my company

my company

Archives

...
TAK SIAP LAGI..

lambat betulla sistem hok kawe plan.. mgkn salah kawe jgk.. tapi nok wat guana..kedai kawe yang diramalkan buka dulu pada kedai ckgu pa sudah melesset anggapan itu..hmmm... marin dulu,(ari selasa, 24.11,) cikgu pa telah merasmikan kedai makan dia.. iaitu bhgian depan dalam bangunan kdi tu..malam raya(khms mlm jumaat) telah diadakan solat hajat dikedai itu.. kire skali la ngan kedai cc kawe.. doa mudah2an dapat depermudahkan segala urusan dan juga dapat rezeki yang mudah...dan kedai CC kawe terpaksa dilewatkan atas alasan2 yang buleh kiro la.. tu la, ni la.. ntahla.. dijangka buka pulok pada ari selasa ni.. ari ahad nak mitak supplier masukkan pc and wat sume sistem networking.. tak sangka pulak bila org streamyx mai pasang line kat kedai kawe tu, dia bagi modem ada wi-fi... boleh la wat kedai makan cikgu pa tu ber wi-fi... ala2 kopitiam gitu..hehehe...

...
TAFSIRAN MIMPI

Hadith :


Dari Samurah r.a diceritakannya daripada Nabi s.a.w perihal mimpi. Sabda Nabi s.a.w:” Sesiapa yang bermimpi seolah-olah kepalanya dipukul orang dengan batu, ertinya orang itu mempelajari al-Quran tetapi tidak diamalkannya dan solat wajib ditinggalkannya.”

(Bukhari)



Huraian

Mimpi bagi orang yang bertaqwa merupakan perkhabaran terhadap sesuatu yang akan berlaku kerana Rasulullah saw tidak bermimpi melainkan mimpi-mimpi baginda menjadi kenyataan belaka. Namun bagi orang yang jauh dari keimanan, tidak solat, tidak mengambil wuduk dan membaca doa ketika ingin tidur contohnya, kebanyakan mimpi yang datang hanyalah berita yang disebarkan oleh syaitan. Namun jika mimpinya itu benar-benar menjadi kenyataan maka itu adalah sebagai peringatan daripada Allah SWT agar individu tersebut (yang jauh dairpada kebenaran) menjadi insaf dan kembali ke jalan yang benar.

...
ADAKALANYA.......

Adakalanya dalam kehidupan,
kita terpaksa berkorban,
untuk kebahagiaan orang lain,

adakalanya kita harus akur,
dengan keputusan yang telah diberikan,
walaupun ianya berat utk diterima.

adakalanya juga kita tidak tahu,
kenapa ianya akan jadi sebegini,
walaupun semua itu tidak kita harapkan,

namun percayalah,
setiap yang berlaku itu akan ada hikmahnya,
walaupun didunia ini kita tidak dapat menerimanya,
sabarlah sekuat hati,
semoga kita dirahmatinya,

dunia adalah sementara,
akhirat aadalah segalanya,

ungkapan diatas nampak biasa saja,
namun bagi yang mengerti maksudnya,
ia adalah satu jalan cerita,
yang telah kita tahu apa dihujungnya,

bagi yang bersabar,
syurga menantinya,
bagi yang alpa pula,
neraka menyambut senang,
akan kehadiran mereka,

dunia adalah penjara,
bagi orang mukmin,
dan dunia ini syurga,
bagi orang kafir,

begitulah bunyinya sebuah hadis..
...

renung2kanlah...

...

INGINKAN???...

1.Agar wajah selalu segar, berseri-Seri Dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes Dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, Dan berdo'a.

2.Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, Kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir Dan do'a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin Dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS I.e. Selang satu Hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, Dan air putih.
Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam Dan sapaan. Dengan demikian Kita akan banyak dikenal Dan disayangi.

...

KELEBIHAN SURAH YASIIN...

Berkongsi tentang Yaasin

BACALAH YAASIN
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:


"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
BACALAH YAASIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan",
iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

...

Ayat2 ALQURAN MEMBENTANG SIHIR

Berikut adalah beberapa petua yang diambil daripada hadis Baginda.

# Membaca ayat Kursi, iaitu surah al-Baqarah ayat 255 setiap kali selesai solat lima waktu dan sebelum tidur.

# Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Naas setiap kali selesai solat lima waktu dan membaca ketiga surah itu sebanyak tiga kali pada pagi hari sesudah solat Subuh dan menjelang malam sesudah solat Maghrib.

