setiap kali umi menelefon saya. Aisyah sekarang sudah berumur 4 tahun. Memang, saya akui dia sudah besar. Sepatutnya dia sudah mempunyai adik.

“Sabarlah umi. InsyaAllah lagi empat bulan bertambahlah cucu umi tu..hehe..” mata saya meleret kepada isteri sambil tersenyum dan mengenyit mata.

“Alhamdulillah, orang rumah sihat tak?” ceh, umi guna bahasa ‘orang rumah’ pulak.

Macamlah saya ni dah tua. Harap-harap isteri tak dengar, mana la tau kecil hatinya. Orang mengandung ni macam-macam ragam. Giliran suaminya la yang kena jaga hati, jaga makan minum, jaga pakaian. Sekali-sekala betukar ‘servis’, apa salahnya.

Rajin betul umi tanya khabar anak menantunya. Maklumlah semua duduk luar negeri, jauh-jauh pulak tu. Selalu juga saya menghubungi umi dan abah di Kelantan, cuma panggilan pagi ni sedikit istimewa dan mengejutkan. Umi meminta saya memberi telefon kepada isteri saya. Lama juga dia berborak dengan umi. Sekali-sekala isteri saya tergelak kecil dan tersenyum panjang. Adalah tu petua-petua pelik untuk orang mengandung dari umi.

Saya mengusap ubun-ubun Aisyah. Dah besar rupanya anak sulung saya ni. Tapi biasalah, besar-besar pun masih manja. Macam uminya juga. Mujur abahnya tak manja.haha..

“Awak pernah dengar tak cerita bagaimana Luqmanul Hakim mendidik anaknya sebelum dia berkahwin?” saya bertanya kepada isteri selepas dia menamatkan perbualan dengan umi. Berkerut juga dahi isteri saya bila mendengar soalan yang agak pelik. Bagaimana nak mengajar sedangkan berkahwin pun belum, apatah lagi mengandung?

“Kenapa pelik sangat soalannya bang?”

Saya bercerita kepada isteri dengan panjang lebar tentang peribadi Luqmanul Hakim dan cara beliau mendidik anak-anaknya. Malah beliau mendidik anaknya sebelum dilahirkan bahkan sebelum dia berkahwin.

‘Didiklah diri kamu dahulu. Jadilah seperti mana anak yang kamu inginkan,’ kata Luqmanul Hakim.

Isteri mengangguk faham. Dia tersenyum lagi. “Bertuah betul dapat suami macam abang,” katanya. Aduh, dia puji saya pulak, memanglah saya ni suami dia. Siapa-siapa pun bertuah kalau suami dia suka berkongsi rasa dengan isteri.

“Hish, ada-ada saja awak ni. Saya yang patut bersyukur dapat isteri macam awak. Senyuman awak tu buat hati saya gugur. Haha..” tergelak juga saya dibuatnya. Isteri saya tertunduk, tersipu-sipu malu. Mujur Aisyah tak dengar perbualan kami, mahunya dia cemburu dengan kemesraan kami berdua.

“Sebab tulah saya pilih awak dulu. Sebab lagi satu cara mendidik anak sebelum berkahwin ialah dengan memilih calon isteri yang solehah macam awak. Saya membuat keputusan untuk memilih awak bukan sebab keluarga awak orang senang, tapi sebab awak tidak hanyut dengan kesenangan keluarga.”

Wah, saya bercerita semacam baru hendak memulakan perkenalan je dengan isteri saya. Memang, kami selalu mengungkit kembali cerita semasa awal perkahwinan, supaya kami sentiasa merasakan seperti masih di awal percintaan. Dari situlah perasaan kasih sayang dan cinta itu akan sentiasa diperbaharui walaupun usia telah meningkat dan menua.

“Tapi bang, dulu ilmu saya kurang. Bila dengar abang bercakap atau bagi pendapat dulu, macam saya ni tin kosong.” Isteri saya merendah diri.

“Kalau awak tin kosong, saya jadi pembuka tin lah. Hehe..” saya pulak tak serius. Eh, tak serius atau ceria? Kadang-kadang, saya serius juga. Bergantung kepada desakan suasana semasa.

