my company
Archives
Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.
Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.
Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.
Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan” .
Berikut ada panduan tata cara berdoa iaitu:
1) angkat tangan ke paras dada
2) rapatkan kedua-dua belah tapak tangan
3) “apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ب
Titik ba terletak di hati kita.
4) duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan bersandar.
5) sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Cthnya… jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama allah ar-razaq dan disusuli juga dengan bersalawat nabi saw
6) berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahami kerana allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambanya
7) ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insya allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan.
Nasihat Yusof Al-Qardhawi...
Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.
Sabda Rasullullah:
Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.
"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih, kejayaan yang besar, peliharalah daku dari api nerakaMu, dan rahmatilah daku."
Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.
Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s.a.w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda
bersujud. Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:
"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"
Mendengar itu para sahabat bertanya:
"Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"
Jawab baginda:
"Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"
Sahabat Menjawab:
"Bahkan !"
Rasulullah menyambung:
"Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"
KEISTIMEWAANNYA
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"
Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.
Wallahu a`lam....
Terdapat Hadis Nabi saw yang bermaksud : ” seseorang itu atas agama perjalanan rakannya, maka hendaklah diperlihatkan siapa yang harus dipilih sebagai teman/rakan”
Ayat ini menegah kita bersahabat dgn orang fasik yang sentiasa melanggar perintah Allah walaupun adakalanya dia melakukan amal ibadat.
Al-QAmah memberikan panduan kepadan anaknya dalam memilih sahabat, antaranya:
1. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.
2. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan darimu dia akan menghargainya
3. Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu
4. Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.
Selain itu Allah swt juga menegaskan kepada kita bahawa betapa pentingnya menjalinkan persahabatan dengan orang2 yg beriman, bertaqwa dan berakhlak mulia yg dapat bersama-sama menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini seperti di dalam firmanya yang bermaksud:
“Berpegang teguhlah dengan tali (agama) Allah bersama-sama dan janganlah engkau berpecah belah” - Surah Ali Imran:103
semoga dengan info yang bermanfaat ini dapatlah kita berjaga2 dan dapat mencari sahabat yang dapat membimbing kita didunia dan juga di akhirat sana.. Wallahu a`lam...
Bismillahirrohmanirrohiiim...
Hidup di dunia ini cuma tinggal sebentar sahaja lagi... dan mungkin besok tak mungkin ada kesempatan untukku kecap lagi. Bila duka, bila senang, aku mohon dengan sangat padaMu agar hati kembali kepada pemiliknya.
Waktu yang berlari, tidak akan pernah kembali kepadaku lagi. Bila perit, bila sedih, airmata ini bukanlah segalanya.
Hanya padaMu Ya Allah aku selalu berserah. Hanya padaMu Ya Allah aku selalu berpasrah. Kerana kutahu segalanya bergantung padaMu Ya Ilahi, Dan ku tahu juga, hanya PadaMu semua akan bermuara.
Ya Allah, Tuhan yang menguasai hati. Aku telah lupa sentiasa bersalah. Hanya padaMu hatiku ini ingin kembali. Jangan biarkan aku sesat dan teraniaya kerana perbuatanku sendiri. Jika tanpa ampunanMu, jika tanpa rahmat dan cintaMu, sesungguhnya akulah insan paling rugi di dunia dan akhirat. Ya Tuhanku yang Maha Mengampuni, tiadalah tempat untuk aku kembali dan rujuki selainMu Ya Robbi.. aku yang lemah dan tiada daya upaya, hanya padaMu aku benar-benar berharap. Bantulah aku pelihara diriku Ya Robbi, bantulah aku menjaga perbuatan, perkataan, pendengaran, dan penglihatan wahai Tuhan yang Maha Memelihara. Peringatilah aku saat aku tersalah dengan teguran belas kasihanMu Ya Rahiim.
Ampuni aku Ya Allahku, aku ini hambaMu yang bodoh lagi tidak sempurna... Maafkan aku sahabat-sahabatku dunia dan akhirat kerana ketidaksempurnaanku ini.
~Hamba menagih ampunan~
-ahmad al-qarni-
CINTA ADALAH KEKUATAN
YANG MAMPU MENGUBAH DURI MENJADI MAWAR
MENGUBAH CUKA MENJADI ANGGUR
MENGUBAH SEDIH MENJADI RIANG
MENGUBAH AMARAH MENJADI RAMAH
MENGUBAH MUSIBAH MENJADI MUHIBBAH
---------------
SEKALIPUN CINTA TELAH KU URAIKAN
DAN KUJELASKAN PANJANG LEBAR
NAMUN JIKA CINTA KUDATANGI
AKU JADI MALU PADA KETERANGANKU SENDIRI
MESKI PUN LIDAHKU MAMPU MENGURAIKAN
NAMUN TANPA LIDAH, CINTA TERNYATA LEBIH TERANG
SEMENTARA PENA BEGITU TERGESA-GESA MENGURAIKANNYA
KATA-KATA PECAH BERKEPING-KEPING
BEGITU SAMPAI KEPADA CINTA
DALAM MENGURAIKAN CINTA
AKAL TERBARING TAK BERDAYA
BAGAIKAN KELDAI TERBARING DALAM LUMPUR
CINTA SENDIRILAH YANG MENERANGKAN CINTA DAN PERCINTAAN
Assalamualaikum dan slam sejahtera kepada pencinta2 yang menyintai dan mencari cinta Illahi..
Post saya kali ini adalah mengisahkan tentang cinta, bukan cinta biasa, bukan ayat2 cinta dan bukan juga gila2 cinta. Apa yang saya ingin tekankan ialah cinta kepada Allah yang mana merupakan cinta Illahi dan juga kenapa dan bila cinta bertasbih.
Cinta dan kasih sayang adalah satu fitrah yang Allah kurniakan pada setiap manusia hatta haiwan dan juga tumbuh2an juga mempunyai rasa kasih sayang sesama mereka, namum kita saja tidak mengetahui semua itu.
Cinta amat suci dan sangat murni, ia hadir tanpa diundang, kadang2 ia juga pergi tanpa diminta dan disedari, namun itulah cinta. Jika cinta itu berlandaskan syariat dan juga Lillahi Ta`ala, insyaAllah akan kekal selamanya dan juga akan dirahmati Allah setiap masa.
Walaupun kita mempunyai kemewahan yang tak terkira nilainya, malah jika dihitung dikira dapat dibeli sebuah negara sekali pun, kita takkan tenang dan gembira jika cinta tidak ada dalam hati kita. Kerana kasih sayang itu adalah satu teras kepada setiap pergerakan dalam hidup kita.