# Membaca dua ayat terakhir dari surat al-Baqarah, iaitu ayat 285-286 pada permulaan malam.

# Membaca doa, "Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna daripada kejahatan makhluk ciptaan-Nya" pada malam hari dan siang hari ketika ingin pergi atau masuk ke sesuatu tempat.

# Membaca doa, "Dengan nama Allah, yang bersama nama-Nya, tidak ada sesuatu pun yang membahayakan, baik di bumi mahupun di langit dan Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui " -tiga kali pada pagi hari dan menjelang malam.

Menurut Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah, bacaan zikir dan permohonan perlindungan kepada Allah bagi memperoleh keselamatan dan untuk menjauhkan diri dari kejahatan sihir atau kejahatan lainnya iaitu bagi mereka yang selalu mengamalkannya secara benar disertai keyakinan yang penuh kepada Allah, bertumpu dan pasrah kepada-Nya dengan lapang dada dan hati yang khusyuk.

...
TANDA2 KIAMAT...

Di antara tanda-tanda kiamat kecil adalah:

1. Diutusnya Rasulullah SAW

Jabir r.a. berkata, "Adalah Rasulullah SAW jika beliau menyampaikan khutbah matanya merah, suaranya keras, dan penuh semangat seperti panglima perang, beliau bersabda, "(Hati-hatilah) dengan pagi dan petang kalian". Beliau melanjutkan, Aku diutus dan hari Kiamat seperti ini. Rasulullah SAW mengibaratkan seperti dua jarinya antara telunjuk dan jari tengah (kiamat sangat hampir). (riwayat Muslim)

2. Disia-siakan amanah

Jabir r.a. berkata, tatkala Nabi saw. berada dalam suatu majlis sedang berbicara dengan para sahabat, maka datanglah orang Arab Badwi dan berkata, "bilakah masanya akan terjadi kiamat?" Rasulullah SAW terus melanjutkan bicaranya. Sebahagian sahabat berkata, "Rasulullah mendengar apa yang ditanyakan tetapi tidak menyukai apa yang ditanyakannya".

Berkata sebagian yang lain, "Rasulullah tidak mendengar". Setelah Rasulullah menyelesaikan bicaranya, baginda bertanya: "Mana yang bertanya tentang kiamat tadi?" Berkata lelaki Badwi itu, "Saya, wahai Rasulullah". Rasulullah SAW berkata, "Jika amanah disia-siakan, maka tunggulah kiamat". Lelaki itu bertanya lagi, "Bagaimana menyia-nyiakannya?" Rasulullah menjawab, "Jika urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat". (riwayat Bukhari)

3. Penggembala menjadi kaya

Rasulullah ditanya oleh Jibril tentang tanda-tanda kiamat, lalu beliau menjawab: "Seorang budak melahirkan majikannya, dan engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang, dan miskin, penggembala binatang berlumba-lumba saling tinggi dalam bangunan. (riwayat Muslim).

6. Banyak terjadi pembunuhan

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Tidak akan terjadi kiamat, sehingga banyak terjadi haraj.. Sahabat bertanya apa itu haraj, ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "haraj adalah pembunuhan, pembunuhan". (riwayat Muslim).

7. Munculnya kaum Khawarij

Dari Ali ra. berkata, saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, Akan keluar di akhir zaman kelompok orang yang masih muda, bodoh, mereka mengatakan sesuatu dari firman Allah. Keimanan mereka hanya sampai di kerongkong mereka. Mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya. Di mana saja kamu jumpai, maka bunuhlah mereka. Siapa yang membunuhnya akan mendapat pahala di hari kiamat. (riwayat Bukhari).

9. Perang antara Yahudi dan Umat Islam

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin berperang dengan yahudi. Maka kaum muslimin membunuh mereka sampai ada orang yahudi bersembunyi di belakang batu-batuan dan pohon-pohonan. Dan berkatalah batu dan pohon, "Wahai muslim, wahai hamba Allah, ini yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah ia". Kecuali pohon Gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi. (riwayat Muslim).