“Sayang, semua orang kurang ilmu tambah-tambah kita yang belajar agama macam celup tepung ni. Tapi abang dapat kesan satu sifat yang ada pada awak. Awak suka baca buku dan suka cari ilmu.” Saya tersenyum. Memang dia tak boleh nafikan, dia memang gilakan buku.

Mendidik anak dari dalam rahim ibu, inilah caranya. Mempunyai isteri yang suka membaca, menghadiri majlis ilmu, berbincang secara ilmiah dengan suaminya dan sangat cintakan al-Quran. Anak dalam kandungan akan terbiasa dengan alunan ayat-ayat Quran, berkat ilmu yang diperoleh oleh isteri dalam majlis ilmu dan sebagainya dapat mendidik roh anak dalam kandungan.

“Cuba tengok Aisyah, dah hafal surah al-Fatehah pun.” Kata saya sambil mengusap ubun-ubun Aisyah. Memang Aisyah anak yang solehah. Pernah dia minta daripada saya untuk beli tudung seperti uminya. Isteri saya perlu terkejut dengan permintaannya. Biasanya isteri saya akan membeli tudung kanak-kanak, macam dalam cerita Nabila tu. Hah, cerita Nabila? Eh, cerita Mutiara Hati lah. Walaupun cerita tu ditayangkan semasa kami belum berkahwin, isteri saya selalu bercerita tentang Nabila kepada Aisyah supaya dia menjadi cerdik dan solehah.

“Hadis Nabi pun ada cerita, ibu bapa lah yang mencorakkan peribadi anak, samada menjadi seperti Nasrani, Yahudi atau Majusi. Maknanya acuan peribadi anak terletak pada sejauh mana keseriusan ibu bapa untuk mencorakkannya. Tapi macam-macam alasan yang diberi, anak sekolah di asrama la, pengaruh kawan la. Macam-macamlah. Risau juga saya dengan Aisyah ni.” Isteri saya mengeluh kerisauan.

Saya terus memasang telinga, takut-takut masih ada yang isteri saya nak sampaikan. Walaupun saya hafal hadis tu sejak di tahun satu pengajian, tapi saya cukup hormati apa yang nak disampaikan oleh isteri. Saya cukup berhati-hati dengan perasaannya. Masih terngiang-ngiang nasihat dari senior saya, ‘Berlaku adillah dengan isteri. Bila dia luangkan masa untuk jaga pakaian, makan minum, anak-anak.. kamu luangkanlah sepenuh masa untuk menjaga hatinya’. Saya cukup pegang dengan kata-kata itu.

Saya membuang pandangan ke luar tingkap. Hari semakin cerah dan suara burung-burung berkicauan. Saya terus merenung langit, melihat masa depan yang belum pasti cerah untuk anak-anak saya. Adakah masih ada ruang untuk anak-anak saya menikmati hidup yang tidak terganggu dengan dosa?

Senyap. Isteri saya masih leka dengan mengusap kepala Aisyah sambil membaca doa dan meniup di ubun-ubun Aisyah. Dia menoleh kepada saya lalu bertanya,

“Abang, kenapa?”

Saya terus memandang ke langit. Lalu dengan suara yang sangat berat, saya meluahkan kepada isteri. “Abang risau..”

Mata isteri berkaca-kaca, halus sungguh perasaannya. Lalu dia memalingkan muka saya kepadanya. “Abang, selagi saya hidup dan diberi kekuatan, saya akan terus membantu perjuangan abang. Saya akan didik anak kita supaya menjadi soleh dan solehah. Ni janji yang kita sama-sama lafazkan malam tu kan?”

Saya mengangguk keharuan. Saya tidak salah memilihnya. Jiwanya besar sebesar harapan saya bila pertama kali memilikinya. Saya senyum , dia senyum dan kami berbalas senyuman yang penuh makna.

Isteri saya menyalami dan mencium tangan saya. Sejuk dan tenang. Lalu dahinya saya kucupi dengan selaut kasih sayang dan pengharapan. Kasih kami bertaut hebat dan terus tersemat di jiwa, umpama ombak menampar-nampar pasir di pantai. Kian lama, pantai itu membentuk teluk dan teluk itulah merupakan jiwa-jiwa kami. Jiwa yang sarat dengan cinta kerana Allah.