Nabi Adam a.s juga pernah kesunyian apabila sendirian ketika berada disyurga, malah menurut alquran dan hadis, yang mengatakan bahawa syurga adalah sebaik2 tempat bagi umat manusia, namun dek kerana tiada cinta, Nabi Adam a.s merasakan amat sunyi dan memohon kepada Allah untuk diciptakan seorang insan utk dijadikan teman hidupnya disyurga Allah itu.
Hati yang bersih sahaja dapat merasakan cinta Illahi, jika hati dipenuhi dengan kotoran2 duniawi maka cinta yang dia alami itu adalah cinta kerna dunia semata2, yang mana tidak akan ada walau satu pun faedah dan pahala yang dia perolehi dari cinta dunia itu, kerana cintanya itu bukan kerana Allah.
Jika sudah dilamun cinta, jangan terlalu taksub dan leka dengan mimpi2 yang dialami dlm alam percintaan itu, sedar dan beringatlah bahawa niat itu akan menentukan kemana arah dan destinasi cinta kita seterusnya, jangan lah hanya utk memenuhi tuntutan nafsu yang tidak akan ada penghujungnya itu serta dirajai oleh syaitan.
Bila cinta hadir dalam hidup kita, periksa dahulu, cinta jenis apakah yang hadir dan periksa juga kenapa ia hadir, samada kehadiran itu diundang atau ia hadir tanpa disedari. Jika ingin betul2 mengharapka cinta yang tulus dan ikhlas, berdoalah padanya agar dilapangkan dada serta dipermudahkan segala urusan duniawi dah urusan ukhrawi, kerana daripadaNya tempat kita datang, dan kepadaNya jua lah tempat kita kembali kelak.
Bila cinta mula bertasbih, dan cinta itu ingin pergi dari kita, biarkanlah ianya pergi, kerana pemergiannya itu adalah merupakan satu wadah perjuangan dalam agama, dan merupakan satu revolusi yang takkan pernah dialami oleh mana2 sang pencinta yang lain, redha lah dengan ketentuan dariNya, pasrah dan berserahlah 100% padaNya, kerana Dia adalah Pemilik Segala Cinta di dunia ini. Setiap satu pengorban yang kita lakukan hanya keranaNya, maka pasti balasan yang kita tak sangka2 akan kita dapat kelak. Jangan la kita mudah mengalah kerana cinta yang kita miliki selama ini bertasbih,dalam mencapai makna hakiki cinta kepada Illahi. Biarkanlah ia pergi walau kemana jua halatujunya, yang pasti ia sudah dapat mencari makna cinta yang sebenar, apa yang perlu kita lakukan hanyalah berdoa dengan harapn agar ia dapat apa yang dicari dan juga berjumpa dengan cinta Illahi yang didambakan olehnya itu. Dan kita terus menerus lah berdoa kepadaNya agar Allah permudahkan urusan kita dan mengharapkan agar cinta yang kita dambakan itu akan hadir dalam hidup kita, kerana dengan mengenali Allah, kita akan mendapat cinta manusia, kerana Allah adalah Tuan Punya Dunia ini dan juga Engineer kepada makluk seluruh alam.. Allahu RAbbi.. Allahu Akbar...
-Ya Allah.. kurniakan lah kepadaku cintaMu yang mana apabila aku mengingatinya, aku juga akan mengingatiMu.. Ya Allah, permudahkan segala urusanku didunia ini dan juga di akhirat kelak.. Amin.. Ya Rabbal Alamin..-
Wallahu a`lam..
Wslm..
-hasil nukilan: ahmad al-qarni.
السلام عليكم . بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
الحمد لله رب العا لمين. الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بعد
Bicara soalan shalat, ada banyak cara untok mencapai shalat khusyuk, tapi saran saya, tak perlu banyak tips untok mencapai shalat yg lebih khusyu.
Tak pe...rlu berlembar-lembar atau habiskan wang untok membeli buku shalat khusyu. Mari kita tanya pada Qur'an, bagaimana nak lakukan shalat yang lebih khusyu.
4 Tips ini kena dicoba untok mencapai shalat yang lebih khusyu:
1. Jangan pernah berfikir bila kita masih bisa hidup setelah shalat.
Kita kena yakin jika shalat ni ialah sebagai shalat terakhir kita dimuka bumi ni, ramai kita dengar si fulan meninggal seusai shalat, si fulan meninggal setelah adzan, imam fulan meninggal saat sujud dan lainnya. Si fulan meninggal saat tengah judi, maksiat dan lainnya.
Mungkin ini ialah shalat terahir di dunia, lepas itu, kita kena relakan suami / istri kita seorang diri, anak kita menjadi yatim piatu, mungkin nanti malam ialah malam pertama dalam liang kubur, semua harta yg kita kumpulkan tak akan kita bawa, & menjadi hak saudara kita, wajah elok & cantik yg kita banggakan dalam sekejap akan berubah busuk.
2. WAJIB tahu arti setiap bacaan shalat
Qs.4 An-Nisaa':43. Hai orang-orang yang beriman, JANGANLAH kamu shalat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, SEHINGGA KAMU MENGERTI APA YANG KAMU UCAPKAN...
MABUK dalam ayat ini boleh diartikan sebagai mabuk khamr, tapi juga mabuk dunia, mabuk harta, mabuk tahta, mabuk cinta pun termasuk pulak dalam hal yg mengganggu shalat sehingga kita lupa/silap/tak sadar bacaan shalat apa yang telah kita baca, bahkan selalu-nya kita lupa rakaat ke berapa.
Lebih baik membaca surat pendek yang kita tahu erti bacaan setiap kata-kata daripada membaca surat panjang yg kita tak tahu apa ertinya. Ingat, dalam Ayat diatas JANGANLAH KAMU SHALAT SEDANG KAMU TIDAK MENGERTI APA YG KAMU UCAPKAN.
Faham arti bacaan shalat itu PENTING SANGAT HINGGA KITA DILARANG SHALAT SEHINGGA KITA BOLEH FAHAM APA YG KITA UCAPKAN
Jadi,,, maaf,,, untok akhi, ukhti, kakak, adik yg masih belum faham arti bacaan iftitah, alfatihah, surah/ayat, ruku, i'tidal, sujud, duduk antara 2 sujud, tahiyat awal & akhir, maka WAJIB kena tahu & hafal maknanya. Lagi bagus jika kata demi kata.
3. Ucapkan dengan SUARA SEDANG/DI ANTARA KERAS & PELAN
(((ini penting sangat)))
Qs. 17 Al-Israa':110 dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam shalatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".
