my company

my company
Berpesan-pesan...

1. Bila ALLAH cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu.
Bila Dia tak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik buatmu.
Oleh itu...bersangka baiklah dalam apa jua keadaan.
Kerana...kasih sayang itu mendahului kemurkaanNya.

2. Pemikiran sempit akan membawa kepada perhubungan yang tidak sihat. Curiga menganggu hak keperibadian seseorang.

3. Seseorang yang mempunyai perasaan yang tak menentu...
haruslah memperbaiki diri untuk mengurangkannya.

4. Hanya orang yang memahami erti cinta sebenar...
dan boleh mengawal pemikiran akan dapat hidup bahagia.

5. Kepada sesiapa yang bercinta...
kemesraan dan kata2 manis menguatkan perhubungan.

6. Percaya, memahami dan memaafkan adalah kunci cinta.

7. Wanita sangat berhati2 dalam persahabatan, dan...
sangat berkira dalam perbelanjaan, jadi...
bersedialah untuk menjadi sahabat karibnya, dan...
bermurah hatilah untuk membelanjanya.

8. Apabila 2 orang bertengkar...
Salah seorang harus minta maaf dan bertenang seketika.
Dan kemudiannya buatlah analisa tentang siapa yang bersalah.

9. Jangan paksa diri untuk menjadi orang lain...
Kerana dengan menjadi diri sendiri anda akan gembira, dan...
Mendapat penghormatan dari orang lain, dan...
Perhubungan kekal.

10. Apabila perasaan anda tidak baik...
Elakkan bercakap banyak kerana...
Ia mudah menyebabkan pertelingkahan dan...
boleh merosakkan perhubungan.

11. Jadilah pendengar yang baik...
Tidak kira perkara itu besar atau kecil.
Perhubungan yang baik dapat dipupuk, jika...
Pasangan cuba memahami satu sama lain.

12. Merajuk pada yang kasih, manja pada yang sayang, meminta pada yang ada.

 
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply

Terdapat ralat dalam alat ini