“Kalau Siti Nur Aisyah jadi anak selohah macam sayang, moga-moga Muhammad Al-Fateh jadi anak soleh macam abang.” Kami sama-sama tersenyum sambil saya mengusap-ngusap perut isteri yang mengandung itu.

Khali. Tiada kata-kata yang terucap. Moga-moga..

Muhammad Al-Fateh…

awek zaman skang...huhu

time borim2.. try usha blog member2 blog.. ada satu tulisan ni wat aku rasa geli gakla dengan gaya awek skang ni..hehe... baca sampai habis yaa..haha.. adiooss!!...
----------------------------------------------------------------------------------


Kenapa dengan awek sekarang? Cuba imbas kembali, pernah ke awek zaman dulu2 contohnya nenek meluah perasaan merata2 tempat? Paling hebat pon tulis surat selit bawah pintu atuk. sekarang dah terbalik kak.radio jadi pengganti surat.meluah2 jiwang sedih kat DJ tu.cess.kesian la siot DJ tu dah macam jadi kaunselor sambilan. dia duk dengar rintihan ko bagai nak rak.padahal takda bakat pon. keh keh.
Segala benda kau nak luah, kecewa, gembira,tension. kalau 5 pendengar yg luah perasann takpa bang, ni kalau beratus? pergh. longlai derr


Fenomena luahan kat radio ni biasalah disebabkan gejala pakwe yg lurus. tahap kelurusan tu bergantung kepada keresponan abang2 pada awek2. di mana maksud aku di sini ialah bila kaum awek ni merajuk,adakah si abang tu terus pujuk, atau selepas 5 minit baru nak perasan, atau lantak sama kamu lah. Kesian kat awek cmnie. susah betol dpt pakwe yg kekurangan nilai sensitif ni. Ayang merajuk bagai nak rak, abang buat bodoh.Pedih bang, pedih.

Pendapat ikhlas aku, si awek ni bukan nak sangat buang masa telefen radio.ape ingat senang ke nak penetrate masuk line radio tu. mau kejang tangan pegang fon. Dah dapat cakap tu pulak, sah2 brader DJ tanya asal mane, name ape. kau ingat call2 je radio, terus die bagi buat drama sedih ke? tidak, tidak.tak mungkin. yang di awek ni dalam duk hati bengkek, dijawabnye soklan tu sopan2. ah,plastik je semua tu. padahal dalam hati pikir kredit nak habis.kahkah!

Awek skema jangan blame awek2 hati lembut yg call radio tu . Ade kebaikan rupanye bila meluah2 perasaan kat radio ni,sebab Kalau kau luah perasaan pada pakwe yg agak blur, sumpah ko rasa nak tumbuk tanah waktu tu jugak dan Kalau kau maki2 kat radio, muka ko masih lagi selamat.yang panasnya telinga pendengar.takpe,yang penting tu telinga dorang, bukan telinga ko. Tapi kalau dah penat merajuk pakwe x layan jugak,bawak2 la surrender kak, try call tv pulak.haha

MATLAMAT PERKAHWINAN MENURUT ISLAM


•Niat kerana Allah iaitu dengan tujuan untuk membina sebuah rumahtangga muslim , untuk melahirkan keturunan yang soleh ,keluarga yang sanggup memikul amanah dan dapat melaksanakan kewujudan hidayah Allah sehingga hidayah itu akan berterusan seperti mana firman Allah ; “ Satu keturunan yang sebahagiannya(tuntutan) dari yang lain” (Ali-Imran ; 34)

• Supaya dapat menjaga pandangan dan kehormatan di samping bertakwa kepada Allah. Ingatlah Kalian dari menundukkan pandangan sebenarnya meninggikan kekhusyukkan hati kita dalam solat .Jangan di lepaskan peluang (menundukkan pandangan) ini ,kalian! Rasulullah s.a.w bersabda ; “Allah berhak menolong tiga golongan ; Orang yang berjihad pada jalan Allah,hamba mukatib yang ingin membayar harga tebusannya dan orang-orang yang berkahwin dengan tujuan untuk memelihara kehormatan dirinya”