Bila kita pelankan suara atau cuma di dalam hati sahaja, maka terkadang fikiran kita akan melayang tak tentu arah.
4. Tuma'maninah
Perlahan, tidak terlalu cepat, dinikmati, dihayati, yakinkah kita jika 10 detik lagi masih hidup? Tuma'maninah ini termasuk 1 dari 13 rukun shalat.
Selain 4 tips itu, disarankan pula agar:
# Berdoa sebelum shalat, mohon lindungan ALLAH dari godaan syaithon
# Membunuh Egois & Sombong dalam diri
Qs.6 Al-An'aam:42 ... supaya mereka memohon dengan tunduk merendahkan diri.
Hilangkan rasa sombong pada diri, jangan berfikir selain shalat, hilangkan apa yang telah dan akan kita lakukan. Bunuhlah semua yang berhubungan dengan aktivity di dunia, fokus hanya pada ALLAH & arti bacaan shalat. Menyadari dosa yang telah lalu
Lagi bagus jika Dzuhur, Ashar & Isya' berdzikir pendek. Lalu Shalat Fajar & Maghrib berdzikir panjang.
Apa salah 1 tanda shalat diterima?
Sesungguhnya shalat itu mencegah dari perbuatan keji & mungkar.
Qs. 29 Al-'Ankabuut: 45
Jika anda mempunyai blog blogspot, cuba buang 's' pada blogspot dan menjadi blogpot.
Contoh blog -> http://mughamir86.blogspot.com/
buang 's' pada blogspot -> http://mughamir86.blogpot.com/
Atau cuba : apa-apa.blogpot.com
Ia akan pergi ke blog dakwah kristian bible studies.org
Sungguh licik...
Telah diterima berita keterangan tentang Muslim Ibn Yasaar Al-Basri Al-Umawi Al-Makki mafhumnya " APABILA BELIAU TELAH MEMULAI SOLATNYA, BELIAU TELAH TIDAK LAGI MENDENGAR DESIRAN BUNYI DARIPADA SUARA DAN TIDAK JUGA MENDENGAR DARIPADA PERKARA YANG LAINNYA LANTARAN TERIKAT, SIBUK, BERTAWAJJUH SEPENUHNYA DALAM SOLATNYA DAN LANTARAN AMAT TAKUTNYA AKAN ALLAH 'AZZA WA JALLA".
Juga diterima khabar mengenai Sa'id Ibn Mu'az yang mengatakan "TIDAK PERNAH AKU BERSOLAT DI MANA AKU MEMIKIRKAN SESUATU DARIPARA URUSAN DUNIA DI DALAM SOLATKU ITU SAMPAI AKU SELESAI".
Kita diperintah untuk berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai tanda hormat dan mengenang jasa pergorbanan baginda.
Dari Abu Mas'ud al-Badri r.a, katanya: Rasulullah s.a.w datang kepada kita dan kita semua sedang dalam majlis Sa'ad bin Ubadah, lalu Basyir bin Sa'ad berkata kepada beliau s.a.w: Allah menyuruh kita supaya kita membaca selawat kepada Tuan, Ya Rasulullah, maka bagaimanakah cara kita membaca selawat kepada Tuan itu? Rasulullah s.a.w. lalu diam, sehingga kita semua mengharapkan, alangkah baiknya kalau tadi Basyir tidak bertanyakan kepada beliau tentang hal itu. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Ucapkanlah: Allahumma shalli'ala Muhammad wa'ala ali Muhamnmad. Kama shallaita'ala Ibrahim. Wa bari'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad. Kama barakta'ala ali Ibrahim. Innaka hamidum majid. Artinya: Ya Allah, berikanlah tambahan kerahmatan pada Muhammad dan pada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberikan tambahan kerahmatan pada keluarga Ibrahim. Ya Allah, berikanlah tambahan keberkahan pada Muhammad dan pada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah menambahkan keberkahan pada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Terpuji lagi Termulia. (Muttafaq 'alaih).
Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang terbanyak bacaan selawat padaku, yakni lebih diutamakan oleh beliau s.a.w untuk dapat memperoleh syafaatnya dan dapat kedudukan yang terdekat dengannya. (Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah hadis hasan.)
Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada seorang pun yang memberi salam/selawat padaku, melainkan Allah mengembalikan rohku, sehingga saya dapat menjawab salam orang itu. (Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawuyd dengan isnad sahih.)
Dari Fadhalah bin Ubaid r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. pernah mendengar seseorang yang berdoa, tetapi ia tidak mengucapkan puji- pujian kepada Allah Ta'ala dan tidak pula membaca salawat pada Nabi s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Tergesa-gesa sekali orang ini, kemudian orang itu dipanggilnya. Nabi s.a.w lalu bersabda pada orang itu atau pada orang lain juga: Jikalau seseorang di antara engkau semua hendak berdoa, maka hendaklah memulai dengan mengucapkan puji-pujian kepada Allaha yang Maha Suci serta puja-pujaan padaNya, selanjutnya membaca selawat kepada Nabi s.a.w. seterusnya bolehlah ia berdoa dengan apa yang dikehendakinya. (Diriwayatkan oleh Imam-Imam Abu Dawud dan Termidzi mengatakan bahwa ia adalah hadis sahih.)
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : "Perbanyakkanlah membaca selawat pada ku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (Riwayat Al Baihaqi)
Dari Aus bin Aus r.a.katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada hari itu, sebab sesengguhnya bacaan selawatmu itu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat berkata: Ya Rasulullah, bagaimanakanh selawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya? Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuh sekalian Nabi. (Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad sahih.)
Allah Ta'ala berfirman: Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kepada nabi,(yakni Nabi Muhammad s.a.w.). Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam dengan sebenar-benarnya salam kepada Nabi itu. (Al-Ahzab:56)
Allah berfirman maksudnya, "Dan sesungguhnya KAMI telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (agar menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah ALLAH." (al-Nahl: 36).
Allah berfirman maksudnya, "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) hari akhirat serta dia pula menyebut dan mengingati ALLAH banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." (al-Ahzab: 21).
Nabi bersabda maksudnya, "Tidaklah dianggap beriman di kalangan kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada ibubapanya, anaknya dan manusia seluruhnya." - Sahih al-Bukhari
Selalu lah mengucapkan salam dan selawat kepada Baginda Rasulullah saw.. jangan tunggu Maulidu Rasul sahaja baru nak selawat ye..
Wallahu a`lam...
Ganjaran Pahala Solat Subuh Mengatasi Keindahan Dunia
RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka." (Hadis riwayat Muslim)Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari.
Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.
Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau 'Subuh gajah', iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.
Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.
Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: "Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya) ." (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT.
Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas." (Surah al-Kahfi, ayat 28)
Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: "Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya."Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh?
Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?Diriwayatk an Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim).
Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.Diriwayat kan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga." (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, "Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka." (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh
السلام عليكم
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
الحمد لله رب العا لمين. الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بعد
Bukankah Dalam Qur'an tertulis:
...Dan telah TERBELAH BULAN. (Qs. 54 Qamar:1)
Apakah betul apa yg difirmankan ALLAH dalam Qur'an jika bulan SAAT ini memang terbelah?
Perhatikan, mukjizat ini bukan hanya sekedar cerita yang cuma dapat didengar saja, tapi mukjizat Qur'an ini masih dapat dilihat dengan JELAS SEKALI.
Terlampir adalah foto bulan dari koleksi NASA. Semoga hal itu akan semakin menyempurnakan keyakinan kita terhadap kekuasan ALLAH dan kerasulan nabi Muhammad SAW.
Dalam Bukhari dan Muslim, juga dalam kitab2 hadits yang terkenal lainnya, diriwayatkan bahwa sebelum Rasulullah Muhammad SAW hijrah, berkumpullah tokoh2 kafir Quraiy, seperti Abu Jahal, Walid bin Mughirah dan Al 'Ash bin Qail.
Mereka meminta kepada nabi Muhammad SAW untuk membelah bulan. Kata mereka, "Seandainya kamu benar2 seorang nabi, maka belahlah bulan menjadi dua."
Rasulullah SAW berkata kepada mereka, "Apakah kalian akan masuk Islam jika aku sanggup melakukannya?"
Mereka menjawab, "Ya." Lalu Rasulullah Muhammad SAW berdoa kepada ALLAH agar bulan terbelah menjadi dua. Rasulullah Muhammad SAW memberi isyarat dengan jarinya, maka bulanpun terbelah menjadi dua. Selanjutnya sambil menyebut nama setiap orang kafir yang hadir, Rasulullah Muhammad SAW berkata, "Hai Fulan, bersaksilah kamu. Hai Fulan, bersaksilah kamu."
Demikian jauh jarak belahan bulan itu sehingga gunung Hira nampak berada diantara keduanya. Akan tetapi orang2 kafir yang hadir berkata, "Ini sihir!" padahal semua orang yang hadir menyaksikan pembelahan bulan tersebut dengan seksama.
Atas peristiwa ini ALLAH menurunkan ayat Al Qur'an: " Telah dekat saat itu dan bulan telah terbelah. Dan jika orang2 (kafir) menyaksikan suatu tanda (mukjizat), mereka mengingkarinya dan mengatakan bahwa itu adalah sihir." (QS Al Qomar 54:1-2)
Apakah kalian akan membenarkan ayat Al-Qur'an ini yang menyebabkan masuk Islamnya pimpinan Hizb Islami Inggris? Di bawah ini adalah kisahnya. Dalam temu wicara di televisi bersama pakar Geologi Muslim, Prof.Dr.Zaghlul Al-Najar, salah seorang warga Inggris mengajukan pertanyaan kepadanya, apakah ayat dari surat Al-Qamar di atas memiliki
kandungan mukjizat secara ilmiah? Maka Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar menjawabnya sebagai berikut:
Tentang ayat ini, saya akan menceritakan sebuah kisah. Beberapa waktu lalu, saya mempresentasikan hal itu di University Cardif, Inggris bagian Barat. Para peserta yang hadir ber-macam2, ada yang muslim dan ada juga yang bukan muslim. Salah satu tema diskusi waktu itu adalah seputar mukjizat ilmiah dari Al-Qur'an.
Salah seorang pemuda yang beragama muslim pun berdiri dan bertanya, " Wahai Tuan, apakah menurut anda ayat yang berbunyi "Telah dekat hari qiamat dan bulan pun telah terbelah" mengandung mukjizat secara ilmiah?
Maka saya menjawabnya: Tidak, sebab kehebatan ilmiah diterangkan oleh ilmu pengetahuan, sedangkan mukjizat tidak bisa diterangkan ilmu pengetahuan, sebab ia tidak bisa menjangkaunya. Dan tentang terbelahnya bulan, maka hal itu adalah mukjizat yang terjadi pada masa Rasul terakhir Muhammad shallallahu 'alaihi wassalam, sebagai pembenaran atas
kenabian dan kerasulannya, sebagaimana nabi2 sebelumnya.
Dan mukjizat yang kelihatan, maka itu disaksikan dan dibenarkan oleh setiap orang yang melihatnya. Andai hal itu tidak termaktub di dalam kitab Allah dan hadits2 Rasulullah, maka tentulah kami para muslimin di zaman ini tidak akan mengimani hal itu. Akan tetapi hal itu memang benar termaktub di dalam Al-Qur'an dan hadits2 Rasulullah shallallahu
alaihi wassalam.
Dan memang Allah ta'alaa benar2 maha berkuasa atas segala sesuatu.
Maka Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar pun mengutip sebuah kisah Rasulullah SAW membelah bulan. Kisah itu adalah sebelum hijrah dari Mekah Mukarramah ke Madinah Munawarah.
Orang2 musyrik berkata, "Wahai Muhammad, kalau engkau benar Nabi dan Rasul, coba tunjukkan kepada kami satu kehebatan yang bisa membuktikan kenabian dan kerasulanmu (dengan nada mengejek dan meng-olok2)?"
Rasulullah SAW bertanya, "Apa yang kalian inginkan?" Mereka menjawab, "Coba belah bulan..." Rasulullah SAW pun berdiri dan terdiam, berdoa kepada Allah agar menolongnya. Lalu Allah memberitahu Muhammad SAW agar mengarahkan telunjuknya ke bulan.
Rasulullah pun mengarahkan telunjuknya ke bulan dan terbelahlah bulan itu dengan se-benar2-nya. Serta-merta orang2 musyrik pun berujar, "Muhammad, engkau benar2 telah menyihir kami!"
Akan tetapi para ahli mengatakan bahwa sihir, memang benar bisa saja "menyihir" orang yang ada disampingnya akan tetapi tidak bisa menyihir orang yang tidak ada di tempat itu. Lalu mereka pun menunggu orang2 yang akan pulang dari perjalanan.
