my company
“Abah, abah, betul ke nanti kat syurga abah akan kahwin dengan 72 bidadari?” anak saya yang seorang tu bertanya dengan bahasa pelat kebudak-budakannya. Eh, pandai betul budak sorang ni. Baru umur 4 tahun dah tanya tentang bidadari.
“Ni mesti umi cerita kat Aisyah kan?” kata saya sambil jeling kepada isteri saya yang juga seorang tu. Rajin sungguh bidadari saya ni, tengah membelek tafsir al-Munir nampaknya. Dia pun turut menjeling dan meleret senyumannya. Aduh, kerja saya la pulak nak sambung cerita ni.
“A`ah, umi cerita sebelum tidur semalam. Cakap la bah, Aisyah tanya ni betul ke?” Aik, budak ni dah pandai mendesak ye.
Saya membetulkan kedudukan, dan meletakkan Aisyah atas riba sambil menyuruh dia melipat kain telekungnya. Kami baru selesai solat Subuh berjemaah bersama-sama. Comel betul budak ni, kecik-kecik dah pandai pakai kain telekung. “Kalau Aisyah pandai lipat telekung sediri, abah upah ais krim ye.” Saya memancing Aisyah.
Eh, sekarang dah pandai rupanya lipat sendiri.
“Ha, Aisyah nak tau apa pasal bidadari di Syurga?”
“Aisyah, em. Em.. semalam Umi cerita bah. Semalam abah kena kahwin dengan bidadari. Eh, nanti dalam syurga abah kena kahwin dengan ramai bidadari? Betul ke salah bah?” Saya tergelak kecil sambil mencium pipinya. Isteri saya pun tergelak mendengar celoteh anaknya.
“Pandai ye umi cerita. Malulah abah kalau macam ni. Hehe.” Saya tergelak lagi. “Betul betul betul. Kenapa umi nak marah abah eaa?” Tanya saya sambil buat gaya macam Upin dan Ipin.
“A`ah, semalam umi nangis. Umi nangis depan Aisyah. Dia kata best la abah dapat kahwin dengan bidadari.” Katanya sambil buat-buat muka sedih. Haha, saya geli hati dengar celoteh Aisyah. Bidadari mana pulak ni yang buat isteri kesayangan saya menangis.
Isteri saya pun turut tergelak. “Lepas tu umi cerita apa lagi kat Aisyah?”
“Lepas tu Aisyah tidur. Umi cakap sorang-sorang.. hik hik hik” Aisyah tergelak, macam budak-budak. Eh, memang budak pun.
“Aisyah, abah dapat kahwin dengan ramai bidadari di syurga sebab umi Aisyah la. Umi Aisyah dah buat abah lebih rapat dengan Allah. Umi Aisyah ni bidadari abah tau.” Kata saya. Isteri saya dan mengetap bibir. Geram-geram sayang agaknya.
Aisyah mengangguk-angguk. Entah faham entah tidak. “Di syurga nanti, setiap orang akan dapat 80,000 pelayan dan 72 bidadari. Semua comel-comel, lagi cantik dari Siti Nurhaliza.”
“Betul ke bah. Fuyoo..ramainya. Patut la umi menangis. Cian umi. Jahat la abah sebab tinggalkan umi kat syurga sorang-sorang.” Aisyah mengomel lagi. Kali saya saya tergelak lebih kuat. Mana la dia dapat cerita ni. Tak kanlah isteri saya yang cerita macam ni.
Seingat saya, kami pernah berbual tentang bidadari syurga semasa baru kahwin dulu. Saya masih ingat bila saya berkongsi dengannya tentang buku Malam Pertama di Syurga. Sampai sakit-sakit badan saya dia cubit, cemburu katanya.
“Ish Aisyah ni, umi tak sedih lah. Umi akan duduk kat sebelah abah kat syurga nanti, jadi permaisuri abah macam cerita Cinderella. Kalau Aisyah nak duduk kat sebelah abah pun boleh kat syurga nanti.” Haha, entah kenapa saya cakap Cinderalla, saya bukan tau sangat pun cerita tu. Tapi cerita dengan budak comel macam Aisyah tu, boleh la.
“Aisyah nak tau, nanti Umi akan jadi ketua semua bidadari untuk abah.”
“Nanti Aisyah boleh main-main tak dengan akak-akak bidadari tu?” saya tersenyum kepada isteri. Untung dapat anak yang cerdik macam ni. Ada ke patut dia panggil akak untuk bidadari-bidadari tu.
“Umi tak marah ke bah?” Aisyah tanya lagi. Haih, banyak betul soalan dia.
“Aik kenapa umi nak marah abah pulak?”
“Abah ramai perempuan lain. Umi tak marah ke?”
“Ooo.. takdelah. Kat syurga semua orang gembira tau. Aisyah mesti suka nanti kat syurga. Umi pun suka. Tak de marah-marah dah. Tak de cemburu-cemburu.” Saya cerita kepada Aisyah, macam la Aisyah faham. Hehe..
Aisyah garu-garu kepala. Saya cerita lagi, “Ha, nanti kat syurga, umi Aisyah jadi lagi cantik tau. Aisyah pun jadi lagi cantik.”
“Cantik macam akak Fatimah ke bah?”
Hah, sapa pulak akak Fatimah? Oh, puteri nabi rupanya. Ni mesti isteri saya yang cerita jugak ni. Mesti Aisyah dah selalu dengar cerita nabi, sebab isteri saya selalu cerita sebelum Aisyah masuk tidur. Isteri saya tersenyum. Dari tadi tersenyum. Tak habis-habis senyumnya. Saya suruh dia buang senyum baru tau. Hehe..
“Dah dah, Aisyah nak pergi tadika pagi ni kan? Jom jom. Hah, Aisyah nak masuk syurga tak?”
“Mestilah nak. Nak jumpa umi. Nak jumpa akak-akak bidadari.” Ish, tak habis lagi cerita bidadari budak kecik ni.
“Kalau nak masuk syurga, Aisyah kena jadi macam umi. Jadi baik macam umi Aisyah. Kena sayang abah dan umi macam umi sayang abah dan Aisyah. Kena ikut nasihat abah macam umi selalu dengar nasihat abah. Kena pakai tudung lawa-lawa tau. Boleh?”
Aisyah mengangguk-angguk kepala. “Bagus anak abah!” kata saya sambil mencium pipinya. Isteri saya masih tersenyum dari tadi. Apa agaknya yang sedang difikirkan.
Aisyah berlari-lari ke arah uminya sambil menyalami dan mencium tangan uminya. Sambil saya berbisik kepada isteri, “Nanti malam ni cerita lagi kat Aisyah pasal bidadari ye.”
“Adoii..” sempat lagi dia cubit pipi saya. Haha, saya tergelak sambil berlari dan mendukung Aisyah. Dan saya berbisik kepada Aisyah, “Aisyah kena jadi macam umi tau, tulah bidadari abah kat dunia ni”. Aisyah menggaru-garu kepala, sambil buat muka pelik, lalu dia tersenyum.
Dalam hati aku berdoa, moga aku dan dia bertemu di syurga.
Dan wajah suci isteri menerpa di jiwa. Aduh, inikah cinta?
bersambung...