• Bijak memilih isteri yang bakal menjadi rakan kongsi hidup dan teman seiring denganmu kerana Rasulullah s.a.w bersabda ; “Pilihlah untuk keturunan kamu,sesungguhnya keturunan itu menjadi pertikaian .” Dalam riwayat lain ada disebutkan ; “Kahwinikanlah mereka dengan yang sekufu”

• Memilih isteri yang mempunyai akhlak dan berpegang teguh dengan agama,sekalipun tidak mempunyai harta dan kecantikan jika dibandingkan dengan yang lain, kerana sabda Rasulullah s.a.w. “ Jangan kamu mengahwini perempuan kerana kecantikannya.Boleh jadi kecantikan mereka akan menjadikan mereka hina .Jangan kamu mengahwini perempuan kerana harta mereka,kerana boleh jadi harta mereka akan menjadikan mereka bersikap zalim ,tetapi kahwinlah mereka kerana agamanya .Hamba perempuan yang rabik telinga dan bodoh tetapi beragama adalah lebih baik” (hadis riwayat Ibn Majah )

• Menjauhkan diri dari mencanggahi perintah Allah dalam perkara-perkara tersebut dan berusaha menjauhi kemurkaan Allah dan azabnya ,kerana Rasulullah s.a.w bersabda ; “ Siapa yang mengahwini perempuan kerana ketinggian kedudukannya,perkahwinan itu tidak menambah sesuatu kepadanya kecuali kehinaan.Siapa yang mengahwininya keran hartanya,perkahwinan itu tidak menambahkan sesuatu kepadanya kecuali kemiskinan .Siapa yang mengahwininya kerana keturunannya ,perkahwinan itu tidak menambah sesuatu kepadanya kecuali hina dina . Dan siapa yang mengahwini perempuan dengan tujuan supaya dapat menahan pandangannya,memelihara kehormatannya atau menghubungkan silaturrahim ,Allah akan memberi berkat pula kepada perempuan itu dengannya” (hadits riwayat Abu Nuaim) Ingin penulis berkongsi bersama kalian dengan kata-kata ini dari Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj yang menyatakan ; “ CINTA sepatutnya menjadikan manusia lebih bertenaga,kuat dan bermotivasi sepenuhnya” dan “Berkahwin bermakna kesediaan hati menerima seseorang untuk saling berkasih sayang” Penulis mengakhiri topik yang agak ‘menceriakan’ pada kali ini dengan kata-kata yang boleh dijadikan renungan seketika bersama kalian …Wallahu’alam..

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa …

Lelaki yang soleh tidak akan memilih wanita melalui keseksiannya…

Lelaki wara’ menilai wanita melalui akhlaknya ,peribadinya dan addinnya…

Lelaki yang baik tidak menginginkan pada sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya…

Lelaki wara’ juga tidak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni PERKAHWINAN…

Fesyen perjalanan jauh.... dan transport utk dinaiki..

Setiap hari kita keluar rumah macam-macam accessories yang kita bawak. Tapi bila dah tiba masanya semua tu tidak lagi... dulu di dunia sibuk untuk bukak sana bukak sini... tapi nanti ditutup rapi dah tak dapat buat apa-apa lagi...










Di kala ini jari jemariku asyik untuk menaip kerana diberi kesempatan. Esok lusa belum tentu lagi.. atau mungkin sebentar sahaja lagi...

Bila dah tiba masanya, takde DELAY dah !!! Tepat pada masanya...
Sesungguhnya Allah MAHA MENGETAHUI...







ada kesempatan jom hayati sajak bawah ni pulak:

Sajak ini saya rasakan pernah kita dengar sejak sekolah rendah lagi. Mungkin boleh kita jadikan renungan buat kehidupan kita bersama.

Sakaraaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaa!
Sakaraaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaa!
Sakaratul maut.. maut.. maut.. maut.. maut..!