Orang2 Quraisy pun bergegas menuju keluar batas kota Mekkah menanti orang yang baru pulang dari perjalanan. Dan ketika datang rombongan yang pertama kali dari perjalanan menuju Mekkah, orang2 musyrik pun bertanya,
"Apakah kalian melihat sesuatu yang aneh dengan bulan?" Mereka menjawab, "Ya, benar. Pada suatu malam yang lalu kami melihat bulan terbelah menjadi dua dan saling menjauh masing2-nya kemudian bersatu kembali..."
Maka sebagian mereka pun beriman, dan sebagian lainnya lagi tetap kafir ingkar). Oleh karena itu, Allah menurunkan ayat-Nya: "Sungguh, telah dekat hari qiamat, dan telah terbelah bulan, dan ketika melihat tanda2 kebesaran Kami, merekapun ingkar lagi berpaling seraya berkata,
"Ini adalah sihir yang terus-menerus", dan mereka mendustakannya, bahkan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan setiap urusan benar-benar telah tetap... (sampai akhir surat Al-Qamar).
Ini adalah kisah nyata, demikian kata Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar.
Dan setelah selesainya Prof. Dr. Zaghlul menyampaikan hadits nabi tersebut, berdiri seorang muslim warga Inggris dan memperkenalkan diri seraya berkata, "Aku Daud Musa Pitkhok, ketua Al-Hizb Al-Islamy Inggris. Wahai Tuan, bolehkah aku menambahkan?" Prof. Dr. Zaghlul
Al-Najar menjawab:"Dipersilahkan dengan senang hati."
Daud Musa Pitkhok berkata, "Aku pernah meneliti agama2 (sebelum menjadi muslim), maka salah seorang mahasiswa muslim menunjukiku sebuah terjemah makna2 Al-Qur'an yang mulia. Maka, aku pun berterima kasih kepadanya dan aku membawa terjemah itu pulang ke rumah.
Dan ketika aku mem-buka2 terjemahan Al-Qur'an itu di rumah, maka surat yang pertama aku buka ternyata Al-Qamar. Dan aku pun membacanya: "Telah dekat hari qiamat dan bulan pun telah terbelah..."
Aku bergumam: Apakah kalimat ini masuk akal? Apakah mungkin bulan bisa terbelah kemudian bersatu kembali? Andai benar, kekuatan macam apa yang bisa melakukan hal itu? Maka, aku pun berhenti membaca ayat2 selanjutnya dan aku menyibukkan diri dengan urusan kehidupan se-hari2. Akan tetapi Allah maha tahu tentang tingkat keikhlasam hamba-Nya dalam
pencarian kebenaran.
Suatu hari aku duduk di depan televisi Inggris. Saat itu ada sebuah diskusi antara seorang presenter Inggris dan 3 orang pakar ruang angkasa AS. Ketiga pakar antariksa tersebut bercerita tentang dana yang begitu besar dalam rangka melakukan perjalanan ke antariksa, padahal saat yang sama dunia sedang mengalami masalah kelaparan, kemiskinan,
sakit dan perselisihan.
Presenter berkata, "Andaikan dana itu digunakan untuk memakmurkan bumi, tentulah lebih banyak gunanya." Ketiga pakar itu pun membela diri dengan proyek antariksanya dan berkata, "Proyek antariksa ini akan membawa dampak yang sangat positif pada banyak segmen kehidupan manusia, baik pada segi kedokteran, industri ataupun pertanian. Jadi pendanaan tersebut bukanlah hal yang sia2, akan tetapi hal itu dalam rangka pengembangan kehidupan manusia."
Dalam diskusi tersebut dibahas tentang turunnya astronot hingga menjejakkan kakinya di bulan, dimana perjalanan antariksa ke bulan tersebut telah menghabiskan dana tidak kurang dari 100 juta dollar.
Mendengar hal itu, presenter terperangah kaget dan berkata, "Kebodohan macam apalagi ini, dana yang begitu besar dibuang oleh AS hanya untuk bisa mendarat di bulan?
" Mereka pun menjawab, "Tidak! Tujuannya tidak semata menancapkan ilmu pengetahuan AS di bulan, akan tetapi kami mempelajari kandungan yang ada di dalam bulan itu sendiri, maka kami pun telah mendapat hakikat tentang bulan itu, yang jika kita berikan dana lebih dari 100 juta dollar untuk kesenangan manusia, maka kami tidak akan memberikan dana
itu kepada siapapun."
Mendengar hal itu, presenter itu pun bertanya, "Hakikat apa yang kalian telah capai hingga demikian mahal taruhannya?" Mereka menjawab, " Ternyata bulan pernah mengalami pembelahan di suatu hari dahulu kala, kemudian menyatu kembali!
Presenter pun bertanya, "Bagaimana kalian bisa yakin akan hal itu?" Mereka menjawab, "Kami mendapati secara pasti dari batu2-an yang terpisah (katrena) terpotong di permukaan bulan sampai di dalam (perut) bulan. Kami meminta para pakar geologi untuk menelitinya, dan mereka mengatakan, "Hal ini tidak mungkin terjadi kecuali jika memang bulan pernah terbelah lalu bersatu kembali!"
Mendengar paparan itu, ketua Al-Hizb Al-Islamy Inggris mengatakan, "Maka aku pun turun dari kursi dan berkata, 'Mukjizat (kehebatan) benar2 telah terjadi pada diri Muhammad shallallahu alaihi wassallam 1400-an tahun yang lalu.
Allah benar2 telah meng-olok2 AS untuk mengeluarkan dana yang begitu besar, hingga 100 juta dollar, hanya untuk menetapkan akan kebenaran muslimin! Agama Islam ini tidak mungkin salah... Lalu aku pun kembali membuka Mushhaf Al-Qur'an dan aku baca surat Al-Qamar.... Dan saat itu adalah awal aku menerima dan masuk Islam."
Diterjemahkan oleh: Abu Muhammad ibn Shadiq
(Sabtu, 22 Sya'ban1424H/18-10-2003M)
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
الحمد لله رب العا لمين. الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بعد
Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam
Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut/mendadak di tempat perniagaan dan kompleks jual beli-belah, untuk memastikan para pekerja di berkenaan/setempat menutup aurat.
Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan/aturan yang ditetapkan.
Lazimnya dlm setiap operasi sebegini,seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda lah...
Setelah surat diberikan oleh pegawai PBT, Ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.
Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. Kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "KALAU TUHAN TU BAIK, KENAPA BUAT NERAKA? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"
Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung/jilbab..
Ustaz tu terkedu/terkejut sekejap. “Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.”
Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen/rupiah sangat gaji saya sekarang. Lebih baik saya jadi tokey/bandar judi, atau bapa/sabung ayam. Hidup senang, lepas/setelah mati pun tak risau sebab gerenti/dijamin masuk syurga.
Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga/terheran-heran dengan muka confused.
Ustaz tu pun jelaskan ."perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga. Maka apa guna jadi orang baik?
Jadi orang jahat lebih seronok/senang. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma/gratis. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga.
Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa/korban rogol disyurga, lepas/setelah itu boleh rogol lagi kalau dia nak/mau. Takde/tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak/mau? Awak rasa, adil ke?" tanya ustaz.
"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut/gerutu si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.
Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga. "
--------------------------------------------------------------
SALING INGAT MENGINGATI SESAMA INSAN, DAKWAHKANLAH MESKI CUMA 1 AYAT SAHAJA, MULAKAN DARI REKAN & SODARA SEPUTAR KITA.
BIAR SIKIT CUMA 1 AYAT, TAPI SAMPAIKAN LEBIH BAIK DARIPADA TAHU
SEGUNUNG TAPI CUMA UNTUK DIRI SENDIRI SAHAJA.
Sementara menunggu isteri saya menyiapkan pakaian Aisyah dan beg tadikanya, saya sempat membelek-belek kitab Mukadimah Ibn Khaldun yang agak lusuh itu. Sudah berapa kali saya menikmati keindahan isinya, namun masih ada yang tersisa belum memahami apa yang cuba disampaikan oleh penulisnya. Saya meneliti satu persatu, menghirup sedalam-dalamnya hikmah yang tersembunyi di balik kitab setebal separuh jengkal itu.
Muka surat 525, Ibn Khaldun telah menceritakan dengan panjang lebar tentang apa itu ‘berfikir’ yang di dalam al-Quran ada disebut sebagai af-idah. Dalam huraiannya yang agak memeningkan saya, ditambah pula pelbagai gangguan manja dari isteri dan Aisyah, saya cuba memahami asas-asas yang membentuk lantai pemikiran dalam pelbagai disiplin ilmu, yang mana ditafsirkan sebagai penjamahan bayang-bayang di balik perasaan, dan aplikasi akal di dalamnya untuk membuat analisis dan sintesis. Fikr.
Tingkatan fikr itu ada tiga kata Ibn Khaldun. Isteri saya pun tahu tentang ini, dan memang dia memahami pun. Sebab saya telah membuat perkara pelik semasa dalam perjalanan pulang ke kampung semasa kami baru melangsungkan perkahwinan. Saya menyuruh isteri membaca kuat-kuat tentang tajuk ‘keupayaan manusia untuk berfikir’ dari kitab Mukadimah itu, sedang saya pula memandu kereta.
Tergelak pula isteri saya bila disuruh berbuat demikian, tapi rupa-rupanya baru saya tahu pemikiran isteri saya boleh tahan juga. Sempat lagi kami berbalah mulut bila membincangkan tentang tajuk itu, hingga masam-masam muka isteri saya bila saya bagi ayat perli yang agak pedas tentang potensi dan cara berfikir seorang wanita. Tapi, lepas saya cubit hidungnya, oh rupanya dia berlakon merajuk. Geram betul.
Sekurang-kurangnya, kami berdua dapat memahami tiga tingkatan berfikir itu. Dari kemampuan pembeza dengan melalui pelbagai pengalaman lalu membentuk tangapan-tanggapan hinggalah kepada intelek spekulatif (al-aql an-nadzari) melalui persepsi tasawwur dan tashdiq.
“Pelik-pelik betul istilahnya,” kata isteri saya. Masa tu Aisyah belum ada, jadi saya hanya perlu melayan kerenah isteri saya yang seorang tu sajalah.
“Abang, kasut Aisyah ni dah lama terkoyak. Kesian la kat sayang kita ni.” Tiba-tiba isteri saya memecah kesunyian. Aisyah dari tadi mengikut apa yang disuruh uminya. Jika disuruh pakai kasut koyak, pakailah dia. Jarang dia merungut, sebab saya memang mengajarnya begitu. Bersyukur dengan apa yang ada. ‘Syukur itu pangkal redha’, itu pesan saya kepada isteri setiap pagi sebelum dia ke tempat kerja.
“Koyak banyak ke?” saya menutup kitab Mukadimah Ibn Khaldun terus berjalan ke arah isteri dan Aisyah.
“Abang, nak tanya boleh?” Aisyah sudah siap memakai kasut. Eh, ada juga complain pagi-pagi ni. Saya mengangguk, sambil membetulkan tudung Aisyah. Comel anak saya ni bertudung.
“Saya tengok bisnes abang tak ada masalah. Income masuk tiap-tiap bulan. Dengar-dengar untung besar jugak bila ada permintaan dari luar negara.” Bila masa saya ajar isteri jadi mata duitan plak ni. Saya masih kurang jelas maksudnya.
“Sayang, cuba tanya dengan terus terang.”
“Ermm.. maafkan saya ya bang. Saya cemburu bila tengok kawan-kawan kita. Walaupun pendapatan tak seberapa, tapi rumah mereka selesa. Keperluan semua cukup dengan perabotnya, perhiasan. Kalau nak kira kita lagi mampu dari diorang. Saya kesian tengok Aisyah kena pakai kasut koyak.” Isteri saya melepaskan segala yang ada di hatinya. Suaranya halus, menusuk ke hati. Saya melihat kerdup wajahnya dan dia tertunduk melantai, pandangan saya beralih ke muka Aisyah dan kasutnya.
Ada sesuatu yang perlu saya jelaskan kepada isteri. Lantas saya mendukung Aisyah dan memimpin tangan isteri ke meja tempat saya biasa menelaah buku. Isteri dan Aisyah mengikut saja. Tiada perkataan yang terkeluar, senyap.
“Abang, kenapa?” isteri bertanya sambil menelan liur sedalam-dalamnya. Suaranya tersekat-sekat.
“Abah, bila nak hantar Aisyah pergi tadika?” Aisyah pula yang bertanya dengan suara pelatnya.
“Isteri dan Aisyah yang abang sayangi. Abang cuba nak menjadikan hidup kita seperti yang Nabi ajarkan sayang. Abang cuba nak jadikan hidup kita sederhana.” Suara saya pula yang tersekat-sekat.
Saya lalu mengambil tafsir Al-Azhar di rak buku, lalu membuka surah Al-`Alaq. Saya menceritakan tentang tafsiran ayat 6 dan 7 dari surah itu kepada isteri. Agar dia mengerti kenapa saya tidak memilih kemewahan walaupun mempunyai kemampuan. Ya, manusia akan sentiasa menunggu, kekayaan itu bisa menjadi taghut seperti yang diceritakan oleh Abu Hurairah dalam sebuah hadis. Orang yang merasakan dirinya berkecukupan atau berlebihan akan menjadi taghut.
