Mekah : 5 kali sehari di seluruh dunia, umat Islam akan menghadap kota ini untukMasjdil Haram bersolat, menghadap ke tapak di mana mereka percaya Nabi Ibrahim membina rumah suci Allah. Tapak ini juga menjadi tempat di mana umat Islam diwajibkan mengunjunginya sekurang - kurangnya sekali dalam hidupnya.
Kini apabila berada di sana dengan berpakaian ihram yang ringkas dan diperbuat daripada kain kapas yang membalut tubuh, mereka akan melihat sesuatu yang lain daripada Kaabah. Mereka juga akan turut melihat Starbucks, Cartier & Tiffany, H&M dan Topshop.
Pusat membeli belah Abraj Al - Bait, merupakan salah satu pusat membeli belah yang terbesar di Arab Saudi, dilengkapi dengan panel monitor yang rata, lampu - lampu neon, pusat hiburan, restoran makanan segera dan kedai pakaian dalam wanita sedang dibina bertentangan dengan tanah paling suci dalam Islam.
Adakah ini pembangunan dan kemajuan dalam Islam? Tidak semua orang mengganggap bahawa ini satu kemajuan.
“Mekah kini sedang menjadi seperti Las Vegas, dan ini satu bencana,” kata Ali al - Ahmed, Pengarah Institut Hal Ehwal Teluk di Washington, sebuah pertubuhan penyelidikan pembangkang Saudi. “Ia akan menjadi satu bencana kepada umat Islam kerana apabila ke Mekah, mereka tidak akan mempunyai perasaan lagi. Tiada lagi daya tarikan. Semua yang dilihat hanyalah kaca dan simen.”
Pusat membeli belah ini yang dijangka akan dibuka kepada umum seminggu sebelum musim haji Disember ini adalah yang pertama dalam rancangan pembinaan yang menelan belanja $ 13 bilion di Mekah yang berjanji akan mengubah bagaimana kota ini, yang dilarang kepada semua orang kecuali umat Islam, melihat dan merasanya.
Ia menunjukan bahawa perubahan yang berlaku jauh daripada berakhir. “Mekah tidak pernah berubah seperti mana yang berlaku sekarang,” kata Angawi, arkitek Saudi. “Apa yang anda lihat sekarang hanyalah 10 peratus daripada apa yang akan datang (bakal terjadi). Apa yang akan datang (adalah) lebih buruk (lagi).”
Dipetik dan disunting dari: Utusan Pengguna Pulau Pinang keluaran Mei - Jun 2007
---------------------------------
Benarlah Hadis Rasulullah yang bermaksud:
Salah satu diantara tanda-tanda Akhir zaman adalah perjalanan ibadah haji dilakukan untuk bertemasya, perniagaan, riya’ [menunjuk-nunjuk] atau mengemis.
Akan tiba suatu masa di mana orang-orang kaya akan pergi haji untuk bertemasya, orang yang berharta untuk kepentingan perniagaan, orang bijak untuk menunjuk-nunjuk dan orang miskin untuk mengemis - [Diriwayatkan oleh Anas r.a.]
Tidak ada [hari] pengadilan hingga gedung-gedung yang sangat tinggi dibangunkan - [Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.]
As-sa’ah [Hari Kiamat] tidak akan tiba; hingga manusia berlumba-lumba membuat bangunan yang tinggi - [H.R. Bukhari]
-kelihatan disana "projek mega" sedang dibangunkan-
-Tidak sampai beberapa meter dari Masjidil Haram, hebat tersergam sebuah kompleks yang kelihatan seperti bangunan
Berjaya Times Square di tanahair
-Nampaknya kompleks ini lebih tinggi dari menara Masjidil Haram itu sendiri. Apa yang telah menjadi lebih utama kini-
-Sebuah kompleks yang bakal menempatkan gedung-gedung membeli belah, hotel-hotel serta pelbagai prasarana lain yang kelihatannya begitu mewah-
-Ini pastinya lebih hebat dari projek pembangunan Suria KLCC, Mid Valley, Times Square atau The Pavilion di tanahair-
-Memperkenalkan projek hartanah terhebat di kota suci - Abraj al-Bait Shopping Center, Mekah Saudi Arabia-
-Pemandangan dari sebuah bilik hotel pastinya untuk yang bergelar jutawan dan hartawan - Semoga jemaah masjidnya tidaklah pula akan kekurangan-
-Bukankah juga di dalam Islam kita ditegah dari terlalu bermewah-mewah dan menunjuk-nunjuk - Mungkinkah kita dapat melihat pemandangan yang sebegitu di Vatican City, Baitullaham [Bethlehem] atau di Baitul Makdis [Jerusalem]-
Gemerlapan kota Mekah di malam hari yang bisa menyilaukan - Persis pemandangan biasa sebuah kota hiburan di Amerika - Janganlah, apabila balik dari Mekah tiada bezanya dengan balik dari melancong dan membeli belah di London, Paris, New York… atau pun Las Vegas. Nauzubillah.
Ya Allah, Ampunilah kami, penduduk akhir zaman ini atas dosa-dosa yang kami perbuat hingga kami melupakan-Mu.
Katakanlah: “Segala puji bagi Allah, Dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya…” - [Surah an-Naml:93]