Di hari itu seorang OB rebah di kamar mandi
Diserang lemah jantungnya
Yang menggugat nyawanya
Tengah malam
Pulang dari sebuah hotel di kl
Bersama puan mudanya
Bersama mulut dan lidahnya
Yang dinajisi alkohol
Dan banglonya di atas bukit

Tuan muda menelofon doktor peribadi OB
Dan doktor berkejaran bersama beg perubatannya
Dan sebatang jarum injeksen
Dibenamkan ke urat OB

Dan berombak-ombaklah nafasnya
Bergelombang dadanya
Dilambung nazak
Hempas-menghempas

Tujuh hari tujuh malam
OB bergeletekkan
Golek gelentang di pembaringan
Dan suluruh dunia dan isinya berkumpul di dalam kepalanya

Bangloku, mercedesku, wangku dalam bank Bumi
Saham-sahamku di syarikat-syarikat
Rumah-rumah sewaku
Pengarah-pengarah
Kuda-kudaku di padang gombak
Padang golfku
Anak-anakku di luar negeri
Dan isteri mudaku

Nazak hempas-menghempas
Pulas-memulas
Dan pintal-memintal

Makan? Geleng kepala
Minum? Geleng kepala
Arak? Geleng kepala
Isteri muda? Geleng kepala
Mau ke padang lumba kuda? Geleng kepala
Mau pergi ke genting highland? Geleng kepala
Melancong ke eropah? Geleng kepala
Ke mekah naik haji? Geleng kepala

Apa yang kau mahu?!

Oh tuhan..
Panjangkan umurku..

Panjang umur?
Berapa tahun engkau mahu?
100 tahun? Cukup?
Ya 100 tahun

63 tahun tidak cukup?
Tak puas hidup?
Tidak kenyang makan maksiat
Belum bosan mengumpul dosa
Kau mahu panjang umur lagi

Sedetik lagi sakaratul maut datang
Sedetik lagi Izrail datang
Sedetik lagi malaikatul maut datang
Kau diambang sakaratul maut
Kau nazak sekarang wahai OB

Aku makin tegang
Dan makin sendat nafas di dada
Kedinginan mulai memanjang
Dan merayap kaki
Perlahan-lahan menjalar ke seluruh jasad dan.. tubuhku

Aku dilambung resah, gelisah, keluh kesah
Keluhan dan rintihan..

Panas!!!!!!! !!
Dahaga!!!!!! !
Haus!!!!
Panassss!!!! !!!!

Air 7 lautan mau diteguk
Sebesar 7 dunia kelaparan merobek usus-usus
Syaitan-syaitan datang berbondong-bondong
Menginjak-injak aku
Menggudah aku
Mau memurtadkan aku

Nenekku datang.. nenek!

Kau dahaga cucu?
Kau lapar cucu?
Mau air?
Ini bijana penuh air madu
Kalau cucu mau masuk syurga
Minum air ini

Ibu!!!!!!!!! !

Ibuku menggoyangkan buah susunya
Ini ibumu
Air susu ini membesarkan kau Nak
Buangkan Islam
Matilah dalam agama yahudi

Ayah!!!!!!!! !!!!

Kau datang ayah?
Matilah dalam agama yahudi wahai anakku
Matilah dalam agama kristian
Itulah agama yang membawa kau masuk ke syurga katanya

Ucaplah!
Laaaaaaaaaaaaaaaaaa ilaaaaaaaaaaahai llallaaaaaaaah!
Tidak! Tidak! Tidaaaaaaaaaaaaaaaa k!

Ucaplah!
Laaaaaaaaaaaaaaaaaa ilaaaaaaaaaaahai llallaaaaaaaah!
Tidak! Tidak! Tidaaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaak!

Rumahku
Mercedesku
Wangku dalam bank
Saham-sahamku
Kuda-kudaku
Kolam mandiku
Padang golfku
Isteri-isteriku
Dan duniaku!

Sakaratul maut pun datang
Pak lebai dari rumah setinggan
Dipanggil oleh pemandu dengan mercedes
Dan memanjat bukit ke bangloku di puncak desir angin
Tapi lidahku telah kelu
Dan sakaratul maut kian detik tiba

Manusia-manusia berjubah hitam datang
Mari ikut kami!

Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa payung hijau
Katanya..
Mari ikut kami!

Cahaya putih datang
Datang sinar kuning
Datang kiratan hitam
Cahaya merah datang

Apa ini?!
Apa ini?!