“Sayang, abang tak nak keluarga kita termasuk dalam golongan ghinan mutghiyan. Jutawan yang menjadi taghut. Tahu kan taghut tu apa?” saya cuba menguji isteri.
Isteri saya mengangguk-angguk sambil tersenyum. Dia terus menggenggam tangan saya dengan lebih erat. Eh, saya suruh dia faham, bukan nak main pegang-pegang tangan. Mungkin dia bertambah sayang pada suaminya sebab telah mengajar satu lagi ilmu. Saya juga tersenyum.
Benar, Syed Qutb menerangkan dalam Fi Zilalil Quran, perkataan yatgho dalam ayat tersebut bermaksud melampaui, sombong dan takbur. Dan ubatnya adalah tiada yang lain selain kita meletakkan segala amalan itu, berhendakkan Allah, yakni bermatlamatkan mardhotillah, keredhaan Allah. Apabila Allah menjadi matlamat, maka kekayaan tidak mampu menjadikan kita melampaui batas lalu menjadi taghut.
Menjadi taghut umpama air bah yang melanda sungai. Ia akan melanda apa sahaja tanpa mengikut alur tebing sungai tersebut. Samalah kita apabila menjadi taghut, segalanya akan dilanggar dengan angkuh.
Isteri saya masih tersenyum. Gembira agaknya. Dia sudah betul-betul memahami kenapa saya bersederhana dalam berbelanja.
“Awak pernah dengar cerita Abu Zar al-Ghifari yang tidak menyetujui pendapat Kaab R.A?” saya cuba menguji tahap pembacaan sirah isteri saya. Dia mengangguk-angguk lagi.
“Sah, memang inilah isteri abang. Hehe.. jangan lupa cerita kat Aisyah ya.” Isteri saya tergelak kecil.
Aisyah pula yang pening-pening bila saya bercerita kepada isteri saya. Biarlah, belum sampai masanya untuk dia memahami. “Aisyah, kalau Aisyah ada RM1,000 Aisyah nak buat apa?”
Kini giliran Aisyah pula untuk diuji.
“Ecah nak g Makkah! Nak bawak umi ngan abah.” Haha, saya pula yang tergelak. Saya menjeling kepada isteri dan mengangkat-angkat kening. Lalu dia menjelir lidah kepada saya. Hehe, malulah tu kat anak sendiri. Mesti dia ingat Aisyah nak beli kasut baru.
“Aisyah, RM1,000 mana cukup nak gi Mekah sayang.” kata isteri saya kepada Aisyah sambil tergelak kecil. Dia cepat-cepat membisikkan sesuatu kepada Aisyah. Ha, rahsia apa pulak yang dibisikkan tu. Geram betul dengan dua beranak ni.
“Yalah, yalah, hujung minggu ni kita pergi shoping ya. Nanti abah belikan kasut baru untuk Aisyah. Umi pun abah nak belikan jubah baru. Nak tak?” Faham sangatlah saya apa yang dibisikkan tu.
Aisyah terpinga-pinga sambil tangannya memegang erat jari telunjuk saya.
“Yeye, sayang abah!” isteri saya pula yang menjerit gembira. Eh, ingatkan Aisyah yang suka, dia pula yang lebih-lebih.
“Aik, bila masa abang jadi ayah awak? Haha..” saya bertanya kepada isteri dengan nada bergurau. Saya hampir tergelak melihat reaksi isteri apabila diperli begitu. Mukanya kembali masam mencuka. Mulutnya ditarik memuncung, tapi manis juga wajahnya walaupun masam macam tu. Saya tersenyum, tapi..
“Sayang, lain kali jangan buat muka masam depan abang ya. Tak baiklah. Isteri kena sentiasa senyum depan suami tau,” saya sempat cubit pipinya. Aisyah masih terpinga-pinga, nampak juga cemburunya bila saya bermanja-manja dengan uminya.
“Maaf bang. Saya tak buat lagi. Nanti beli dua pasang jubah ek. Boleh la..” pujuk isteri saya. Sudah, saya juga yang cair.
“Dua pasang je ke? Rugi tak cakap empat pasang. Dah, tak boleh tambah dah. Hehe.. Nanti kita belikan Aisyah tudung ye.”
Eh, sempat lagi isteri cubit bahu saya. Geram agaknya. Mesti dia nak beli empat pasang ni. Saya cuba mengelak sambil memegang Aisyah yang sedia memikul beg tadikanya. “Aisyah, cakap kat umi. Membazir tu amalan..?”
Saya cuba menguji Aisyah. Tapi dia senyap membisu, sambil mulutnya memasam. Aik, kenapa pula dengan budak comel ni. Tadi ceria, sekarang dahi dah berkerut-kerut.
“Abah! Asyik main dengan umi je!” Haha, rupanya budak comel ni cemburu tengok abah dan uminya. Pandai betul budak ni. Isteri saya pun tidak tertahan gelakannya. Isteri saya cepat-cepat mendakap Aisyah dan mendukungnya lalu dicium kedua pipinya.
Saya mendekati isteri dan Aisyah lalu berkata, “Sayang, abah dan umi cuba untuk membahagiakan keluarga kita, demi untuk kebahagiaan di masa akan datang.”
Aisyah belum mengerti. Namun, saya harus memulai sebuah keluarga yang bahagia untuknya.
“Jomlaa hantar Aisyah gi tadika..” ajak isteri saya. Dengan senyum yang masih terlekat di bibirnya, saya memimpin isteri sambil dia mendukung Aisyah menuju ke kereta.
Moga ada desir ketenangan dan sinar bahagia di sana. Allah...
-bersambung...
Sumber : Tafsir surah Al-`Alaq oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Kuliah Jumaat 28 Ogos 2009 di Medan Ilmu, Kota Bharu Kelantan.
“Abah, abah, betul ke nanti kat syurga abah akan kahwin dengan 72 bidadari?” anak saya yang seorang tu bertanya dengan bahasa pelat kebudak-budakannya. Eh, pandai betul budak sorang ni. Baru umur 4 tahun dah tanya tentang bidadari.
“Ni mesti umi cerita kat Aisyah kan?” kata saya sambil jeling kepada isteri saya yang juga seorang tu. Rajin sungguh bidadari saya ni, tengah membelek tafsir al-Munir nampaknya. Dia pun turut menjeling dan meleret senyumannya. Aduh, kerja saya la pulak nak sambung cerita ni.
