my company

my company
Selamat Tinggal... maafkan aku....

hari ini genaplah masa 6 bulan kucing yang aku ambik dari kubang kerian. kucing tu aku bagi nama Kitty, maksudnya kucingku. kucing tu amat comel dan masih lagi kecil masa aku ambilnya.. pada mulanya aku bawa dia balik dengan kereta dari kubang kerian ke rumah aku, dia nampak gelisah dan pelik. macam nak terjun dari kereta pun ada.

pada hari pertama kitty ada kat umah.. dia seolah2 terlalu fobia.. mgkn keadaan baru buat dia. pada malam pertama dia lari dari rumah, nanar aku cari kitty, tak jumpa.. esok ari tiba2 dia muncul depan pintu, kitty kelihatan lapar, comel sangat tengok muka dia..

seminggu lepas aku tahu kitty beranak, pastu sakit.. mgkn terlalu kecil untuk dia beranak.. dalam masa seminggu aku tengok kitty amat menderita skali.. sukar aku nak bayangkan penderitaan yang kitty alami.. kesian kitty...

hari ni kitty menemui ajalnya.. tanpa aku sedar, kitty telah meninggalkan kami semua.. kucing yang selama ni menghiasi setiap sudut pandangan aku dlam rumah tu dah xde lagi.. aku amat terasa dengan kehilangan kitty.. sebb kitty amat berbeza dengan kucing2 yang penah aku bela sebelum ni..

tipu la kalau aku tak nangis dengan kehilangan kitty.. bila aku balik utk makan tengah hari tadi.. uyu bgtau kitty da ditanam.. sedih.. tak terkata aku... yang paling menyedihkan aku adalah semasa solat.. sblm ni setiap kali aku solat, kitty mesti dok tepi aku, kadang dok atas sejadah aku, bila aku sujud dia akan lari ketepi.. seolah2 menunggu aku sudah solat..

masa aku solat tadi pun.. aku mngis.. sedih dengan kehilangan kitty....

kitty... maafkan aku sebb tak menjaga mu dengan baik...

maafkan aku....








 
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Leave a Reply