Aku sakaaaaaratul mauuuuuuuuuuuuuuuuu uuuuut!

Kedinginan menjalar merayap perlahan-lahan
Dari hujung kaki ke hujung rambut
Dan kini seluruh jasadku diseliputi sejuk
Dan dingin singgah ditengkorokkan

Kemudian datanglah malaikatul maut di hujung kepalaku

Hai!!! Jiwa yang keji!
Keluarlah kepada kemurkaan Allah!

Rohku berselerak ke seluruh tubuhku
lalu..

Inna lillahi wainna ilaihi rajiuuuuunn

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang
Dan menghemburlah bau bangkai sebusuk-busuknya

Tuliskan! Suratannya dalam sektor pada bumi yang terbawah

Roh aku dicampakkan
Dikembalikan ke dalam jasad
Lalu datang dua orang malaikat
Dan didudukinya aku

Siapa Tuhanmu!
Hah hah hah aku tidak tahu!!!!!!!! !

Apa engkau mahu?!
Hah hah hah aku tidak tahu!!!!!!!!

Siapa lelaki ini yang diutus kepadamu?!
Ah ah ah aku tidak tahu!!!!!!!!

Datanglah kepadaku seorang lelaki yang hodoh wajahnya
Buruk pakaiannya
Busuk baunya

Siapa engkau?

Akulah amalanmu yang kejiiii…

Kini aku diazab dan disiksa di dalam kubur
Menunggu..
Menunggu doa anak yang soleh

Mana doa anakku seorang peguam?
Mana doa anakku seorang doktor?
Mana doa anakku seorang jurutera?
Mana doa anakku seorang arkitek?
Manaaaa doa anakku seorang profesor?

Manaaaa?!
Manaaaaaaaaaaaa? !
Manaaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaaaaaaaaaa aaaaaaaa? !

7 Kelebihan Setan Dibandingkan Manusia

1. Pantang menyerah
Syaitan tidak akan pernah menyerah selama keinginannya untuk menggoda manusia belum tercapai. Sedangkan manusia banyak yang mudah menyerah dan sering mengeluh.

2. Selalu Berusaha
Syaitan akan mencari apapun cara untuk menggoda manusia agar tujuannya tercapai, selalu kreatif dan penuh idea. Sedangkan manusia ndak enaknya saja, banyak yang malas.

3. Konsisten
Setan dari mulai diciptakan tetap konsisten pada pekerjaanya, tak pernah mengeluh dan berputus asa. Sedangkan manusia banyak yang mengeluhkan pekerjaannya, padahal banyak manusia lain yang masih ngaggur.

4. sgt bagus
Sesama setan tidak pernah saling menyakiti, bahkan selalu bekerjasama untuk menggoda manusia. Sedangkan manusia, jangankan peduli terhadap sesama, kebanyakan malah saling bunuh dan menyakiti.

5. genius
Setan itu paling pintar mencari cara agar manusia tergoda. Sedangkan manusia banyak yang tidak kreatif, bahkan banyak yang jadi peniru

6. Tanpa upah
Setan itu bekerja 24 Jam tanpa mengharapkan ganjaran apapun. Sedangkan manusia, apapun harus dibayar.

7. Suka berteman
Setan adalah mahluk yang selalu ingin berteman, berteman agar banyak temannya di neraka kelak. Sedangkan manusia banyak yang lebih memilih mementingkan diri-sendiri dan egois.

7 Kelebihan Setan Dibandingkan Manusia

1. Pantang menyerah
Syaitan tidak akan pernah menyerah selama keinginannya untuk menggoda manusia belum tercapai. Sedangkan manusia banyak yang mudah menyerah dan sering mengeluh.

2. Selalu Berusaha
Syaitan akan mencari apapun cara untuk menggoda manusia agar tujuannya tercapai, selalu kreatif dan penuh idea. Sedangkan manusia ndak enaknya saja, banyak yang malas.

3. Konsisten
Setan dari mulai diciptakan tetap konsisten pada pekerjaanya, tak pernah mengeluh dan berputus asa. Sedangkan manusia banyak yang mengeluhkan pekerjaannya, padahal banyak manusia lain yang masih ngaggur.