11. Sedikitnya ilmu

12. Merebaknya perzinaan

13. Banyaknya kaum wanita


Dari Anas bin Malik ra. bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat adalah ilmu diangkat, banyaknya kejahilan, banyaknya perzinaan, banyaknya orang yang minum khamr (arak), sedikit kaum lelaki dan banyak kaum wanita, sampai nisbah bagi 50 wanita seorang lelaki. (riwayat Bukhari)

14. Bermewah-mewah dalam membangun masjid.

15. Berleluasnya riba dan harta haram


Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah bersabda, "Akan datang pada manusia suatu waktu, setiap orang tanpa kecuali akan makan riba, orang yang tidak makan langsung, pasti terkena debu-debunya". (riwayat Abu Dawud, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah bersabda, Akan datang pada manusia suatu saat di mana seseorang tidak peduli dari mana hartanya didapati, apakah dari yang halal atau yang haram. (riwayat Bukhari dan Ahmad)

...
GAMBAR2 BANGUNAN KEDAI...

Assalamualaikum..
seperti yang dikatakan.. kawe akan sertakan gambar bangunan dan juga kedai2 yang ada dalam bangunan tu, termasuklah kedai cc kawe yang tak seberapa tu.. lokasi kedai di tepi jalan besar, semoga lokasi kedai ini dapat me,bantu memajukan lagi serta memudahkan orang menggunakan perkhidmatan internet di kedai kawe.. semoga maju selamanya.. amin..


"BERNIAGALAH KERNA ALLAH"





ni lah design meja utk cc kawe.. tapi kalu nak updrage kekgi kena tukar gak tu, rugi la jgk..hmm..


permandangan dari sedut depan meja boSS.. kawe le tu,hehe..(meja kt depan tu meja boSS)

ni la kerusi2 yang cikgu pa baru beli..(sbb cikgu pa nak buka kopitiam c2 gak..)


permandangan dari tepi jalan besar.. kat depan tu pejabat mini pos hok kerol(anak cikgu pa)


* kalau lalu kut cabang 4 kedai beris.. singgah la kedai kawe etek deh...g main game ke meta..hehe..

ok..

...
ERA AF ONE RESOURCES AKAN BERMULA..

era AF ONE RESOURCES( nama kedai yg kawe dftrkan d SSM mggu lepas) akan bermula pada minggu hadapan.. insyaAllah.. tadi kawe pegi ke umah abe yo..(nama ori nasrun) selaku pembekal pc pada kedai kawe tu, untuk menyerahkan ukuran wayar networking untk sume pc dalam kedai kawe tu.. sblm ni kawe nak bincang pasal pc pun kawe g umah dia.. tadi bila kawe g, (sblm tu da kol nak g) umah dia gelap gelemak(gelita).. lampu depan umah tak buka satu pun.. kawe pun heran, mgkn dia da cemuh bakali tengok muka kawe yang asyik g umah dia 3 hari direct..hehehe.. tapi takpe..dia xboleh marah punye.. sebb kawe berpegang pada istilah "costumer is always right".. hehee...

maka da comfirm la tadi pasal pc cap mana kawe nak ambik n pc utk server tu staro mano.. ari ahad ni la pc-pc tu akan di masukkan ke kedai cc ambo tu.. maka lepas ni xleh la kawe tido pagi lagi..waaa... (redho je la..)

nanti kawe akan masukkan gambar bangunan kedai tu dan juga gambar kedai aku tu..
ok.. kawe mitok diri duluss...

...
LAMBATNYE NAK BUKAK KEDAI.....

x sabar rasenye nak buka kedai cc kat bangunan kedai cikgu pa (kawan abah).. sume persediaan da buat.. skang ni dalam 95%.. hanya tinggal 5% je lagi.. antaranya adalah PC tak dimasukkan lagi dan juga wiyering.. tu sume skali ngan PC, no hal la.. skang ni tunggu cikgu pa masukkan ekon dulu dan pasang pintu, baru boleh masukkan PC dalam tu, kalau tak nanti hancuss PC tu..tak pun kene rembat..hehehe...

...
RC2552 dalam kenangan..(abah dah jual kereta merc nya kelmarin...)




hampir sebulan abah meyuruh Yeh(spupu kawe) masukkan gambar kereta merc nya dalam mudah.com sebab nak jual.. dan kelmarin ada pembeli yang datang untuk beli kete tu dengan harga yang telah dipersetujui oleh dua2 belah pihak.. maka dengan itu, takde lagi merc kat umah kawe ni.. RC2552 kini dalam kenangan.. huhuhu..( kawe ingatkan abah akan pass kete tu ko kawe, ropenye tak.. melepasss..huhu)...