“A`ah, umi cerita sebelum tidur semalam. Cakap la bah, Aisyah tanya ni betul ke?” Aik, budak ni dah pandai mendesak ye.
Saya membetulkan kedudukan, dan meletakkan Aisyah atas riba sambil menyuruh dia melipat kain telekungnya. Kami baru selesai solat Subuh berjemaah bersama-sama. Comel betul budak ni, kecik-kecik dah pandai pakai kain telekung. “Kalau Aisyah pandai lipat telekung sediri, abah upah ais krim ye.” Saya memancing Aisyah.
Eh, sekarang dah pandai rupanya lipat sendiri.
“Ha, Aisyah nak tau apa pasal bidadari di Syurga?”
“Aisyah, em. Em.. semalam Umi cerita bah. Semalam abah kena kahwin dengan bidadari. Eh, nanti dalam syurga abah kena kahwin dengan ramai bidadari? Betul ke salah bah?” Saya tergelak kecil sambil mencium pipinya. Isteri saya pun tergelak mendengar celoteh anaknya.
“Pandai ye umi cerita. Malulah abah kalau macam ni. Hehe.” Saya tergelak lagi. “Betul betul betul. Kenapa umi nak marah abah eaa?” Tanya saya sambil buat gaya macam Upin dan Ipin.
“A`ah, semalam umi nangis. Umi nangis depan Aisyah. Dia kata best la abah dapat kahwin dengan bidadari.” Katanya sambil buat-buat muka sedih. Haha, saya geli hati dengar celoteh Aisyah. Bidadari mana pulak ni yang buat isteri kesayangan saya menangis.
Isteri saya pun turut tergelak. “Lepas tu umi cerita apa lagi kat Aisyah?”
“Lepas tu Aisyah tidur. Umi cakap sorang-sorang.. hik hik hik” Aisyah tergelak, macam budak-budak. Eh, memang budak pun.
“Aisyah, abah dapat kahwin dengan ramai bidadari di syurga sebab umi Aisyah la. Umi Aisyah dah buat abah lebih rapat dengan Allah. Umi Aisyah ni bidadari abah tau.” Kata saya. Isteri saya dan mengetap bibir. Geram-geram sayang agaknya.
Aisyah mengangguk-angguk. Entah faham entah tidak. “Di syurga nanti, setiap orang akan dapat 80,000 pelayan dan 72 bidadari. Semua comel-comel, lagi cantik dari Siti Nurhaliza.”
“Betul ke bah. Fuyoo..ramainya. Patut la umi menangis. Cian umi. Jahat la abah sebab tinggalkan umi kat syurga sorang-sorang.” Aisyah mengomel lagi. Kali saya saya tergelak lebih kuat. Mana la dia dapat cerita ni. Tak kanlah isteri saya yang cerita macam ni.
Seingat saya, kami pernah berbual tentang bidadari syurga semasa baru kahwin dulu. Saya masih ingat bila saya berkongsi dengannya tentang buku Malam Pertama di Syurga. Sampai sakit-sakit badan saya dia cubit, cemburu katanya.
“Ish Aisyah ni, umi tak sedih lah. Umi akan duduk kat sebelah abah kat syurga nanti, jadi permaisuri abah macam cerita Cinderella. Kalau Aisyah nak duduk kat sebelah abah pun boleh kat syurga nanti.” Haha, entah kenapa saya cakap Cinderalla, saya bukan tau sangat pun cerita tu. Tapi cerita dengan budak comel macam Aisyah tu, boleh la.
“Aisyah nak tau, nanti Umi akan jadi ketua semua bidadari untuk abah.”
“Nanti Aisyah boleh main-main tak dengan akak-akak bidadari tu?” saya tersenyum kepada isteri. Untung dapat anak yang cerdik macam ni. Ada ke patut dia panggil akak untuk bidadari-bidadari tu.
“Umi tak marah ke bah?” Aisyah tanya lagi. Haih, banyak betul soalan dia.
“Aik kenapa umi nak marah abah pulak?”
“Abah ramai perempuan lain. Umi tak marah ke?”
“Ooo.. takdelah. Kat syurga semua orang gembira tau. Aisyah mesti suka nanti kat syurga. Umi pun suka. Tak de marah-marah dah. Tak de cemburu-cemburu.” Saya cerita kepada Aisyah, macam la Aisyah faham. Hehe..
Aisyah garu-garu kepala. Saya cerita lagi, “Ha, nanti kat syurga, umi Aisyah jadi lagi cantik tau. Aisyah pun jadi lagi cantik.”
“Cantik macam akak Fatimah ke bah?”
Hah, sapa pulak akak Fatimah? Oh, puteri nabi rupanya. Ni mesti isteri saya yang cerita jugak ni. Mesti Aisyah dah selalu dengar cerita nabi, sebab isteri saya selalu cerita sebelum Aisyah masuk tidur. Isteri saya tersenyum. Dari tadi tersenyum. Tak habis-habis senyumnya. Saya suruh dia buang senyum baru tau. Hehe..
“Dah dah, Aisyah nak pergi tadika pagi ni kan? Jom jom. Hah, Aisyah nak masuk syurga tak?”
“Mestilah nak. Nak jumpa umi. Nak jumpa akak-akak bidadari.” Ish, tak habis lagi cerita bidadari budak kecik ni.
“Kalau nak masuk syurga, Aisyah kena jadi macam umi. Jadi baik macam umi Aisyah. Kena sayang abah dan umi macam umi sayang abah dan Aisyah. Kena ikut nasihat abah macam umi selalu dengar nasihat abah. Kena pakai tudung lawa-lawa tau. Boleh?”
Aisyah mengangguk-angguk kepala. “Bagus anak abah!” kata saya sambil mencium pipinya. Isteri saya masih tersenyum dari tadi. Apa agaknya yang sedang difikirkan.
Aisyah berlari-lari ke arah uminya sambil menyalami dan mencium tangan uminya. Sambil saya berbisik kepada isteri, “Nanti malam ni cerita lagi kat Aisyah pasal bidadari ye.”
“Adoii..” sempat lagi dia cubit pipi saya. Haha, saya tergelak sambil berlari dan mendukung Aisyah. Dan saya berbisik kepada Aisyah, “Aisyah kena jadi macam umi tau, tulah bidadari abah kat dunia ni”. Aisyah menggaru-garu kepala, sambil buat muka pelik, lalu dia tersenyum.
Dalam hati aku berdoa, moga aku dan dia bertemu di syurga.
Dan wajah suci isteri menerpa di jiwa. Aduh, inikah cinta?
bersambung...