4. sgt bagus
Sesama setan tidak pernah saling menyakiti, bahkan selalu bekerjasama untuk menggoda manusia. Sedangkan manusia, jangankan peduli terhadap sesama, kebanyakan malah saling bunuh dan menyakiti.

5. genius
Setan itu paling pintar mencari cara agar manusia tergoda. Sedangkan manusia banyak yang tidak kreatif, bahkan banyak yang jadi peniru

6. Tanpa upah
Setan itu bekerja 24 Jam tanpa mengharapkan ganjaran apapun. Sedangkan manusia, apapun harus dibayar.

7. Suka berteman
Setan adalah mahluk yang selalu ingin berteman, berteman agar banyak temannya di neraka kelak. Sedangkan manusia banyak yang lebih memilih mementingkan diri-sendiri dan egois.

Aku bukanlah Superman, aku juga bisa nangis…


Siapa kata menangis tak ada gunanya? Lama kelamaan menangis memang boleh membuatkan mata merah dan bengkak. Tapi jangan salah anggap kerana menangis dan mengeluarkan air mata ternyata boleh jadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh dan fikiran. Apa saja? Ini dia 7 keajaiban yang bisa Anda dapatkan setelah menangis dan berair mata.

1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu obat tetes mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria yang alami. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 persen bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis bisa menurunkan level stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis karena emosi mengandung 24 percent protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahwa air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosional ternyata mengandung racun.
Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahwa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya dari mata.

5. Mengurangi stres
Bagaimana menangis bisa mengurangi stres ? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh yaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.
Selain menurunkan level stres, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stres seperti tekanan darah tinggi.

6. Membangun komunikasi
Selain baik untuk kesehatan fisik, menangis juga bisa membantu seseorang membangun sebuah komunikasi. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.

7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun Anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.
Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di pikiranmu setelah menangis, jangan dipendam karena Anda biasa menangis meledak-ledak.

Bila kau kata kau sayang.....

Bila kau kata kau sayang

Terus aku tersenyum

Dan lantas kumenjawab

Hmmm....mmm

Aku juga sayang padamu


Bila kau kata kau rindu

Aku pun rindukanmu

Dan lalu kujelaskan

Kita sudah saling Oh jatuh cinta

1
Kau hadir saat aku memerlukan penawar duka lara

Setelah lama hidupku kesepian

Terbalut lah lukaku dengan harum cintamu

Terima kasih kuucapkan


Senyumanmu sering ku terbayang

Terlepas rinduku bila dengar suaramu

Terasa bagaikan kau ada di sisi

Di mana saja ku berada


Aku pun berdoa pada Tuhan

Semoga cinta kita berpanjangan selamanya

Berkocak nafas di dada bila terpandang mu

Janganlah engkau pergi dariku...


Bila kau kata kau rindu

Aku pun rindukanmu

Bila kau kata kau sayang

Hmmm....mmm

Aku juga sayang padamu


Penyanyi / Artist : Screen

Kenapa Allah temukan kita dengan.....

♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih, walau zahirnya kita ialah kekasihnya tapi xprnah sesaat pun kita mrasai kita ialah kekasihnya, apatah lagi akhirnya kita dibuang begitu saja atau kita yg trpaksa minta diri utk mngundur atau kita yg melepaskan dia pergi atau kita yg memulakan prmintaan utk perpisahan, sebenarnya ia bukan tanda kita mengalah krna slma prhubungan ini memang kita yg mngalah, tapi krna kita xsanggup mlihat dia trseksa utk brsama kita, mngkin kebahagiaannya di luar sana...


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


Tapi,pertemuan dgn org yg salah itulah juga sbgai petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang. Cinta manusia tak kekal lama, cinta Allah yg hakiki.. cuma kita sekadar insan biasa keturunan Nabi Adam, sbgai insan biasa, fitrah kita memerlukn seseorang insan di sisi utk menemani dgn berlandaskan syariat bukan hawa nafsu.


BERSYUKURLAH kerana kehilangan yang kita rasai sebenarnya ALLAH hendak menggantikan kita dgn sesuatu yg jauh lebih baik. PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH akan mengkabulkan permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Terdapat ralat dalam alat ini